CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1985|Reply: 0

[Kedah] Banjir kilat: Lebih 20 petani rugi tidak sempat tuai padi

[Copy link]
Post time 30-9-2021 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Banjir kilat: Lebih 20 petani rugi tidak sempat tuai padi
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA | | 30 September 2021


Petani melihat keadaan padi yang ditenggelami air dekat Kampung Guar Chempedak, Kuala Ketil, Kedah pada Khamis.

BALING - Lebih 20 petani di Kampung Guar Chempedak dan Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil dianggarkan kerugian mencecah RM200,000 akibat padi ditanam mereka yang sudah masak ditenggelami air akibat banjir.


Petani, Md Rosdi Ahmad 48, dari Kampung Padang Kulim berkata, banjir kilat yang berlaku selepas hujan lebat sejak Rabu adalah paling buruk pernah dialami kerana membabitkan keluasan lebih 40 hektar bagi kedua-dua buah kampung.



Lebih 40 hektar sawah padi di Kampung Guar Chempedak dan Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil ditenggelami air membabitkan kerugian RM200,000.


"Padi sudah masak dan hanya menunggu masa untuk dituai dalam dua atau tiga hari lagi. Saya sudah sediakan mesin menuai tetapi pagi ini (Khamis) saya lihat padi sudah ditenggelami air," katanya.


Sementara itu, Ishak Samsudin, 42, berkata, sawah padi seluas kira-kira lima hektar yang diusahakannya di Kampung Guar Chempedak, Kuala Ketil, juga ditenggelami air.


"Bendang (sawah) dah jadi macam sungai kerana habis tenggelam sehingga ketinggian lebih satu meter. Saya jangka air banjir ini mengambil masa seminggu untuk surut. Jadi, padi mungkin menjadi hitam dan rosak," katanya.



Ishak menunjukkan padi yang diusahakan tenggelam dan rosak akibat banjir kilat.

Seorang lagi petani, Azahari Osman, 53, berkata, dia menyedari padi miliknya tenggelam selepas pergi ke sawah kira-kira jam 8 pagi untuk meninjau keadaan sawah susulan hujan lebat itu.


"Padi sudah matang dan tinggal beberapa hari sahaja untuk dituai. Saya tak tau nak cakap apa selepas melihat padi saya tenggelam dan anggap tiada rezeki saya kali ini," katanya.



Azahari

Dia yang merupakan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan (JPKK) Kampung Padang Kulim berharap kerajaan melalui agensi berkaitan prihatin dengan nasib lebih 20 petani yang terlibat.


Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Ketil dan Pejabat Pertanian Daerah Baling selain laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Ketil untuk rujukan pihak berkenaan.



Petani melihat keadaan sawah padi yang ditenggelami air dekat Kampung Guar Chempedak, Kuala Ketil, Kedah pada Khamis.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ak-sempat-tuai-padi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056902 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list