|
Tajaan dalam acara sukan bukanlah satu perkara asing. Namun, beberapa atlet catur wanita meluahkan rasa marah apabila organisasi sukan itu menjalin kerjasama dengan sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan bedah payudara.
Kerjasama dan tajaan antara syarikat teknologi perubatan Established Labs dengan Federasi Catur Antarabangsa (Fide) diumumkan awal minggu ini.
Gambar hiasan
Fide turut mengumumkan tajaan itu akan berterusan sepanjang tahun 2022, lapor Daily Star.
Pemain catur Jerman, Elisabeth Paehtz meluahkan rasa kurang senang dengan kerjasama itu.
"Sejujurnya, saya bersyukur jika ada yang mahu menaja sukan catur. Tapi, ia sepatutnya tidak dikaitkan dengan jantina, perkauman, dadah mahupun apa-apa yang berkaitan dengannya," katanya.
Selain bintang Jerman itu, beberapa pemain catur lain turut memberikan reaksi sama dan kurang senang dengan tajaan berkenaan.
"Catur melibatkan otak, bukan payudara," kata seorang lagi atlet.
Sumber: mStar |
|