CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1740|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pengantin, wali, saksi perlu jalani saringan Covid-19

[Copy link]
Post time 23-9-2021 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Pengantin, wali, saksi perlu jalani saringan Covid-19[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

[size=0.9]


[size=0.9]
George Town: Bakal pengantin di Pulau Pinang perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu sekurang-kurangnya Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (ujian sendiri) sebelum menjalani akad nikah, berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Datuk Mohd Zakuan Zakaria berkata wali dan saksi nikah juga wajib menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai usaha membendung penularan wabak itu.

"Bagi Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19, ia perlu dilakukan 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung yang hanya dibenarkan (akad nikah) dijalankan di Pejabat Agama Daerah (PAD) sahaja dan pasangan pengantin yang didapati negatif sahaja dibenarkan meneruskan akad nikah.

"Bakal pengantin berlainan daerah atau negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daripada pihak polis, jika gagal (merentas daerah atau negeri) mereka boleh melantik dan mewakilkan seorang wakil untuk menerima nikah bagi pihaknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata majlis akad nikah dijalankan di PAD dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan hanya 10 pasangan sahaja dibenarkan setiap hari dengan tujuh orang membabitkan pengantin lelaki dan wanita, wali, saksi, ibu atau bapa pengantin lelaki serta jurugambar sahaja pada setiap sesi yang mengambil masa tidak lebih 30 minit.

Mengenai kursus praperkahwinan, Mohd Zakuan berkata kursus secara bersemuka ditangguhkan sebaliknya, proses temu duga dilakukan bagi menggantikan kursus praperkahwinan dan tujuan permohonan kebenaran berkahwin di Pulau Pinang dengan pendaftaran bagi proses temu duga boleh dilakukan di laman sesawang emunakahat.penang.gov.com.

"Khidmat nasihat rumah tangga atau kekeluargaan secara bersemuka ditangguhkan dan hanya dijalankan secara dalam talian iaitu melalui emel, talian pejabat atau talian khas pada hari bekerja bermula 8.30 pagi hingga 4 petang," katanya.

Beliau berkata pihak JHEAIPP berhak menolak kehadiran pemohon sekiranya langkah keselamatan ditetapkan atau apa-apa arahan Pegawai Agama Daerah dari semasa ke semasa gagal dipatuhi sepenuhnya.



Disiarkan pada: September 23, 2021 @ 11:14am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2021 11:58 PM | Show all posts
baguslah untuk kebaikan semua yg terlibat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.049285 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list