View: 16482|Reply: 23
|
Penaklukan Jepun di Selangor (1941-1945)
[Copy link]
|
|
PENAKLUKAN tentera Jepun di Tanah Melayu 1941-1945 khususnya di Selangor mencatat satu lagi sejarah politik tanah air dengan memperlihatkan pelbagai cabaran oleh golongan pemerintah tempatan mahupun golongan masyarakat Melayu, Cina mahupun India. Ia telah menukarkan tampok pemerintahan daripada British kepada Jepun. Sewaktu kemaraan Jepun menuju ke Kuala Lumpur, pihak British mendirikan kubu-kubu pertahanan bagi menyekat kemaraan tentera Jepun di daerah Ulu Langat Selangor iaitu di Kampung Sungai Choh. Dengan itu British mula menempatkan hamper 200 orang askar Gurkha di kubu tersebut. Setelah hampir dua minggu maka barulah kubu tersebut siap dibina. Kemaraan pihak tentera Jepun ke Ulu Selangor ini bermula pada pukul enam pagi pada Dis 1941 dengan berlakunya pertempuran hebat antara pihak tentera Jepun dengan tentera pertahanan British selama dua hari. Pada hari kedua, tentera udara Jepun mengebom kawasan kubu tersebut dengan akhirnya British terpaksa berundur dengan 100 askar Gurkha mati bersama dua tentera British. Sebelum kemasukan Jepun ke daerah Ulu Selangor iaitu ke Kampung Sungai Choh, terdapat khabar angin tentang pembelaan Jepun ke atas anak-anak tempatan. Propaganda yang disebarkan oleh Jepun ini ternyata amat menarik perhatian masyarakat di Selangor untuk menerima kedatangan Jepun bagi mewujudkan pemerintahan yang lebih baik daripada pemerintahan British seperti sebelumnya. Antaranya ialah, Jepun berjanji akan mengambil alih seluruh estetestet kolonial British untuk dibahagi-bahagikan kepada penduduk yang tidak mempunyai tanah, memberi bantuan keperluan harian seperti beras, minyak dan pakaian akan lebih murah serta mudah didapati. Malah pihak Jepun juga menggunakan propaganda untuk menarik perhatian penduduk tempatan dengan mengatakan bahawa keselamatan penduduk tempatan akan lebih terjamin. Menerusi kegiatan ahli-ahli perisiknya yang bertaburan di Tanah Melayu dan Selangor yang kebanyakan mereka membuka perniagaan seperti jurugambar, tukang gunting rambut, peniaga kedai runcit atau pemilik lading getah dan lombong serta peniaga jalanan yang masuk ke kampungkampung mencari maklumat terperinci tentang pertahanan British. Dengan maklumat yang serba cukup Jepun begitu yakin mereka dapat meruntuhkan kubu pertahanan British. Menjelang 11 Jan 1942, Kuala Lumpur di duduki oleh tentera Jepun. Oleh yang demikian kekuasaan dan undangundang awam British juga turut dihapuskan. Keadaan ini dapat dilihat apabila pejabat Eropah dan kediaman rasminya turut disingkirkan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ketika di bawah pemerintahan tentera Jeneral Itagaki menyerahkan pedangnya kepada Leftenan Jeneral Messervy Pegawai Pemerintah Malaya Command diikuti oleh pegawai-pegawai tentera Jepun yang lain di satu upacara penyerahan pedang Jepun di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Febuari 1946 Jepun, bandar Kuala Lumpur dibahagikan kepada enam bahagian. Bagi setiap bahagian, ia ditadbir oleh seorang pegawai kesihatan, beberapa orang Merinyu Kesihatan, Merinyu Pembersihan Bandar dan sebilangan pekerja buruh. Pada bulan Apr 1942, Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur ditubuhkan semula dengan Dr. Fujiyoshi sebagai pengerusinya. Tetapi pada bulan Jun 1943, Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur dibubarkan dan pengurusan pembandaran diambil alih oleh sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada pegawai tentera dan awam. Pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu bermula dari 15 Feb 1942 sehingga 14 Ogos 1945. Dengan yang demikian, Selangor turut menerima sistem dan pentadbiran yang baru di bawah pemerintahan Jepun bagi menggantikan pemerintahan British. Dasar pentadbiran Jepun umumnya mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya. Dalam hal ini, bagi negeri Selangor yang kaya dengan sumber hasil bumi seperti bijih timah memang diperlukan oleh Jepun untuk pembangunan ekonominya. Malah dasar pentadbiran Jepun juga adalah bertujuan untuk meluaskan pengaruh kebudayaannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Pegawai Jabatan Penerangan Jepun di Tanah Melayu iaitu Minowa Saburo pada bulan Mac 1942, bahawa pentadbiran Jepun akan terus berusaha menghapuskan pengaruh barat dan menyerapkan kebudayaan Jepun di Asia Tenggara. Semasa kemaraan menuju ke selatan inilah sebahagian daripada tentera Jepun masuk ke daerahdaerah tertentu di Selangor seperti di Ulu Langat dan menguasai kawasan ini tanpa berlakunya sebarang peperangan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jeneral Itagaki menyerahkan pedangnya kepada Leftenan Jeneral Messervy Pegawai
Pemerintah Malaya Command diikuti oleh pegawai-pegawai tentera Jepun yang lain di
satu upacara penyerahan pedang Jepun di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22
Febuari 1946 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di Ulu Langat tiada sebarang bentuk pertahanan yang dilakukan oleh tentera British kerana kawasan ini agak jauh ke dalam dari jalan besar. Tentera-tentera Jepun sama ada berjalan kaki, berkereta, menaiki lori atau berbasikal masuk melalui jalan raya yang merintangi daerah Ulu Langat. Kali pertama kemasukan Jepun ke daerah ini menimbulkan perasaan takut di kalangan penduduk tempatan kerana pada masa ini berlaku rampasan barang-barang makanan. Tentera Jepun yang sedang keletihan dan kelaparan ini telah mengambil telur ayam, menangkap ayam, itik dan kambing dari rumah orang-orang kampung. Kenderaan- kenderaan orang-orang kampung seperti basikal dan beberapa buah kereta diambil untuk kegunaan tentera Jepun. Setelah mendapati daerah Ulu Langat selamat dari sebarang ancaman musuh, tentera Jepun mengambil alih rumah peranginan di Dusun Tua untuk dijadikan markas pentadbiran mereka. Rumah peranginan ini atau lebih terkenal dengan panggilan kem, sebelum itu ia adalah rumah peranginan bagi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Semasa kedatangan pegawai Jepun ke kem ini, Sultan Hishamuddin iaitu Sultan Selangor pada masa itu yang lari dari Kelang akibat serangan tentera Jepun pernah tinggal di rumah peranginan tersebut. Tentera Jepun memaksa Sultan Hishamuddin balik ke Klang sementara harta bendanya dirampas. Jepun yang mengambil polisi
untuk menambat hati orang-orang Melayu adalah dengan tidak memberikan sebarang layanan buruk kepada Sultan Hishamuddin. Hal yang demikian ini adalah kerana pihak Jepun mengetahui bahawa sultan adalah sebagai lambing kedaulatan bangsa Melayu. Langkah ini tentunya dapat menunjukkan yang Jepun adalah sebagai kawan kepada orang-orang Melayu. Sokongan boleh didapati daripada orang-orang Melayu asalkan ada pihak Jepun tidak mengganggukedaulatan rajaraja Melayu, agama dan adatistiadat bangsa Melayu. Sementara itu, Jepun yang mengambil alih rumah peranginan itu menamakannya sebagai Kem Dusun Tua. Kem ini kemudiannya dijadikan sebuah hospital oleh pihak Jepun. Hal ini mungkin disebabkan oleh keadaan daerah Ulu Langat yang dianggap aman dengan penduduknya yang sebahagian besar terdiri dari orang-orang Melayu, menyebabkan pihak Jepun merasakan tempat ini sesuai untuk dijadikan hospital yang sememangnya memerlukan keadaan-keadaan begini. Hospital ini turut menempatkan tenteratentera Jepun yang cedera dari seluruh kawasan peperangan Jepun di Asia seperti dari Singapura, Borneo, New Guinea, Indo China, Burma dan Thailand. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dari segi perlaksanaan undangundang di daerah Ulu Langat pula, tidak terdapat undang-undang ketat dikenakan ke atas penduduk tempatan. Keadaan ini juga mungkin disebabkan oleh tiadanya markas tentera Jepun dibina di daerah tersebut. Selain itu menerusi penguatkuasaan peraturan Jepun bagi negeri Selangor amnya, penduduk di Selangor harus menghormati, berhenti bila berjalan atau ketika menaiki basikal dan menundukan kepala bila bertemu dengan askar Jepun. Contoh dalam kes di Klang Road, Kuala Lumpur seorang Sikh yang hanya menundukan kepala tanpa menanggalkan serbannya dipukul sehingga terpelanting. Pengasasan serta penubuhan kerajaan Jepun di Selangor telah bermula pada 12 Jan 1942. Pada masa pemerintahan Jepun di Selangor juga, penduduk tempatan harus memberi penghormatan kepada tentera Jepun dengan cara menundukkan kepala
bila lalu di hadapan mereka. Cara penghormatan begini mesti dilakukan untuk mengelakkan dari sebarang hukuman. Pada kebiasaannya mereka yang enggan melakukan atau engkar akan dihukum dengan cara ditempeleng atau dijemur di tengah panas. Oleh itu, sesiapa yang melalui kem terpaksa menundukkan kepala sebagai memberi penghormatan kepada tentera Jepun yang berkawal di situ. Salah faham selalu timbul akibat tiadanya komunikasi antara kedua-dua pihak ini. Akibat tiadanya fahammemahami inilah maka ramai diantara penduduk tempatan yang dihukum. Dengan yang dimikian, jelas di sini bahawa sewaktu Selangor berada di bawah pentadbiran tentera Jepun, system pentadbiran yang sedia ada ketika itu masih dikekalkan dengan pentadbir-pentadbir juga masih dikalangan masyarakat tempatan walaupun kuasa tertinggi adalah
berada ditangan pemerintahan kuasa Jepun. Keadaan sedemikian turut berlaku di daerah Ulu Langat di Selangor. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada peringkat awal pentadbiran tentera Jepun, peraturan-peraturan tentang hasilhasil tanaman padi dan penyimpanan beras belum lagi diperkenalkan. Namun demikian setelah beberapa bulan pentadbiran tentera Jepun akibat daripada kekurangan bahan-bahan makanan, pihak Jepun mengambil langkah merampas padi daripada penduduk tempatan. Malah penduduk tempatan tidak dibenarkan menuai padi tanpa pengawasan daripada tentera Jepun yang telah dilantik. Hal ini termasuklah kegiatan memproses padi untuk dijadikan beras walau dengan apa cara sekalipun ia haruslah mendapat kebenaran daripada pihak Jepun. Berikutan dengan itu, pesawah-pesawah dipaksa menanam dan menuai padi hanya pada waktu yang ditentukan di bawah jagaan pihak Jepun. Dengan itu, bagi padi yang dituai akan dilonggokkan di satu tempat yang telah disediakan. Kemudian padi ini akan di bawa untuk di simpan di sebuah rumah khas yang dijadikan gudang padi. Walaupun terdapatnya pengawasan yang dikenakan oleh pihak pentadbir Jepun ke atas penanaman dan penuaian padi bagi pesawah-pesawah, namun masih terdapat orang-orang kampung yang mencuri-curi melurut padi pada waktu malam kerana kekurangan makanan. Oleh itu, bagi padi yang di ambil tanpa pengetahuan Jepun tadi akan ditumbuk jauh ke dalam hutan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gambar menunjukkan Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Selangor, bergambar bersama ahli
keluarga baginda dan askar Jepun pada zaman pendudukan Jepun. Baginda telah memerintah
Selangor pada tahun 1942-1945. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi kawasan pertanian di Sabak Bernam, padi yang ditanam musnah akibat kapal terbang Jepun yang musnah terbakar. Jadi petani ianya tidak boleh melebihi iaitu hanya untuk bekalan seminggu sahaja. Proses catuan beras ini tidak berlaku secara berlanjutan iaitu hanya dalam masa kira-kira setahun sahaja. Ini berikutan terdapat penduduk kampung yang pemerintah tentera British dating ke Selangor mengambil semula kuasa di negeri itu daripada tangan pemerintah tentera Jepun. Menerusi penyerahan kekalahan tentera Jepun pada 15 Ogos 1945, penduduk Tanah Melayu mengalami penderitaan seperti kekurangan zat makanan, kehilangan nilai mata wang, ketakutan penduduk dan ekonomi negara yang tidak dapat bergerak. Bagaimanapun cita-cita Jepun untuk membentuk 揋reater Japan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Malaya khususnya di Selangor hidup menderita lebih kurang tiga tahun sembilan bulan lamanya di bawah pemerintahan tentera Jepun, pada pertengahan bulan Sep 1945, tentera British datang semula mengambil Malaya daripada tangan tentera Jepun yang menyerah kalah mengikut perintah daripada Maharaja Jepun yang menyerah kalah kepada pihak Amerika dan sekutunya pada 15 Ogos 1945. Oleh itu Jepun memerintahkan tentera-tenteranya menyerah diri dan terus mengekalkan keamanan. Pihak pemerintah tentera British dating ke Selangor mengambil semula kuasa di negeri itu daripada tangan pemerintah tentera Jepun. Menerusi penyerahan kekalahan tentera Jepun pada 15 Ogos 1945, penduduk Tanah Melayu mengalami penderitaan seperti kekurangan zat makanan, kehilangan nilai mata wang, ketakutan penduduk dan ekonomi negara yang tidak dapat bergerak. Bagaimanapun cita-cita Jepun untuk membentuk 揋reater Japan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak askar jepun yang menetap kat tanah melayu selepas perang? |
|
|
|
|
|
|
|
nice info...nanti kita nak dengar dari negeri2 lain laks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# WonBin
1974: Lieutenant Hiroo Onada, askar Jepun telah keluar dari hutan belantara Lubang, Filipina... sbb x sedar yang WWII dh tamat 29 tahun... tpi smngt banzai masih kuat, tua2 tpi x mau menyerah kalah.. Dia hanya menyerah kalah slps ditemukan komander lama dia....banzai!!
1980: Kaptain Fumio Nakahira ditemui di pergunungan Mindoro Filipina..
BELIEVE IT!
Agak2nya ada x askar Jepun yang masih hidup dan menyorok di bumi Malaya nih? |
|
|
|
|
|
|
|
ikut cerita orang tua aku, askar jepun yg asal dari jepun ni tinggi orangnya dan agak kacak rupanya, mereka ni biasanya berpangkat pegawai dan keatas, mereka ni bertimbang rasa dan baik2. mereka inilah yg membina sekolah dan mengajar rakyat tempatan.
manakala askar bawahan pula adalah dari manchuria dan formosa, mereka ni pendek2 orangya dan bersikap ganas dan gemar membunuh dan merampas harta orang kampung, orang tua aku juga kata masa mereka masuk kampung, askar ni akan naik kerumah dan makan apa yg boleh seperti bedak zaman tu yg berbentuk batu ( keras dan empat segi), jika difikirkan secara logik mustahil askar jepun yg kemajuan mereka mendahului kita tak kenal benda2 mcm tu.
mereka yg berasal dari manchuria dan formosa inilah yg membuat perangai buruk dan mencemarkan nama askar jepun. dan tak dinafikan juga perlakuan ganas mereka juga disebabkan tekanan oleh perang waktu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo korang pegi galeri diraja sultan abdul aziz kat klang (seblah little india), dapat tengok video almarhum sultan selangor (sultan salahuddin) sembang pasal pengalaman dia time jepun serang malaya..
masa tu dia skolah kt mckk..dijemput balik ke selangor waktu kapal terbang jepun tengok bersimpang siur bom seluruh perak..nyaris2 dia mati sebab ada skali tu elok2 je kereta dia melintas kat satu jambatan, sebijik bom jatuh betul2 atas jambatan tu & meletup...kalau kereta tu lambat 5 saat memang arwah dah dia..
almarhum jugak cerita time jepun datang, ayahanda dia yg memerintah (sultan hisamuddin)...tp jepun tak suka sultan hisamuddin sebab sokong british & sultan hisamuddin nyaris2 dibunuh oleh jepun...mujurlah sultan musa / tengku kelana pujuk british supaya jangan bunuh..
sepanjang pemerintahan jepun, sultan hisamuddin & family tak ke mana2 melainkan berkurung dlm istana jemaah (sekarang ni kisas)..
bila jepun kalah, sultan hisamuddin dilantik semula sebagai sultan
kalau ikutkan sebenarnya tengku kelana yg layak jadi sultan sebab dia raja muda selangor sebelum british lucutkan jawatan dia tahun 1933 sebab tengku kelana ni anti british, tp digunakan alasan tengku kelana ada masalah peribadi...tengku kelana ialah putera sulung sultan suleiman..walaupun sultan suleiman (ayahanda tengku kelana & sultan hisamuddin) bantah pelucutan jawatan tengku kelana (INI KE YANG SEJARAWAN KANGKUNG KATA TANAH MELAYU TAK PERNAH DIJAJAH? SOAL SUCCESSOR NEGERI PUN BRITISH YANG TENTUKAN)
bila sultan suleiman mangkat 1938, sepatutnyalah tengku kelana jadi sultan tp sultan hisamuddin yg jadi sultan..so tengku kelana jadi sultan masa pemerintahan jepun tu (1942-1945), memang takhta tu kepunyaan dia sebenarnya..bila british datang balik, tengku kelana dibuang negeri ke pulau cocos, tp balik semula ke selangor tak lama lepas tu..
yg menariknya waktu sultan hisamuddin ditabal jd sultan tahun 1938, yg menabalkan sultan hisamuddin ialah tengku kelana sendiri...maknanya tengku kelana tak hold grudge against adinda dia..
aku sebenarnya musykil dgn peribadi sebenar tengku kelana...tp benda ni jarang dibincangkan
ramai sultan yg british lucutkan takhta lepas jepun kalah, antaranya raja perlis, sultan selangor & sultan terengganu...semuanya sebab anti british..berbeza dgn tengku kelana yg diiktiraf oleh kerajaan negeri terengganu, kerajaan negeri terengganu tak pernah iktiraf sultan ali sebagai sultan terengganu..kt muzium terengganu tu 1942 - 1945 terengganu takde sultan, haha..
bandar kelana jaya yg ada sekarang diambil nama sempena tengku kelana jaya, bekas sultan selangor bergelar sultan musa ghiyatuddin riayat shah..
nama2 jalan di KL/selangor kalau ada nama raja muda musa tu generally bukan merujuk kpd tengku kelana tp kepada anakanda sultan abdul samad iaitu raja muda musa..tp sebab sultan abdul samad memerintah lama sangat, raja muda musa mangkat dulu & anakanda raja muda musa (sultan suleiman) yg diangkat jadi sultan selangor.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih Iscol Kelang..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# zaharul_asriq94
Ada, bila PKM letak senjata pada 1989, antara anggota yang keluar hutan ialah dua orang bekas askar Jepun! |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan melayu mase zaman Jepun =
Terengganu = stay terengganu, jadik geng jepun
Pahang = lari masuk hutan. dudk dgn orang asli
Selangor = Stay di Klang. terbahagi kpd 2 fraction, yg sokong british and yg sokong jepun
Perak = stay kat Perak, limited confinement pd awal2nye. Lepas tu jadik geng jepun. anaknye dilarikan ke London.
Kedah = same mcm Perak
Johor = the brassball Ibrahim kat London mase penaklukan Jepun. dia balik Johor lepas singapore jatuh, walaupun diberi suaka oleh Queen utk tinggal di Britain. takde kapal brani bawak dia balik Malaya. satu kapal ke india je brani. and tidak pernah meninggal kan Johor selame 4 tahun penaklukan jepun. anaknye Ismail dan tunku ahmad stay jugak.. while Tunku Anis bendahara lari ke Britain melalui India lepas singapore jatuh sampai hujung hayat dia.
*malas nak bukak cite 'untold' lagi.. sebab BOD ni dah jadik BOD politaik. same mcm MOD nye |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 16# alphawolf
2 orng bekas askar jepun?? wah, mesti dh tua time keluar thun 1989 tu..citer sikit |
|
|
|
|
|
|
|
(INI KE YANG SEJARAWAN KANGKUNG KATA TANAH MELAYU TAK PERNAH DIJAJAH? SOAL SUCCESSOR NEGERI PUN BRITISH YANG TENTUKAN) ...
iscol_klang Post at 12-9-2011 10:16
Tau tak pe, aku baru nak komen pasal ni kan. anak keling dok canang kata kita tak pernah dijajah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# unekspekted_XII
sori ye aku tanya, kat mane yg modnya jadi politaik ? tak nampak pon ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|