CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8912|Reply: 55

Berkaitan Taubat (merged: Icahn, shutter)

[Copy link]
Post time 24-10-2005 01:40 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum.....saya rasa....sebagai hamba allah.....saya dah banyak melakukan dosa.....dosa besar pun mungkin dah ada.....disebabkan itu....saya selalu takut bila teringat pasal mati....kadang-kadang sampai saya jadi imsomnia sebab takut yang saya akan mati masa tidur....sedangkan dosa saya banyak.....

soalannya....mcm mana nak bertaubat....adakah cukup dengan rasa insaf dan berdoa mohon keampunan kepada Allah....?saya rasa saya tak layak masuk syurga.....tapi saya takut dengan neraka Allah........nauzubillah........

[ Last edited by  fleurzsa at 3-9-2006 10:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2005 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by soton at 24-10-2005 01:40 PM
assalamualaikum.....saya rasa....sebagai hamba allah.....saya dah banyak melakukan dosa.....dosa besar pun mungkin dah ada.....disebabkan itu....saya selalu takut bila teringat pasal mati....kadang ...


Assalamualaikum, kawan2 semua, lama tak masuk ke forum MM nie, harap kawan2 semua sihat walafiat.

Tahniah kepada soton, kerana telah diberi hidayah untuk kembali kejalannya, bukan senang nak datang rasa takut nie..itu semua hidayah yang menandakan Allah swt sayangkan tuan soton.

Makna taubat adalah kembali kepangkal jalan.

*Langkah pertama untuk bertaubat ialah: Menyesali setiap dosa2 yang dilakulkan sebelum ini, dosa2 besar ada tiga syarat kalau tak silap, mungkin kawan2 yg lain banyak yang mengetahui. Berazam dengan sebenar2nya tidak mahu melakukannya lagi dan sedaya upaya menjauhkan diri dari sebab2 yang boleh terjadinya dosa.
*Langkah kedua lakukan sembahyang sunat taubat, kemudian berdoalah kepada Allah swt dengan bersungguh2 supaya dia menerima taubat tuan.
*Langkah tiga mulakanlah menegakkan sembahyang lima waktu...jangan tertinggal lagi, kalau tertinggal juga kenalah qada', sebaik2 sembahyang adalah sembahyang berjamaah samada disurau atau dimasjid, di mana azan diazankan.

* Langkah 4, bersihkan segala pancaindera dari dosa. Akal...fikirkan kebesaran Allah swt, jangan fikir yang negatif. Tangan..lakukan kerja2 yang baik. Perut..makan makanan yang halal. Mata..memandang perkara2 yang baik, lidah, telinga, kaki, kemaluan...dan lain-lain semuanya kearah kebaikan.(Rahmat Allah swt dekat kepada orang2 yang berbuat baik) Last sekali hati perlu dibetulkan, bersihkan Aqidah daripada syirik. Laailahaillallah -> Tiada tuhan melainkan Allah. Hanya Allah yang maha berkuasa, tiada sesuatu yang patut disembah melainkan Allah. Kemudian bersihkan hati dari sifat2 kehaiwanan dan kesyaitanan. Contoh: Tamak, haloba, rakus, lupa mati, cinta dunia, lalai, suka kepada maksiat, dengki, irihati dan berbagai2lagi. Gantikan denga sifat sabar, redha, ikhlas, tawadduk dan sifat2 lain yang mulia.(Untuk dapat perkara ini perlu kepada tarbiah)

Insyaallah.
Allah swt kasih kepada org2 yang suka membersihkan diri(zahir dan batin), Allah swt kasih kepada org2 yang suka bertaubat, Allah swt kasih kepada org2 yang sabar(Istiqomah) dan lain2. Sejengkal kita kembali kepada Allah, maka sehasta rahmat Allah kepada kita. Rahmat Allah amat cepat kepada org2 yang kembali kepadanya.

Jalan yang perlu ditempun ialah ikut jejak langkah rasulullah dan para2 sahabatnya, mereka diiktiraf oleh Allah berada dijalan yang lurus. Pegangan adalah Quran dan hadis, kalau sesuatu tidak terdapat dari Al-quran dan hadis tinggalkan.

Untuk sentiasa tetap dalam kebaikan dengan seorang2 diri agak sukar, banyak dugaan dan ujian...terutamanya dari godaan nafsu dan syaitan. Jadi carilah satu kumpulan jamaah yang berhampiran dengan anda(org2 yang soleh dan org2 alim), dan bergaullah dengan mereka. Zaman sekarang ini agak sukar untuk mencari org2 yang benar soleh, bagaimanapun tuan boleh join Jamaah Tabligh.. mereka sedia menerima anda dengan tangan yang sentiasa terbuka, tidak kira walaupun siapa anda .. Insyaallah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2005 10:47 PM | Show all posts
terima kasih kuman sebab menjawab soalan saya....rupanya masih banyak yang saya perlukan untuk dapat keredhaan Allah....keadaan saya yang tinggal di negara yang bukan islam....sedikit sebanyak menjadi halangan kepada saya.....pengaruh kawan-kawan contohnya....agama dan budaya mereka yang jauh berbeza.....menunaikan solat di sini mmg begitu mencabar.....takde bunyi azan untuk mengingatkan pada waktu solat seperti di malaysia....dan cuaca yang ekstrim menyebabkan anggota badan terlalu malas untuk mengambik wudhuk....

bagaimana saya nak join jamaah tabligh...ade grup wanita?........

saya sedar....saya dah takde masa yang lama......saya makin takut bila teringat kata-kata ini....

"dlm 7 orang....hanya 1 orang yang akan masuk syurga"..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2005 10:53 PM | Show all posts
satu perkara lagi...mcm mane nak qadha sembahyang yg dah ditinggalkan....maksud saya...mcm mana nak kira...sedangkan saya dah tak ingat berapa byk saya dah tinggal sembahyang......apa akan jadi kalau tak sempat untuk qadha sembahyang yang dah ditinggalkan tu...adakah tetap akan menerima balasan?...........
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 12:37 AM | Show all posts
alhamdulillah, banyak2 kan lah bersyukur dan berterima kasih dengan Tuhan kerana telah memberikan rasa dan sinar keinsafan dlam diri saudari. itu satu anugerah yang sangat besar. saya sgt cemburu bila dengar saudari menangisi dosa2 saudari yang lepas di waktu malam sampai tak boleh tidur.

walaubagaimanapun yakinlah bahawa Tuhan itu maha penyayang lagi pengampun, Dia ar-Rahim lagi al-Ghafour. Lautan pengampunan dia tiada batasan. Dia akan mengampunkan segala dosa walau sebesar mana pun kecuali dosa syirik. Dlm satu hadith Qudsi Allah ada berkata yang mafhumnya kalau hambaKu dtg padaKu dgn berjalan Aku dtg padana dengan berlari. Kalau dia dtg padaKu sejengkal Aku dtg padanya sehasta. Kesimpulannya Tuhan itu sangat sayang akan hamba-hambaNya. Dia menanti-nanti tangisan keinsafan hamba-hambanya.

bila kita nak bertaubat, kita kenalah menempun 4 syarat taubat.
1. menyesali sungguh-sungguh dosa yang telah kita lakukan
2. berazam bersungguh-sungguh utk tidak mengulangi dosa yang telah kita lakkukan
3. mengganti kembali ibadah yang telah ditinggalkan (cthnya puasa dsb)
4. memulangkan kembali haq org yang kita ambil (kalau kita curi ke, umpat ke, kena settle dgn individu tu dulu).

selepas menempuh 4 syarat ni, insya Allah Tuhan akan menerima kita.

cadangan yang diberikan oleh tuan Kuman tu mmg tersangatlah betul. banyakkanlah bergaul dengan orang soleh. sbb bila kita berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tak beli minyak wangi ,kita sekurang-kurangnya dapat hidu bau wangi. begitulah dengan orang soleh, walaupun kita tak jadi soleh mcm dia, mudah-mudahan kita dapat berkat utk kuat bermujahadah.

"Tuhan dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat Mu melangit luas,
Bila selangkah ku rapat padaMu, seribu langkah Kau rapat padaku"

wallahu  a'lam.

ampun maaf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 12:39 AM | Show all posts
soton kat mana sebenarnya? banyak jemaah jemaah Islam yang wujud di negara2 bukan Islam. Mungkin saudari boleh nyatakan di negara mana dan mungkin forumers kat sini tahu jemaah yang ada ditempat soton dan boleh membantu. tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2005 01:54 AM | Show all posts
soton ni sure kat UK kan? teringat sbb ada kawan study kat university of southern ape ntah..so short form nama soton je....ye tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2005 10:28 AM | Show all posts
yes...kat uk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2005 12:06 PM | Show all posts
Nabi SAW diutus ditengah manusia yang tidak mengenal Allah, kehadirannya telah merubah keadaan, sahabat2 rasulullah mengembangkan islam sampai ke negara China, Rusia, Afrika, apa keadaan pun mereka tetap boleh.

Soton nie perempuan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 12:07 PM | Show all posts
Masya Allah cik soton.

Manusia bukannya malaikat, sentiasa ada kelemahan dan berbuat dosa. Orang yang jahil buat dosa cara orang jahil. Orang yang berilmu ugama tinggi pun buat dosa cara orang berilmu (yang selalu hukuman lebih severe dari orang yang jahil). Masing2 akan menjawab di akhirat kelak.

Keimanan itu sendiri macam kulit bawang, nipis tebal tak kira masa.Tiada yang ma'sum kecuali para Nabi.

Kalau cik merasa amat susah hendak mencari jemaah Islam yang sesuai, saya harap internet atau forum sebegini dapat membantu cik untuk belajar sedikit sebanyak tentang agama Islam dan cara-cara beribadat sebagai "stop-gap measure".

Untuk menguatkan hati dan keazaman, di samping mengerjakan ibadat wajib, saya cadangkan cik soton mulakan membaca secara konsisten kitab kita - Al Quranul Kareem. Saya dahulu semasa jahil selalu baca sticker kereta "Stress? Read The Quran" dan berfikir " Hai, payah nak hilangkan stress kalau setakat baca Quran saja!" . Tetapi belum cuba belum tahu. Yakinlah, itulah salah satu rahsia Nabi mengubah kaum Arab Jahiliah.

Keunikan Al Quran adalah ianya boleh jadi mesej personal dan mesej umum pada satu masa.

Basahilah lembaran2 Al Quran yang anda baca dengan airmata taubatmu, dan berdoalah semoga Allah merahmatimu dngn Alquran itu sebagaimana dia merahmati para mukminin dan mukminah zaman silam, menjadikan Quran itu  Nur, Imam dan Hidayah kepada mu. Semoga Allah mengingatkan kamu  apa yang kamu telah lupa dari Al Quran, mengajarkan kamu tentangnya apa yang kamu jahil, menjadinya hujjah kepadamu dalam kehidupan.

Saya doakan dengan ikhlas supaya cik soton dikurnia kekuatan dalam perjuangan menuju Allah ini. Amin.

[ Last edited by always_typo at 25-10-2005 12:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2005 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 25-10-2005 12:06 PM
Nabi SAW diutus ditengah manusia yang tidak mengenal Allah, kehadirannya telah merubah keadaan, sahabat2 rasulullah mengembangkan islam sampai ke negara China, Rusia, Afrika, apa keadaan pun mereka ...


apa maksud kuman perlu ada muhrim?....saya tinggal di sini tanpa keluarga.....kawan2 perempuan adalah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2005 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 25-10-2005 12:07 PM
Masya Allah cik soton.

Manusia bukannya malaikat, sentiasa ada kelemahan dan berbuat dosa. Orang yang jahil buat dosa cara orang jahil. Orang yang berilmu ugama tinggi pun buat dosa cara orang  ...


terima kasih typo,kerana mendoakan saya.........saya ade jugak bace terjemahan al-quran....meneliti makna disebaliknya........tetapi....entah mengapa.....selama ni hati saya begitu degil untuk menunaikan ibadah dan meninggalkan larangannya.....

tapi skrg....saya benar2 berharap....yang saya takkan mensia-siakan lagi masa yang ada....

untuk pengetahuan semua.....alhamdulillah saya kini hampir 100% tidak meninggalkan sembahyang.....saya dah tinggalkan perbuatan2 yang berdosa....cuma satu lagi yang saya belum buat.....saya masih tidak menutup aurat dengan sempurna...maksud saya....saya tidak bertudung.....adakah Allah akan menerima sembahyang saya...sedangkan saya masih tidak bertudung?.....

minta maaf....kalau soalan saya ni satu soalan yang tak munasabah........
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 26-10-2005 08:51 AM | Show all posts
Soton,

Alhamdulillah saudari sudah sedar. Rasa sebak baca pengakuan saudari. Saya doakan saudari segala kebaikan atas usaha saudari dan saudari terus perpegang dan mengikut jalan yang betul (Quran/Hadit). Dengan kesedaran saudari mungkin menjadikan saudari lebih mulia dari kami diMalaysia yang cuma mengikut arus. Segala nasihat diatas memang baik untuk saudari. Cuma saya mau tambah sikiiit saja.

Islam tak susah, yang penting ialah ikut apa yang ada dalam QUran/Hadith dan insyaallah saudari dijalan yang betul.Yang menyusahkan ialah bila ajaran Islam dan adab resam dicampur aduk. Dalam saudari mencari kembali sinar Islam ingatlah Quran/Hadith, ada banyak perbezaan pendapat dalam Islam pada perkara cabang. Bagi saya ikutlah mana2 pendapat yang saudari senangi dengan syarat ianya berlandaskan dalil Quran dan Hadith yang jelas. Tak perlu nak bahaskan pendapat mana yang lebih elok. Kalau ada orang bagi pendapat yang saudari belum pernah dengar/experience, tanya apa source QUran/Hadith, kalau jelas sourcenya insyaallah betullah tu. Kalau kita buat salah dalam kita belajar insyaallah Allah tidak membebenkan kita dgn apa yang kita belum ketahui.   

Masalah malas tu ... tak kira tempat ianya atas kehendak kita. Kat Malaysia yang negara panas pun ramai yang tak sembahyang. Kat tempat sejuk pun boleh sembahyang kalau mau. Semua tu perlukan usaha, itu yang membuatkan orang beriman tu lain dari yang tak beriman.

Tang aurat tu memang wajib tutup, tapi even perempuan yang tinggal kata Malaysia pun ramai yang belum menutup aurat. Bukan saya tak suruh saudari tutup aurat tapi buatlah semampu saudari. Kalau menutup aurat menyusahkan saudari buat masa ini, focuskan kat tempat2 lain yang lebih penting dulu spt sembahyang, puasa ...... Bila saudari dah feel prepared to put tudung then only do it,  the sooner the better

[ Last edited by Gapodio at 26-10-2005 09:11 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 01:14 PM | Show all posts

Reply #1 soton's post

Apa yang penting, ialah kita bertaubat kepada Allah, kalau kita rasa berdosa kepada orang, kita hendaklah meminta maaf daripada oreng tersebut... dan tidak AKAN MENGULANGI LAGI perkara yang disesali........... bukan mudah untuk mendapat hidayah daripada Allah seperti yang Cik Soton alami kerana kita mesti mencari keredhaan tersebut.. jadi istiqamahlah
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 02:24 PM | Show all posts
Salam,

9:102. Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang.

9:103. Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan[658] dan mensucikan[659] mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

9:104. Tidaklah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan menerima zakat dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2005 11:37 PM | Show all posts
assalamualaikum to all forummers...especially to korokure,adlismel,gapodio,typo,kuman,cz dan beemer yang memberikan nasihat yang berguna untuk saya......

alhamdulillah....saya semakin tenang dengan nasihat dan bimbingan anda semua....cuma saya rase sembahyang saya masih belum sempurna sebab saya masih tidak kusyuk......

bagaimanakah caranya untuk kusyuk....saya ade dgr kalau nak kusyuk....kite haruslah faham apa yang kita baca dalam sembahyang....atau kalau boleh kita kena hafal maknanya....adakah tips lain yang boleh saya kongsi bersama untuk tujuan tersebut?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2005 08:24 AM | Show all posts

Reply #16 soton's post

Allah telah berfirman yang bermaksud :
                                            " Dirikanlah solat untuk mengingati aku "

firman Allah yang bermaksud:
                                            " Solat itu dapat menjaga diri manusia daripada maksiat dan kemungkaran".


  • Jesteru itu para ulamak menyeru dan membenarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan khusyuk dalam solat. Antaranya kita digesa tunduk dan melihat ketanah sahaja dan tidak berpaling-paling untuk melahirkan rasa kerdilnya kita di depan Allah Taala. Kita diminta bertakbir dalam setiap pergerakan kita untuk mengatakan Allah Maha Besar dalam semua urusan kehidupan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2005 08:27 AM | Show all posts

Copy and Paste

Khusyuk di dalam solat menurut jumhur ulamak adalah sunat hukumnya. Khusyuk membawa pengertian seseorang menunaikan solat dengan hati yang hadir, tidak berpaling kekiri dan kekanan, mata tertumpu ke tempat sujud dan fikiran ditumpukan kepada bacaan di dalam solat. Nabi SAW sangat-sangat menganjurkan kepada umatnya supaya khusyuk didalam solat.
    Bagaimanapun bagi orang yang tidak khusyuk di dalam solatnya tidaklah membuatkan batal solatnya. Solatnya tetap sah cuma ia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya. Pahala diberi oleh Allah SWT bergantung kepada sejauh mana kekhusyukan seseorang itu didalam solatnya. Jika ia khusyuk di satu perdua solatnya, maka ia mendapat pahala satu perdua sahaja dari solatnya. Jika ia khusyuk sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya, bererti ia mendapat pahala sebanyak satu perlapan sahaja dari solatnya. Begitulah seterusnya. Untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat memerlukan perkara berikut:

1. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih dari najis.Begitu juga dengan sejadah. hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan orang yang menunaikan  solat.

2 Hendaklah menunaikan solat tepat pada masanya dan secara berjemaah.

3. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising dari kanak-kanak mahupun dari TV atau Radio.

4. Imam hendaklah seorang yang elok bacaanya, kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak didbenci oleh ahli jamaah.

5. Bersihkan fikiran dari problem hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

6. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu, jika merasa perlu berbuat demikian. Kerana orang-orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperolehi kekhusyukan.

7. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk kepada hati di dalam solat.

8. Hati hendaklah hadir di dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

9. Memahami makna bacaan di dalam solat.

10. Merasa gerun kepada Allah SWT.

11. Merasa takut kepadaNya.

12. Merasa malu kepadaNya.

13. Menaruh harapan mudah-mudahan Alah SWT menerima solatnya.

RUJUKAN : ---------> http://www.darulnuman.com/soal/urut25.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2005 08:39 AM | Show all posts
Teringat saya surah Al-Mukminuun ayat 1-3 yang bermula dengan ayat "Qad Af lahal mukminuun...."



yang maknanya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
[2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
[3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

tentang khusyuk dalam solat, ianya ada dibincangkan bersama rakan-rakan di sini
satu masa dahulu..begitu banyak tips yang diberikan...sila ke topik ini.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=137279&fpage=1

[ Last edited by always_typo at 27-10-2005 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2005 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by soton at 24-10-2005 01:40 PM
assalamualaikum.....saya rasa....sebagai hamba allah.....saya dah banyak melakukan dosa.....dosa besar pun mungkin dah ada.....disebabkan itu....saya selalu takut bila teringat pasal mati....kadang ...


Waalaikumusalam wbt,

Alhamdullilah.....soton.

Sesungguh nya manusia tidak dapat menggelak diri dari melakukan DOSA BESAR.
Perbuatan kemungkaran/maksiat tersebut akan SENANTIASA MENGHANTUI jiwa seseorg.

Akan timbul beberapa UNGKAPAN.
"Alangkah BAGUS nya kalau aku TIDAK BUAT (maksiat)  ini/itu dahulu"
"Apakah Allah swt akan menerima taubat ku ini?"
"Terlalu banyak doser ku......................"


Seseorg itu akan duduk seorg diri....mengenangkan doser doser (perbuatan) nya yang lalu.
Memikikan akan AZAB yg akan menimpa diri nya kelak.
Air mata akan mengalir tanpa di sedari.....................

Ada 3 syarat utk BERTAUBAT:
1. Harus menghentikan maksiat.
2. Harus menyesali atas perbuatan yg telah terlanjur di lakukan (benci)
3. Niat bersungguh sungguh tidak mengulangai perbautan itu kembali.

Sekiranya ada hubungan dgn manusia.
4. Menyelesaikan urusannya dgnorg yg berhak dgn minta maaf atau halal atau mengembalikan apa yg harus di kembalikan nya.

Selain dari BERTAUBAT mengikut syarat syarat di atas.
Ada beberapa PERKARA TAMBAHAN yg bolih miker lakukan seperti org org terdahulu.(para sahabat r.a.)
Seperti Ikramah b Abu Jahal dan juga Khalid Al Walid.
Mereka ini adalah penentang paling kuat dan membunuh ramai orang orang Islam.

Pabila mereka memeluk agama Islam(walaupun dosa mereka telah di ampuni Allah swt bila memeluk Agama Islam).
Mereka kemudian berjuang mati matian utk Agama Islam semata mata merasai bahawa diri mereka TERLALU AMAT BERDOSA di masa lalu.

Lihat lah hadis ini wahai Soton.
Abu Hurairah r.a. berakta: Rasulullah saw telah bersabda:
'Allah tertawa melihat dua orang bunuh membunuh, dan kedua nya  masuk syuga. Seorg pejuang berjuang dalam jalan Allah (fisabililah) maka terbunuh. Kemudian yang membunuh masuk Islam dan ikut berperang jihad (fisabililah) sehingga mati syahid terbunuh." - (Bukhari, Muslim)

SEKARANG, teman nasihatkan miker....wahai Soton.
Mari lah kita berJUANG/DAKWAH utk Agama Islam.
Allah swt yg Maha Pengasih lagi Maha Pengampun memberi kita SEDIKIT MASA dan Yang memberi kita Taufiq n Hidayah telah membuka hati kita, tentu ada SEBAB MUSABAB nya DIA berbuat sedemikian. Sehingga lah tiba masa utk kita mengadap NYA kelak.

Waallahua'lam
p/s teman telah bbrp kali nyaris MAUT......tentu ada SEBAB nya Allah swt menyelamatkan diri ini :hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.105064 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list