View: 2053|Reply: 6
|
Telan lebih satu kilogram logam untuk hilangkan ketagihan alkohol
[Copy link]
|
|
Hasil imbasan x-ray pada perut lelaki itu menunjukkan terdapat beberapa kepingan logam di mana ada antaranya yang berukuran 10 sm. - Erik Romanenko/TASS
Telan lebih satu kilogram logam untuk hilangkan ketagihan alkohol
VILNIUS, LITHUANIA – Sepasukan doktor di Lithuania berjaya mengeluarkan lebih satu kilogram paku dan skru dari perut seorang lelaki yang didakwa menelan objek tersebut bagi menghilangkan ketagihan terhadap minuman beralkohol, lapor akhbar Arab News kelmarin.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dimasukkan ke sebuah hospital di bandar pelabuhan Klaipeda akibat sakit perut yang teruk.
Hasil imbasan x-ray pada perutnya menunjukkan terdapat beberapa kepingan logam di mana ada antaranya yang berukuran 10 sentimeter (sm).
“Dalam pembedahan selama tiga jam, kesemua objek asing termasuk yang bersaiz kecil telah dikeluarkan dari dalam perut lelaki itu,” kata doktor pakar bedah, Sarunas Dailidenas.
Sementara itu, Ketua Pakar Bedah Hospital Klaipeda, Algirdas Slepavicius berkata, pesakit berkenaan mula menelan objek logam sejak lebih sebulan lalu selepas dia berhenti mengambil minuman keras.
“Kami belum pernah melihat sesuatu yang seperti itu,” ujarnya.
Lelaki berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
Telan 1kg Paku, Skru Dan Logam Sejak Berhenti Minum Alkohol
Doktor bedah di sebuah hospital di Lithuania mengeluarkan lebih daripada satu kilogram paku, skru dan logam lain dari perut seorang lelaki.
Pesakit tersebut yang dirahsiakan identitinya dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami sakit perut.
Dia mengaku telah mula menelan barangan logam sejak sebulan yang lalu selepas nekad untuk berhenti mengambil minuman beralkohol.
Kredit foto: Getty
Hasil imbasan x-ray pada perutnya menunjukkan beberapa barangan logam yang berukuran lebih daripada 10 sentimeter (cm), menurut doktor.
"Selama tiga jam pembedahan, kesemua benda asing bahkan yang terkecil di dalam perut pesakit dikeluarkan," kata doktor bedah, Sarunas Dailidena.
Pihak hospital kemudian mendedahkan gambar yang menunjukan dulang pembedahan yang penuh dengan skru, paku dan logam lain yang dikeluarkan dari perut pesakit lelaki tersebut.
Pesakit kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. -CARI
Sumber: mStar/ Dailystar.co.uk |
|
|
|
|
|
|
|
power btol org yg santau dia ye |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berkarat ke dalam eprut tu.. mcm2 hal le kome nih |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah kenapa nokkkkkk?
Skru paku nuts tu semua rasa alkohol jugakkkk keeeee?? |
|
|
|
|
|
|
|
apa je kena mengena telan benda ni dgn alkohol
adoi. pendek betul la akal |
|
|
|
|
|
|
| |
|