Suasana di sebuah bank kecoh apabila sebuah Proton Persona yang dipandu lelaki warga asing merempuh dinding kaca premis berkenaan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 29 tahun tertekan pedal minyak ketika ingin meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit.
Pintu bank yang pecah selepas dirempuh oleh Proton Persona yang dipandu seorang lelaki asing pada Khamis. Foto: Ihsan PDRM
"Kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan tetapi kereta tersebut rosak di bahagian depan selain pintu bank pecah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat telekomunikasi memiliki lesen memandu antarabangsa hadir membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan dirakam percakapan.
Proton Persona yang turut rosak di bahagian depan akibat kejadian tersebut. Foto: ihsan PDRM
"Tiada elemen jenayah wujud dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.
Sumber: Sinar Harian |