Kulim: Seorang lelaki meninggal dunia di hadapan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun baru pulang daripada kayuh basikal di kawasan sekitar rumahnya.
Difahamkan, sebaik tiba di hadapan rumah mangsa melakukan senaman ringan sebelum dia secara tiba-tiba jatuh dan pengsan.
Beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.
Kredit foto: Harian Metro
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kakitangan hospital yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin sebelum ini.
"Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari," katanya.
Menurutnya, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa. -CARI
Sumber: Harian Metro |