Salah satu permainan yang dimainkan dalam drama ini.
Sebuah drama bersiri asli dari Netflix berjudul Squid Game menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini. Baru sahaja release, namun drama ini sudah mendapat sambutan hangat. Manakan tidak, jalan ceritanya memang terbaik dan kemas sekali.
Hanya disiarkan 9 episod sahaja, namun drama Squid Game ini menyajikan kisah yang banyak pengajaran boleh diambil dengan berkisarkan mengenai sebuah pertandingan permainan popular kanak-kanak di Korea, seramai 456 peserta dihimpunkan di sebuah pulau rahsia.
Antara peserta dan pelakon utama drama ini.
Kesemua peserta memiliki sejarah hutang sekeliling pinggang. Bermula dengan pertandingan 'Red Light, Green Light', peserta yang pada awalnya menganggap permainan ini hanya suka-suka mula ketakutan selepas ada yang terbunuh. Melihatkan perkara ini, mereka mula mengundi untuk dihantar pulang kerana tidak sanggup nyawa digadai.
Bagaimanapun, penganjur mula menunjukkan hadiah wang tunai yang dimasukkan ke dalam bekas khinzir gergasi. Jumlah wang akan meningkat setiap kali ada peserta menjadi korban.
Nyawa jadi taruhan biarpun dalam keadaan terdesak.
Sehinggalah beberapa permainan dimainkan, dapat dilihat bahawa jangan mudah memberikan kepercayaan kepada orang biarpun sahabat baik sendiri. Tidak mahu cerita lebih, gusar ada yang belum menontonnya. Secara keseluruhan, drama ini menarik untuk ditonton biarpun ada babak yang agak perlahan dan agak sensitif. - CARI |