CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11227|Reply: 30

Sejarah Tambak Johor

[Copy link]
Post time 18-10-2005 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah Tambak Johor


Apa sesiapa yang ada maklumat mengenai sejarah pembinaan Tambak Johor tak ?? Segala maklumat yang diberi akan mendapat kredit.


Terima kasih ..


[ Last edited by chumpon at 18-10-2005 06:45 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2005 02:55 PM | Show all posts
tambak johor menyeberangi selat tebrau telah dibina oleh penjajah british utk mengangkut sumber2 asli dari malaya ke pelabuhan singapura utk diekspot dan keperluan industri british dan eropah yg sedang maju pada masa itu. sekian lama tambak ini telah membantu memajukan dan mengkayakan singapura tetapi singapura tidak pernah menghargai jasa negara kita dan kini membantah kehendak kita utk mengantikan tambak ini dgn jambatan yang baru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 18-10-2005 02:55 PM
tambak johor menyeberangi selat tebrau telah dibina oleh penjajah british utk mengangkut sumber2 asli dari malaya ke pelabuhan singapura utk diekspot dan keperluan industri british dan eropah yg se ...



Terima kasih ..

Satu maklumat yang berguna ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 04:53 PM | Show all posts
ni yg aku dpt cari dawi laman web http://gsb.jkr.gov.my/about_project_history.html

Sejarah Tambak Johor

Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun 1909 apabila landasan keretapi ke Johor Bahru siap dibina. Pada masa itu, hubungan ke Singapura, yang merupakan Ibu pejabat British di Asia Tenggara, hanya dengan menggunakan feri.

Singapura merupakan pintu masuk barangan bagi seluruh Malaya. Ini termasuk Negeri-Negeri Bersekutu , Negeri-Negeri Selat, dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Perjalanan feri merentasi Selat Johor ke Woodlands merupakan proses yang rumit. Satu feri hanya boleh memuatkan enam lori. Pada tahun 1911, jumlah lori yang menggunakan perkhidmatan feri ini adalah sebanyak 11,500. Apabila barangan berasaskan pertanian semakin maju, jumlah ini meningkat sehingga 54,000 pada tahun 1917. Perkhidmatan feri kini terpaksa berjalan 24 jam.

Keputusan akhirnya dibuat untuk membina tambak bagi menghubungkan Singapura dengan Johor dimana jalanraya dan landasan keretapi boleh dibina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 04:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 04:54 PM | Show all posts
Tambak tersebut direka oleh Messrs Coode, Fizmaurice, Wilson and Mitchell of Westminster dan pembinaannya dilaksanakan Topham, Jones & Railton Ltd of London. Pada Disember 1919, ketua jurutera Herbert Fancott membawa sekumpulan pekerja tentera laut dan menubuhkan kem pekerja di Woodlands. Pada masa itu, ia merupakan kawasan yang agak bahaya dengan 憄enghuni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2005 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 04:56 PM | Show all posts
Pembinaan sistem jambatan dan kunci air elektrik merupakan satu titik tolak yang penting bagi kemajuan teknologi ketika itu. Satu jambatan bergerak yang mengangkat landasan dan jalanraya dibina agar kapal kecil dapat melalui Selat Johor. Jambatan ini seberat 570 tan. Kemudahan ini dirobohkan apabila ia didapati mengganggu lalulintas yang semakin sibuk.

Tambahan pula, Tambak Johor juga membawa paip air dari Johor ke Singapura dan sebaliknya, dan juga kabel komunikasi.

Tambak Johor dibina dengan kos sebanyak 17 juta 慡traits Dollars
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2005 04:57 PM | Show all posts

Batu Tambak



(Batu Bundar dan Granit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 04:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2005 12:54 PM | Show all posts
The Johor Causeway is a 1,056-meter causeway that that links the city of Johor Bahru in Malaysia across the Straits of Johor to the town of Woodlands in Singapore. It serves as a road, rail, and pedestrian link, as well as piping water into Singapore. It connects to the Skudai Highway on the Johor side, and the Bukit Timah Expressway on the Singapore side. It carries 60,000 vehicles on a typical day, with particularly bad traffic congestion on the eve of public holidays.


History

The Johor Causeway was completed in 1924 after four years of construction. It was destroyed in 1942 during the Second World War, to prevent the Japanese army from invading Singapore. However, it was rebuilt once the Japanese had captured Singapore.

The Johor Causeway is the first land link between Malaysia and Singapore to be built. The second, called the Tuas Second Link, was completed in 1998.

A Malaysian proposal to replace the causeway with a new bridge has resulted in a political rift between the two countries since the early 2000s.

[ Last edited by chumpon at 26-10-2005 12:56 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2005 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 10:33 AM | Show all posts
best la gambar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 02:38 PM | Show all posts
buang je jambatan tu,
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 03:44 PM | Show all posts
Tambak Johor

Tambak Johor dengan berlatarbelakangkan pemandangan Singapura. Gambar oleh: Malasie.orgTambak Johor (ataupun Tambak Tanjung Puteri) merupakan sambungan darat pertama antara Malaysia dan Singapura. Sepanjang 1,056 meter, ia menyeberangi Selat Johor dan menghubungi bandar Johor Bahru di Malaysia ke bandar Woodlands di Singapura.

Tambak Johor menyangga jalanraya, landasan dan laluan pejalan kaki, serta paip yang membekalkan air ke Singapura. Pada hari biasa, ia membawa sebanyak 60,000 kenderaan.



[sunting]
Sejarah
Tambak Johor direka oleh Messr Coode, Fizmaurice, Wilson dan Mitchell daripada Westminster, Britain dan dibina oleh Topham, Jones & Railton Ltd dari London. Pada mulanya di tahun 1909, tambak ini cuma mengandungi sebatang landasan dari stesen keretapi Johor Bahru ke Singapura. Pembinaan jalanraya bermula pada tahun 1919 dan disiapkan pada tahun 1924 selepas empat tahun.

Tambak Johor dimusnahkan oleh pihak British pada tahun 1942 semasa Perang Dunia II, untuk menghalang tentera Jepun daripada menjajah Singapura. Bagaimanapun, ia dibina semula setelah Jepun menawan Singapura.


Tambak Johor dengan berlatarbelakangkan pemandangan Johor Bahru. Gambar oleh: MarkusTambak ini telah menjadi sumber perbalahan sejak perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Air yang bertakung disebabkan tambak ini telah menimbulkan rasa bimbang terhadap kesihatan di Johor. Malaysia telah mencadangkan penggantian tambak kepada jambatan semenjak awal tahun 2000-an untuk membolehkan air mengalir tetapi cadangan itu ditolak oleh Singapura. Oleh sebab itu, Malaysia bercadang meneruskan projek penggantian melalui apa yang telah digelarkan sebagai "jambatan separuh yang bengkok" (crooked half bridge). Dengan tingginya 25 meter dari permukaan aras, cadangan jambatan disebelah Malaysia akan menurun untuk menyambungkan dengan tambak disebelah Singapura. Landasan pula akan disempurnakan dengan jambatan ayunan (swing bridge). Projek itu merupakan sebahagian Projek Gerbang Selatan Bersepadu.

Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa penggantian tambak kepada jambatan akan mewujudkan sebuah sistem pelabuhan yang menyeluruh untuk mengaitkan Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Oleh sebab-sebab yang sama, Singapura enggan bersetuju sebab penggantian tersebut akan mengancamkan kegiatan-kegiatan Pelabuhan Singapura.

Disebabkan kesesakan jalan raya yang teruk, laluan kedua yang dikenali sebagai Laluan Kedua Tuas disiapkan pada Oktober 1997. Sepanjang 1,920 meter, jambatan dua tingkat ini mengandungi jalan duaan berlorong tiga yang mengaitkan Kampung Ladang di Tanjung Kupang, Johor dengan Jalan Ahmad Ibrahim di Tuas, Singapura.

Kemarahan antara bekas pemimpin daripada kedua-dua negara telahpun mereda dengan kepemimpinan yang baru, iaitu Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Mahathir Mohamad dan Lee Hsien Loong di Singapura menggantikan Goh Chok Tong. Kedua-dua pihak telah menjalin semula perhubungan mereka dan membuat perundingan yang baru.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 09:34 AM | Show all posts
sebenar kedua2 kerajaan tahu dgn jelas  kepentingan jambatan ini. cuma spura yg tidak pernah ikhlas dgn negara kita dalam segala hal. dlm menjalin hubungan dgn kita mrk hanya memikirkan duit dan keuntungan shj. mrk sudah atau sengaja lupa akan budi dan jasa msia. dlm setiap rundingan mrk akan cuba mengambil kesempatan ke atas msia. hubungan rapat dan sejarah antara ke 2 negara tidak pernah diambil kira. bila msia emngusulkan jambatan baru ke 2 ini mrk masih ingin mengambil kesempatan ke atas msia walaupun mengatahui betapa pentingnya jambatan itu kpd msia. msia memerlukan jambatan ini kerana dr segi alam sekitar, keselamatan, ekonomi dan perhubungan.

dr segi alam sekitar, kita memerlukan satu jambatan utk mengantikan tambak krn ia akan membenarkan saliran air laut di selat tebrau dan seterusnya membolehkan pencemaran yg berlaku selama ini dikurangkan. pantai ke 2 belah pihak akan menjadi lebih bersih dan dpt dimajukan sbg tempat rekreasi.   

bagi keselamatan pula, bantuan perairan dpt diberikan dgn lebih berkesan apabila tambak dihapuskan dgn adanya laluan terus di ke dua2 belah tambak sekiranya berlaku apa2 kecemasan di selat tebrau.

tujuan utama bila tambak dimusnahkan dan diganti dgn jambatan bukanlah spt yg difikirkan oleh spura utk menandingi pelabuhan psa mrk. jambatan yg tidak berapa tinggi dan laluan selat yg sempit sebenarnya masih tidak sesuai utk laluan kapal2 besar. tetapi ia akan membantu laluan utk kapal2 yg lebih kecil antara pelabuahan psr gudang dan tg pelepas.

dan sudah tentu juga jambatan ini penting sbg perhubungan baru antara 2 negara utk pergerakan harian beribu2 kenderaan yg saling mengunjungi kedua2 negara utk mengantikan tambak yg tidak lagi sesuai dan sesak.

dr m mula2 mencadangkan pembinaan pd 2001 utk mebina jambatan yg lurus tetapi disebabkan bantahan dan sikap spura yg tiada semangat kejiranan ia terpaksa diubah menjadi jambatan yg berbentuk bengkok. tetapi apabila pak lah mengambil alih, pak lah memberipeluang kpd kedua2 belah pihak utk berunding semula dgn cadangan jambatan yg berbentuk lurus. tetapi sehingga skrg spura masih lagi berpura2 dan berdolak dalih membantutkan projek tersebut. tetapi demi kepentingan negara kiat supaya tidak mengalami kerugian, kita tidak dpt menunggu spura lagi dan terpaksa meneruskan pembinaan jambatan itu di pihak kita. kita akan membina jambatan sebelah pihak msia dan sekiranya spura telah membuat keputusan kemudian boleh membina jambatan sebelah mrk menghubungi dan menyambungi jambatan di sebelah kita. demi kepentingan negara kita juga, kiat akan menghapuskan tambak sebelah kita apabila jambatan sebelah kita telah siap. kesulitan di pihak kita sepatutnya dpt dielakkan sekiranya spura lebih ikhlas dan tidak melengah2kan keputusan mrk. nampaknya mrk seperti dahulu, tidak pernah ikhlas dan jujur utk berunding dgn kita.
bodoh ke tidak tidakan kita dan siapakah yg bodoh akan kita ketahui pd masa hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2005 11:03 AM | Show all posts
aku terharu setiap kali lagu ni di mainkan.. tapi sekarang ni jarang dah dengar lagu ni...

Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

( korus )
Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri


err... ff: ke ni..?:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 09:36 AM | Show all posts
New Straits Times

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2006 02:09 PM | Show all posts
Cessation of Acceptance of Malaysia Restricted Passports


The Malaysia Immigration Department (MI) stopped issuing and renewing MRPs on 1 Jan 2005 and declared that MRPs would not be valid for travel after 31 Dec 2006.

In line with the international practice requiring all travel documents to have a validity of at least 6 months upon arrival, the Immigration & Checkpoints Authority (ICA) will cease accepting MRP as a valid travel document to Singapore with effect from 1 July 2006. Malaysian travellers who intend to travel to Singapore, as well as those who intend to apply for any immigration facilities, on and after 1 July 2006 are required to produce valid Malaysia International Passports (MIPs).

Singapore Permanent Residents and Long Term Pass holders (e.g. Long Term Social Visit Pass and Dependant's Pass holders) currently holding MRPs are required to have the valid re-entry permit / pass endorsements in their MRPs transferred to valid MIPs at the relevant departments so as to facilitate clearance at the checkpoints.



END OF NEWS RELEASE
Immigration & Checkpoints Authority
7 Feb 2006
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2006 01:35 PM | Show all posts




Johor Bahru view  ..

[ Last edited by  chumpon at 14-5-2006 06:09 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.062441 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list