CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1913|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kelas bahasa Inggeris, Jepun untuk polis Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 6-10-2021 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Kelas bahasa Inggeris, Jepun untuk polis Pulau Pinang[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]

[size=0.9]
FOTO HIASAN

[size=0.9]


[size=0.9]
Georgetown: Polis Pulau Pinang memperkenalkan kelas bahasa Inggeris dan Jepun kepada pegawai dan anggotanya yang bertugas di kawasan tumpuan pelancong di negeri itu, bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, inisiatif memperkenalkan kelas bahasa asing itu, dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak supaya dapat memberi layanan lebih baik kepada pelancong.

"Polis Pulau Pinang berkolaborasi dengan Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam (CCPSS) Pulau Pinang, bagi menjalankan kelas bahasa Inggeris dan Jepun dengan menggunakan kaedah 'Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian'.

"Sebagai seorang pegawai dan anggota polis yang merupakan barisan hadapan, perlu untuk kami menguasai kedua-dua bahasa asing itu, bagi memudahkan pelaksanaan penugasan harian mereka terutama di kawasan pelancongan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan Program Kemahiran Komunikasi Kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun Polis Pulau Pinang, turut hadir Pengerusi CCPSS Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah.

Mohd Nasri berkata, kedua-dua kelas yang dijalankan hujung minggu selama dua jam bermula sejak 4 September lalu itu membabitkan kelas bahasa Inggeris dilaksanakan selama lima minggu, manakala bahasa Jepun pula selama 10 minggu.

Katanya, seramai 40 anggota polis terbabit bagi kedua-dua kelas bahasa asing itu dan mereka didedahkan dengan teknik-teknik berkomunikasi secara interaktif, supaya dapat berkomunikasi dengan baik.

"Buat permulaan setiap kelas itu disertai 20 anggota polis dan ini adalah titik tolak permulaan kepada semua pegawai dan dan anggota di sini (IPK Pulau Pinang) untuk mempelajari serta meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa asing," katanya.

Beliau berkata, kelas bahasa Inggeris pernah diadakan untuk pegawai dan anggota polis di Pulau Pinang sebelum ini, manakala bagi bahasa Jepun ini merupakan kali pertama ditawarkan kelas kerana ia merupakan bahasa yang utama digunakan secara meluas di seluruh dunia serta digunakan oleh negara-negara maju dan berteknologi tinggi.

Menurutnya, kelas bahasa asing itu akan diteruskan pada masa hadapan dengan cara bersemuka, supaya lebih ramai pegawai dan anggota polis dapat menguasainya.

Disiarkan pada: Oktober 6, 2021 @ 1:03pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kita manggala,myanmar,nepal,indon,pakis dll..mari malesia.. musti mau pandai cakap mulayu....lain asing worang..lu worang malesia musti mau pandai cakap asing worang....banyak low class..malesia tinguk kita manggala-manggala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.371802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list