View: 17133|Reply: 62
|
Bigfoot (merged: orga_zone, pipersfather)
[Copy link]
|
|
Aku nak kongsi pengalaman tentang Bigfoot atau makhluk berbulu ni
sapa yang pernah dengar dan nampak bigfoot....
Aku pernah tengok tapak kaki bigfoot.... ni
pada masa tu ...1988 .. ada org kat Kg. Dangar , Kelantan yang melihat makhluk aneh yang berbulu dan tinggi lebih kurang 15-12 kaki ...dipercayai bigfoot....
tapak kaki .. lebih kurang ... 15 inchi
So.. esoknya .. kecoh seluruh bandar ...
so.. aku gi tengok kesan tapak kaki dia kat atas jalan raya ... kuat betul makhluk ni.. sampai tapak kaki berbekas kat jalan raya..
ini pic dari internet ajer
[ Last edited by fleurzsa at 6-1-2006 02:22 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat area gemas pun ada pernah gempar citer ni beberapa tahun lalu........ walaupun makhluk nih org tak pernah nampak kat kg tuh, tapi yg hanya kelihatan adalah kesan tapakkaki sahaja........
bagi masyarakat asli kg tuh, mereka menganggap ia adalah sebahagian dari nenek-moyang mereka........... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cerita pasal bigfoot nie semua kaum/bangsa dari semua negara rasanya ada versi tersendiri
semuanya disesuaikan dgn tempat dan keadaan
mok nik selalu juga ke Key West US..perjalanan ke sana melalui hutan paya bakau kiri kanan jalan, ramai kawan2 menasihati kami supaya hati2 kalau memandu di waktu malam, sebab ada orang brtemu dgn bigfoot di hutan paya bakau kiri kanan jalan itu.
malah ada orang yang sanggup tunggu dan bermalam kat satu jalan tuh yang dikatakan tempat kerap org bertembung dgn bigfoot.
rupanya kalau kita tunggu tak berjumpa kot, tapi kalau kita tak "hingin" jumpa ia, ia akan muncul
cuba check sini http://www.rfthomas.clara.net/bigfoot.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Joe Hahn at 24-9-2005 01:03 AM
bokbong tu gaper....
macam musang.. tapi mata besar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Emmm, nampaknya ada bigfoot Melayu dan bigfoot mat salleh jugak nih.......tapi bigfoot kat Kelantan nih kalau tak silap aku, dia pernah robohkan jambatan kat sebuah kampung. Ini cerita tahun 1980-an dulu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
pipersfather This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama juga cerita Big Foot Malaysia ni yer. Dulu ada cerita nampak bekas tapak kaki nya di pinggir hutan di Negeri Johor. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa sekolah menengah aku selalu jumpa ngan BIGFOOT.tapi takder la berbulu macam korang tengok kat gambar tu |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang tgh kecoh pasal ada org jumpa bigfoot nih kat area tanjung piai dan kota tinggi..... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi sayang masih takde bukti bergambar...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu diam jer, tak der pun citer pasal Bigfoot ... sejak citer King Kong kuar, tetiba jer kuar citer Bigfoot ... pegawai polis yang kononnya jumpa 26 tahun dulu kat Kelantan pun sekarang baru nak bagi tau dia jumpa :stp::stp:
Ada orang citer Marco Polo dulu boleh sampai ke China pun pasal kena kejar dengan yeti (white-foot) :stp::stp: |
|
|
|
|
|
|
|
big foot? ermmm bapak kawan aku pernah nampak something (berbulu besor, tinggi) cam mawas yg besor kat hutan rembau, n9.
member aku cakap mende tu cam big foot lah..
kat muzium seremban n9 ade satu tengkorak... yg org tak tau tengkorak ape
maybe tengkorak big foot kot..? |
|
|
|
|
|
|
|
Pesara terserempak Bigfoot sekitar 1950-an
Oleh FARIK SALLEH
KOTA TINGGI 26 Dis. - Seorang pesara Polis Bantuan (AP) mendakwa pernah menambak `Hantu Gigi Jarang' atau Bigfoot apabila makhluk tersebut sedang membongkok mencari makanan iaitu anai-anai pada batang pokok getah yang telah reput.
Yahya Awang Tunggal, 73, berkata, kejadian berlaku sekitar tahun 1950-an apabila dia terserempak dan berdepan dengan makhluk tersebut di Seberang Sungai Sedili di sini.
Menurutnya, pada awalnya dia tidak mempercayai tentang kewujudan `Hantu Gigi Jarang' yang hangat diperkatakan ketika itu dan menganggapnya sebagai dongeng atau mitos kerana belum pernah berdepan dengannya.
Tambahnya, makhluk itu mempunyai ketinggian melebihi tiga meter dan berbulu tebal, manakala hidungnya menghala ke atas, mempunyai tapak kaki yang besar dan gigi tajam selebar dua jari serta jarang.
``Kira-kira pukul 9 malam, saya terdengar bunyi pelik di belakang rumah dan terperanjat apabila mendapati Orang Mawas atau Hantu Gigi Jarang sedang membongkok mencari makanan (anai-anai) pada batang getah yang telah reput.
``Dalam keadaan terperanjat, saya mencapai senapang lalu menembak ke arahnya pada jarak kira-kira empat meter dan mengena punggungnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagaimanapun Yahya berkata, makhluk berkenaan yang cedera di bahagian punggung akibat tembakan yang dilepaskan melarikan diri ke dalam hutan.
Tambahnya, seorang lagi rakannya yang telah meninggal dunia juga pernah terserempak dan dikejar makhluk tersebut ketika hendak menoreh getah.
Menurutnya, rakannya yang dikenali sebagai Atan Yet dan pernah menetap di Bukit Piatu berdekatan Sungai Sedili itu melihat mata `Hantu Gigi Jarang' itu berwarna merah dan tinggal di kawasan gunung serta duduk di bawah pokok yang berdaun lebar.
Seorang penduduk tempatan, Salim Osman, 49, memberitahu, arwah bapanya bersama tujuh rakan lain pernah berdepan dengan `Hantu Gigi Jarang' ketika mencari rotan di sekitar pantai Tanjung Leman di sini.
Katanya, salah seorang rakan bapanya yang dikenali sebagai Pak Untung berasal dari Terengganu telah ditangkap oleh `Hantu Gigi Jarang' dan dikepit di bawah ketiak.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_03.htm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiada bukti saintifik sahkan kewujudannya
KOTA KINABALU 26 Dis. - Pengerusi Lembaga Penggalakkan Pelancongan Sabah (STPC), Datuk Tengku Dr. Zainal Adlin berkata, tiada bukti saintifik yang dapat membuktikan kewujudan Bigfoot di hutan Borneo.
Beliau yang merupakan penulis bersama buku Maliau Basin - Sabah Dunia Yang Hilang berkata, setakat ini, kewujudan Bigfoot hanya daripada `dengar-dengar cakap' sahaja.
``Saya juga tidak pasti Bigfoot wujud di hutan Borneo, ia tidak dapat dipastikan secara saintifik,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Zainal adalah orang pertama yang menerokai Maliau Basin, hutan hujan tropika berusia ratusan juta tahun itu yang terletak di selatan Sabah.
Maliau Basin berbentuk kawah besar adalah hutan yang terletak di tengah-tengah kepulauan Borneo dan kaya dengan rahsia alam semula jadi.
Zainal juga aktif membuat kajian saintifik bersama Yayasan Sabah termasuk di Lembah Danum yang telah menarik ratusan saintis dari luar negara untuk membuat kajian sehingga terhasil lebih 300 buku dan jurnal mengenainya.
Bigfoot dikatakan ditemui di hutan Johor dengan beberapa insiden orang ramai terserempak dengan makhluk itu.
Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow berkata, beliau yakin dengan kewujudannya yang juga dikenali sebagai `Orang Mawas' atau `King Kong'.
Katanya, MNS menerima banyak maklumat tentang insiden manusia terserempak dengan makhluk itu seperti di kawasan hutan di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, Taman Negara Endau Rompin dan Kota Tinggi.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_04.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Lindungi gorila besar jika ditemui - Rosli
DUNGUN 26 Dis. - Kerajaan perlu membuat persedian awal bagi memastikan Bigfoot atau gorila besar sekiranya ditemui di mana-mana hutan di negara ini tidak dibunuh seperti dalam filem-filem King Kong versi Hollywood.
Dalam filem King Kong termasuk versi terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam tempatan, haiwan raksasa itu ditembak mati oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) kerana dianggap mengancam keselamatan penduduk bandar New York.
Setiausaha Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Mat Hassan melahirkan kebimbangannya kerana kemungkinan Bigfoot atau apa saja haiwan yang menyerupai gorila besar itu akan dibunuh oleh mana-mana pihak yang terserempak dengan haiwan itu.
Menurutnya, kemungkinan itu boleh berlaku kerana kehadiran haiwan tersebut ketika itu dianggap satu ancaman kepada pihak yang menjumpainya secara tiba-tiba.
``Sekiranya kejadian itu benar-benar terjadi, negara tentunya kehilangan aset paling berharga pada ketika kewujudan haiwan itu masih dianggap satu mitos oleh banyak pihak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan (DSP) Mohd. Fakri Che Sulaiman yang mengakui pernah terserempak dengan gorila besar di satu kawasan hutan di sempadan Malaysia - Thailand, kira-kira 26 tahun lalu.
Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Mohd. Fakri mendakwa gorila besar yang ditemuinya setinggi hampir paras bangunan empat tingkat dan jeritannya begitu kuat sehingga menggegarkan peralatan yang beliau bawa bersama anggota-anggota polis lain.
Sehubungan itu, Rosli menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memandang serius mengenai pendedahan dalam media sejak seminggu lalu mengenai Bigfoot ini.
Katanya, antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh Perhilitan ialah menubuhkan jawatankuasa khas dengan melibatkan beberapa agensi berkaitan dan pasukan keselamatan bagi membuat kajian dan kerja-kerja mengesan haiwan tersebut di hutan-hutan negara ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_05.htm |
|
|
|
|
|
|
|
bigfool
kene khencing la kita semua nih.. ini semua cherita karut nak mengejar glamer dan publisiti murahan... kalau takde fact atau bukti, baik diam je la... ntah-ntah beruang ke, wira ke (maskot sukan komanwel 98), pastu exaggerated... mender la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JodoKast at 28-12-2005 12:22 PM
kene khencing la kita semua nih.. ini semua cherita karut nak mengejar glamer dan publisiti murahan... kalau takde fact atau bukti, baik diam je la... ntah-ntah beruang ke, wira ke (maskot sukan ko ...
Aku merasa pelik dengan orang2 kita yang mudah percaya dengan cerita karut marut ni..
dahlah buktinya tiada, orang masih lagi percaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 chumpon's post
sbb ini thread myth.. sara nak citer le sikit apa yg opah sara ceritakan...
mmg ada bigfoot nih... tapi kalu org melayu sebut gergasi...
kediamannya mmg kat dlm hutan.
kan ke byk hutan dara yg belum diterokai kat malaysia nih..
kat perak ada satu hutan dara =====> hutan BELUM
kat situ ada org cerita.. ular besor batang kelapa... dah berlumut sisiknya akibat lama sgt bertapa..
kalu ular dah besor batang kelapa... tentu le monyetnyer besor king kong..
sara tak le tak percaya..
semuanya tu dlm ilmu Allah...
kalu manusia mmg semuanya nak bukti nak gambor...
tapi kan kita ni tahu... byk makhluk lain di dunia ini selain manusia..
apa nak diherankan akan dakwa dakwi ttg bigfoot nih.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|