View: 7204|Reply: 51
|
Tayang keputusan Cemerlang, Wani Kayrie Bukan Riak
[Copy link]
|
|
Perkongsian penyanyi Wani Kayrie, 21, mengenai keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan mahu bersikap riak, sebaliknya membuktikan anak seni boleh berjaya dalam pelajaran.
Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah berkata, dia tetap tidak membelakangkan pelajaran apabila berkongsi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang baik dalam laman Instagram, biarpun sibuk dengan dengan kerjaya seni.
Bagi Wani, perkongsiannya mengenai keputusan cemerlang bukan atas dasar riak.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/05/160458cxr815xxkg3kvh78.png) Foto: IG
"Saya berkongsi keputusan bukanlah mahu menunjuk-nunjuk, tetapi memberitahu, saya bukan sahaja fokus dengan kerjaya seni sahaja, sebaliknya tetap melunaskan tanggungjawab sebagai pemegang biasiswa Management & Science University (MSU).
"Jadi, pada masa yang sama, saya perlu juga membuktikannya walaupun saya sibuk bekerja, tetapi tetap seimbangkan dengan pengajian.
"Jujurnya, ramai tenaga pengajar saya yang mengikuti perkembangan saya, disebabkan itu saya perlu membuktikan saya boleh fokus sebagai pelajar," katanya kepada BH Online.
Terdahulu, Wani berkongsi berita baik mengenai keputusan peperiksaan mendapat CGPA 3.42.
Wani yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan di MSU berkata, dia berusaha keras untuk meraih keputusan cemerlang.
Namun, akuinya, bukan mudah, sebaliknya dia antara pelajar yang bergelut dalam menyeimbangkan kerjaya seni dan akademik.
"Walaupun kelas hanya dijalankan secara virtual, tetapi agak sukar. Ini kerana industri kreatif agak sibuk selepas kembali dibenarkan beroperasi.
"Jujurnya, jadual saya agak sibuk dan mencabar pada bulan ini. Saya perlu membahagikan masa untuk penggambaran yang tertangguh," katanya yang sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri, Tahyul.
Bagaimanapun, hos Didik TV itu tetap berusaha memasuki kelas dan menyiapkan tugasannya.
Bagi Wani, sebagai pemegang biasiswa MSU, ia adalah tanggungjawab besar untuknya memaparkan keputusan dan perkembangan yang baik.
"Ia adalah tanggungjawab besar buat saya. Namun, MSU tahu bagaimana saya bergelut, sebab saya akan sentiasa mengemas kini perkembangan saya.
"Alhamdulillah, mereka memahami situasi saya dan apa yang penting, keputusan tidak teruk. CGPA 3.3 ke atas adalah keputusan yang cukup baik," katanya yang mempunyai setahun setengah lagi untuk menamatkan pengajian.
Sementara itu, berkongsi harapan sebagai calon awal Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Wani berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi dan cukup bersyukur dipilih membolosi pencalonan.
"Sebelum ini, saya pernah dicalonkan menerusi Artis Baharu Wanita Popular. Tahun ini, kali pertama saya dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.
"Jadi, saya tidak mengharapkan apa-apa sebab saingan saya adalah penyanyi senior yang memiliki vokal hebat dan berpengalaman.
"Disebabkan itu, saya serahkan pada rezeki. Jika ada rezeki, adalah...," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Bia la dia tunjuk..apa salahnya flex result belajo. Masih menanti slip yespiyem & transkrip degree hajah terpaling..heuheuheuu |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe dia ada responsibility terhadap pihak yg bg biasiswa tu yg dia tunjuk |
|
|
|
|
|
|
|
I lagi suka tengok orang share results bagus... daripada orang yang dok canang tak perlu sambung belajar untuk berjaya and all. So tahniahla wani ye, teruskan belajar sampai habis |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus flex psl result study ni. Ye la.. igt sng ke nak perah otak? Dgn nk siapkan assignment bagai. Rasa berbaloi kalau cemerlang |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah..ini lah yg patut jadi contoh anak-anak muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
MSU je pun. LoL. Tp tahniah dik wanidesa! Xsemua retis mau sambung atau layak sambung belajar. Ukendoit. Teruskan usaha. |
|
|
|
|
|
|
|
ambik subjek sikit-sikit dah la wanie asalkan boleh menten cgpa. kot kot la nak sambung belajar lagi kannn.. kot kot la nak jadi pensyarah pulak ke.. cgpa masa degree kena excellent. |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya ada cahaya di ujung terowong ig digunakan untuk kebaikan masyarakat.letih tengok artis merempan food rider letak makanan atas tong sampah,tokey timbang kilo sudah disentuh oleh tokey timbang kilo kunyiit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni baru 21tahun? Habis yg taun2 sblm ni duk gosip sana sni, baru 18tahun ke caner? Ish |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak tua la muka dia...terlebih filter ka apa ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 5-10-2021 06:22 PM
Jap 2 subject ke 1 sem
I dulu ipts 1 sem dalam 4 subjek... Course dia ni i google tadi memang 1 tahun ada 4 subjek je so memang 1 sem 2 subjek... Ingatkan sheol amek sikit2 setiap sem |
|
|
|
|
|
|
|
shahirakay replied at 5-10-2021 04:37 PM
ambik subjek sikit-sikit dah la wanie asalkan boleh menten cgpa. kot kot la nak sambung belajar lagi ...
Tengok jugak kabel cekang ke tak cekang, ada je uni awam yang terima walaupun degree kelaut... Master dgn phd pulak by research so dah takda pointer2 |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dia tukar management macam lagi lebat job dia ni, banyak tawaran berlakon kan pastu dengan didik tv tu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai sgt want sampai kosserrr nak ingat wany yg mana 1 |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 5-10-2021 06:30 PM
I dulu ipts 1 sem dalam 4 subjek... Course dia ni i google tadi memang 1 tahun ada 4 subjek je so ...
Beza kot ngn zaman iols dulu..
Dulu my course 4 subjects plg skit
Mase tu mmg tggi la cgpa
Normally 1 sem 5 ke 6 subjects
Klu 2 subjects possible la nk dapat good grade..
Klu x dpt bagus x tau la iols nk ckp apa ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|