View: 7192|Reply: 54
|
Nyaris Terjerut Tali Tangsi Di Lebuh Raya, Visor Helmet Selamatkan Muka Dari Ter
[Copy link]
|
|
Pernah mendengar beberapa kes membabitkan penunggang motosikal yang cedera parah kerana terkena tali tangsi di jalan raya, pemuda ini sama sekali tidak menyangka kejadian yang sama menimpa dirinya.
Namun ditakdirkan Allah, umurnya masih panjang apabila dia tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tali tangsi yang merentangi jalan itu terkena topi keledarnya.
Foto: FB
"Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya," tulisnya menerusi perkongsian ringkas mengenai kejadian tersebut di aplikasi TikTok.
Sehingga kini video tersebut meraih melebihi 429,000 jumlah tontonan.
Mengimbas kembali insiden yang nyaris meragut nyawanya pada Jumaat lalu, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Faris berkata, ketika itu dia sedang dalam perjalanan untuk menjemput adiknya pulang bekerja.
"Saya tunggang motosikal seorang diri dari rumah yang terletak di Taman Koperasi Polis, Batu Caves ke tempat kerja adik di Chow Kit. Ketika itu dah menjelang waktu Maghrib.
"Saya ambil laluan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke). Ketika melalui fly-over dekat Sentul, tiba-tiba saya rasa kepala saya macam tertarik ke belakang.
Foto: FB
"Saya masa tu dekat lorong tengah sebab tak banyak kereta... dan bawa motor dengan kelajuan sekitar 80 kilometer/jam. Saya macam tergamam, terus perlahankan kelajuan.
"Masa tangan saya usik helmet, baru rasa ada sesuatu seperti tali. Tengok-tengok dekat cermin sisi pun tali tu lekat. Saya pergi ke tepi lebuhraya. Saya tarik tali tu dari helmet... memang panjang! Saya simpul-simpul dan buang tali tu dekat tempat lain," kata pemuda berusia 23 tahun ini.
Menurut Faris, dia tidak pasti sama ada tali tersebut sengaja dipasang merentangi lebuh raya atau sebaliknya.
Baginya, apa yang paling penting, dia terlalu bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Selepas kena, saya beristighfar... serius saya bersyukur kerana tak kena leher atau muka. Kebetulan saya memang guna helmet dengan penutup penuh pada depan muka (visor). Kalau tidak, teruk muka kalau terkena tu," ujar penuntut Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Sumber Manusia di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Selangor itu.
Faris mengakui insiden sedemikian membuatkannya sedikit trauma dan lebih berhati-hati apatah lagi dia menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama.
Foto: FB
"Trauma tu ada sikit... tapi memang ke mana-mana naik motor, jadi selepas ini kena lebih hati-hati. Ibu pun pesan perkara yang sama dan jangan bawa motor laju-laju selepas saya ceritakan insiden itu.
"Kalau tak silap, sebelum saya, ada dua kes yang berlaku dalam tempoh terdekat... dekat Gombak dan Penchala Link. Tak pastilah apa motif orang yang pasang tali tangsi ni... sama ada khianat atau nak samun.
"Sekarang ni ramai terkesan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak mustahil mereka 'aim' penunggang motosikal untuk samun sebab terdesak nak pakai duit," ujar anak kelima daripada enam adik beradik ini.
Memuat naik klip berkenaan dengan tujuan mahu berkongsi pengalaman sendiri serta dalam masa yang sama mahu memberi peringatan kepada pengguna jalan raya, Faris berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular.
"Ramai juga yang ucap terima kasih kerana sebarkan untuk peringatan bersama. Ada yang luah kebimbangan kerana ada ibu bapa mereka lalu lebuh raya yang sama hari-hari untuk bekerja.
"Apa yang boleh saya kongsikan, kepada penunggang motosikal atau pengguna jalan raya lain, bacalah doa mohon perlindungan sebelum mulakan perjalanan.
"Dan bagi riders khususnya, pakailah helmet yang berpenutup penuh. Tak kira destinasi dekat atau jauh, utamakan keselamatan. Kita tak tahu, malang ni datang tanpa kita jangka," ujarnya lagi.
Media sebelum ini pernah melaporkan kes membabitkan seorang lelaki yang terpaksa menerima 25 jahitan di dagunya yang terbelah kerana terkena tali tangsi ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Sistem Penyuraian Kuala Lumpur Barat Sdn Bhd (Sprint).
Dalam kejadian serupa pada Mac lalu, seorang pegawai polis yang menunggang motosikal cedera pada leher selepas terkena seutas tali tangsi yang merintangi jalan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Butterworth. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak jadi dgn Malaysia ni. Dah macam kat Brazil.. pasang tali melintang kat jalan. Motor lalu tau tau putus kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat cite suzanna dulu2. Hantu sundel ni balas dendam kat kilang pakai tali tangsi. Tercabut kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Gila dan bahaya
Kena buat report polis dan pihak polis kena siasat
Cari cctv sekitar mana tau boleh nampak dajjal mana punya kerja
Macam mana dia regangkan tapi tangsi tu?
Ikat kat mana
Dajal macam ni x boleh hidup sebagai manusia
Bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah.. kat tempat i tinggal pun pernah ada dua tiga kali jadi macam ni, cedera separa parah jugak org yang kena. tapi pelakunya kanak2 yg main layang2 petang2 tu. diorg aci tinggalkan aje kalau ada tali layang2 tersangkut. ngeri |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam cerita Ghost Ship
Setan mana yang buat benda bodo ni???
Mental ko sakit ke apa???
Iol harap deme2 ni laaa yang kena balik perangkap deme
Macam siyalll!!
Orang tu takde salah apa dengan ko
Ko suka hatiiiii je dok zappp kepala orang
Serius bodo!! Tak paham betul laaa!
Dulu letak paku, pastu letak minyak, pastu konon terlanggar, pastu tali ni pulak
Halahhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Astghafirullah hal azimm...manusia manalah otak tertinggal ni p pasang tangsi |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar.. berhati2 la penunggang motosikal semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setan manalah yg jahat sgt ni
Allahurabbi kalau tinggi skit mamat ni mau bercerai kepala dari badan
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa la buat keje bodoh cmni..
bole disabitkan kesalahan cubaan membunuh dgn niat ke tak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Hati2lah..mana tau ada org nak join illumasin kena cari tumbal |
|
|
|
|
|
|
|
Motif? Ejen claim insurance nak bagi orang eksiden ke? |
|
|
|
|
|
|
|
sapa la yg buat keja gini, peronda lebuh raya kena selalu ronda tgok benda2 gini, nauzubillah klu kena |
|
|
|
|
|
|
|
Jahanam betul la.sape pny keje ni.kalau kena org pastu mati.x psl2 jd pembunuh.gileeeeerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang buat edajal cmni patut kene ikat kat pokok ade kerengga,
hiris tgn kanan die , pastu perah limau
tgn kiri sapu ngn madu and gula.
Tinggalkan sehari semalam
Tgk pasni tgn bodoh tu nk x buat keje jahat lg |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah selamat. mcm mana boleh ade tali tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tali pancing jenis braided atau tali sulam..lagi kuat dari tangsi dan tajam. Klau tepi tmpt kejadian ada lombong atau sungai maybe pemqncing punya yg putus diorg x kutip buang. Tapi dia kata tengah highway mmg ada org buang atau tercicir tengah jalan la..tali benang ni ringan sbb tu blh melayang |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar..syukur masih selamat..2-3 tahun lepas penah ada kes jururawat kalu x silap, balik syif malam, mati terjerut tali melintang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tali tangsi mana lagi kalau bukan dari tasik tempat orang main layang2 tu.. sebelah MRR2 je |
|
|
|
|
|
|
|
paling risau bila lalu terowong kecik untuk laluan motor, sebab takut orang pasang benang macam ni la nak bagi kita jatuh moto... |
|
|
|
|
|
|
| |
|