View: 2482|Reply: 5
|
Khaby Lame miliki 114 juta pengikut
[Copy link]
|
|
KHABY LAME semasa menghadiri Festival Filem Venice ke-78 di Venice Lido. – AFP
Khaby Lame miliki 114 juta pengikut
ROM: Semasa Itali melaksanakan perintah berkurung bagi mengekang penularan Co-vid-19, Khabane Lame hilang pekerjaan di sebuah kilang berdekatan bandar Turin.
Bingung memikirkan masa depan, pada suatu hari, dia memuat naik aplikasi TikTok dan mula membuat hantaran video mengenai dirinya menggunakan nama Khaby Lame, lapor CNN.
Seperti pemilik akaun media sosial lain, dia memuat naik video klip dirinya menari, menonton permainan video atau melakukan aksi komedi.
Awal tahun ini, video yang dihasilkannya membanjiri saluran media sosial sehingga dia menjadi lelaki paling popular TikTok dengan 114 juta pengikut.
Lame, 21, menghasilkan klip video tanpa mengeluarkan sebarang patah perkataan. Cukup dengan memek muka dan aksinya bagi menyampaikan sesuatu mesej.
Ekspresi wajah itulah yang menyebabkan dia menjadi pencipta kandungan digital media sosial paling dikenali di dunia.
“Mungkin kerana ekspresi wajah yang kelakar menyebabkan orang ramai terhibur. Saya suka menggunakan pendekatan video yang sederhana seperti itu.
“Pergerakan dengan hanya memberi isyarat datang secara kebetulan. Saya memikirkan cara mendekati seramai mungkin orang ramai dan cara terbaik adalah tidak bercakap,” katanya.
Lame berasal dari Senegal mempunyai tubuh badan yang tinggi dan kebanyakan klip videonya cuba membe-ritahu sesuatu tugasan harian itu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan logik.
Contohnya, Lame mengupas kulit pisang dengan ta-ngan sebagai respons terhadap vi-deo individu yang mengupas kulit buah itu penuh berhati-hati menggunakan pisau.
Video lain pula, dia memberikan respons terhadap vi-deo seorang wanita menghiris timun menggunakan gigi.
Sumber:https://www.utusan.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpang gembira, sudah rezeki dia begitu |
|
|
|
|
|
|
|
dah kaya...bini auto lawa |
|
|
|
|
|
|
|
Go search your white girl |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku suka la layan khaby lame ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun suka layan... hahahahha
suka tengok memek muka dia yg sempoi tu...
budak lagi dia ni... baru 21 tahun... memang rezki dia.. dalam pada hilang
kerja tup2 terus popular bnyk duit
|
|
|
|
|
|
|
| |
|