CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12747|Reply: 56

Menderma Organ & Darah ( merged: medangtamang)

[Copy link]
Post time 26-10-2005 02:38 AM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum...

Nak tanya apa hukum dlm Islam menderma organ dalam badan (ie- hati, buang pinggang, mta, etc) selepas kita meninggal dunia?

[ Last edited by fleurzsa at 5-1-2006 06:24 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2005 04:46 PM | Show all posts

h

wa'kum

Boleh derma, tak ada larangan
fatwa ada dikeluarkan membolehkan untuk menderma organ
dapat pahala

tapi derma mesti patuhi syarat iaitu tidak memudaratkan diri sendiri atau tidak memudaratkan orang yang menerima derma(organ).

untuk maklumat lanjut

http://free.hostdepartment.com/h/hasrizal/articles/fatwamedic.htm
http://www.e-ulama.org/Artikel/?mode=0&id=173

artikel dua website atas adalah sama

http://www.muis.gov.sg/english/Media_Releases/HOTA.aspx

http://www.pakdi.com/blog/archives/2005/01/fleksibel_dalam.html

dahlah tu.... selamat berpuasa dan aidilfitri

berminat untuk menderma...saya belum register lagi untuk organ tapi no saya ialah
05550 untuk penderma sumsum tulang(cuma sekitar lima ribu lima ratus lima puluh orang sahaja mendaftar-pada waktu itu). Atas kesempatan ini jika ada berminat untuk jadi penderma sumsum tulang bolehlah dapat maklumat dari pihak MMDi

[email protected]

amalan pahala dibulan ramadan akan dilipat kali gandakan.

[ Last edited by GasTrick at 26-10-2005 04:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2005 07:29 PM | Show all posts

Derma Darah

Assalamualaikum....

just nak tanya pada muslimin dan muslimat kat sini.... tak tau la soklan ni pernah ditanya atau belum... yang pasti aku tetap konfius...

spt yang dinyatakan pada tajuk di atas... derma darah... kiter derma darah memang dapat pahala... tp bagaimana pulak orang yang menerima darah itu...??

ok... skang yang derma darah bukan ajer orang Islam... tp ada jugak orang yang bukan Islam seperti Cina, India dan sebagainya... so... cth ada seorang Islam yang memerlukan darah... tetapi jenis group darah yang diperlukan itu hanya sama degan seseorang yang bukan beragama Islam berbangsa Cina... sudah sedia maklum... pemakanan orang Cina semestinya tidak halal... makanan yang dimakan akan jadi darah... so adakah darah yang diterima itu 'HALAL' bai penerimanya?? mungkin dalam konteks ni boleh dikategorikan sebagai darurat... tp aku tetap nak kan kepastian jugak...

camner lak dengan organ2 lain yang didermakan... seperti jantung, hati, buah pinggang...?? bole explain sket tak... sambil2 tu kiter share sama2 la knowledge ni... sekian... terima kaseh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2005 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by medangtamang at 19-11-2005 07:29 PM
tp ada jugak orang yang bukan Islam seperti Cina, India dan sebagainya...


a'kum. maybe you dont mean to be racist, but i honestly think that's a racist statement. you might want to rephrase it.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2005 08:46 PM | Show all posts
Originally posted by medangtamang at 19-11-2005 07:29 PM
mungkin dalam konteks ni boleh dikategorikan sebagai darurat... tp aku tetap nak kan kepastian jugak...

camner lak dengan organ2 lain yang didermakan... seperti jantung, hati, buah pinggang...?? bole explain sket tak... sambil2 tu kiter share sama2 la knowledge ni... sekian... terima kaseh...  


in my humble opinion, semua kes kes diatas adalah darurat. i mean, kite bukan main terima darah orang or organ suke-suke kan (unless you're a dracula )? usually it's a matter of life and death. that sounds pretty darurat to me. lagi pon hospital takde nye nak kasi darah atau organ kat orang yang tak betul-betul perlu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2005 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by BeanDiesel at 19-11-2005 08:41 PM


a'kum. maybe you dont mean to be racist, but i honestly think that's a racist statement. you might want to rephrase it.



I am very sorry if I sound like to be racist... but I am not... I just need an explainations... ada some people yang terlalu taboo sampai sumer tak bole...

the reason why i am asking this is to konfirm that we Muslims can accepts blood from any race.... thats all... Sorry again... doesn't mean to hurt anyone'z feelings... :ah:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2005 07:23 PM | Show all posts
no i'm not offended, for i'm no chinese or indian. dont worry. but some may get offended. afterall, Islam is universal right?

ol, aku nak tambah. darah, tak kirela darah orang beragama apa skali pon pada asalnya najis kan? and setau aku dalam senarai perkara perkara najis, takde plak dibezakan tahap kenajisan darah orang yang makan benda suci atau benda najis (daging babi contohnya).  so, bagi aku terima darah dari orang Islam ataupon bukan islam same je.

anyone else?


p/s: bagaimana pula dengan sesetengah case dimana valve jantung babi digunakan untuk replace valve jantung pesakit (manusia)? again, bagi aku ni kes darurat, tak kisah. anyone has a different opinion?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Manis7474 This user has been deleted
Post time 20-11-2005 07:30 PM | Show all posts
Question :


What is the Islamic ruling on blood donation? Specifically, I am referring to donating blood in America and knowing it will probably go to non-Muslims.

Answer :

Praise be to Allah.

It is permissible for a Muslim to donate blood to a non-Muslim, except when that non-Muslim is known to be in a position of fighting the Muslims (either by belonging to a state which is in a state of war with Muslims or by supporting aggression towards them). In such a case it is not permissible to donate blood, because this will help them to fight Muslims. If the Muslim has no way of knowing to whom his blood will go, he should act according to what he thinks is most likely to happen. If he thinks that it is most likely to go to a kaafir who is not fighting the Muslims, it is permitted to donate, otherwise it is not.





See Fataawaa Islaamiyyah, jama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 01:33 PM | Show all posts
Derma organ selamat nyawa
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

APA reaksi atau perasaan anda apabila diminta menjadi penderma organ kardaverik iaitu memberikan organ tertentu apabila meninggal dunia kelak? Adakah anda bersedia, ragu atau tidak mahu?

Pilihannya terletak di tangan sendiri. Bagi kita yang tidak pernah berhadapan dengan masalah memerlukan organ pengganti untuk meneruskan hidup, kita mungkin kurang faham perasaan pesakit dan ahli keluarga mereka mahupun terhadap kepentingan pendermaan organ.

Mengikut ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi, Allah akan memberikan ganjaran besar kepada orang yang mendermakan kerana dianggap sebagai sedekah jariah untuk memberi peluang dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri memutuskan mendermakan organ sama ada membabitkan orang mati atau masih hidup kepada pesakit yang memerlukan hukumnya harus.

Pada Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan empat garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ iaitu:


Pemindahan organ itu boleh dilakukan selepas tiada pilihan lain atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.


Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.


Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.


Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Hampir semua organ boleh didermakan seperti buah pinggang, hati, jantung, mata, paru-paru dan pankreas. Manakala tisu yang boleh diderma pula ialah mata, tulang, kulit dan injap jantung.

Namun antara organ yang paling diperlukan ialah buah pinggang dan sehingga kini ada 6,000 pesakit yang saban hari menanti dengan penuh harapan untuk mendapat buah pinggang baru.

Masalahnya ialah kita kekurangan penderma dan tidak ramai antara kita yang sanggup mendermakan organ walaupun proses pendermaan itu hanya dilakukan selepas kita menutup mata.

Malah Malaysia mencatat jumlah terendah berbanding negara lain. Bagi nisbah setiap juta penduduk, Malaysia mempunyai kurang daripada satu penderma berbanding lapan di Singapura, 12 di Britain dan 35 di Sepanyol.

Saban tahun jumlah orang yang mendaftar menjadi penderma semakin kurang. Catatan Daftar Transplan Kebangsaan penurunan daripada 9,000 orang pada 2004 kepada kurang daripada 6,000 permohonan tahun lalu.

Jika dilihat pada angka memang agak banyak tetapi jumlah penderma sebenar adalah amat sedikit. Penderma buah pinggang misalnya menurun daripada 25 hingga 30 orang sepanjang 2001 hingga 2003 kepada 16 orang pada 2004 dan 13 orang tahun lalu.

Menurut Perunding Nefrologi, Datuk Dr Zaki Morad, masalah ini bukan disebabkan kekurangan kesedaran tetapi ramai terutama di kalangan Orang Melayu yang tidak bersedia menjadi penderma.

Halangan keluarga menjadi antara faktor utama proses pendermaan organ terpaksa dibatalkan. Sesetengahnya menggunakan alasan agama untuk menghalang organ ahli keluarga mereka diambil.

揝ebenarnya semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu atau Kristian membenarkan pendermaan organ. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan perkara ini. Jadi tiada masalah untuk orang Islam menderma atau menerima organ.

揂da yang beranggapan proses ini akan menyeksa mayat. Anggapan ini tidak benar kerana pembedahan akan dilakukan dengan berhati-hati sama seperti ke atas orang hidup. Jika pembedahan tidak sempurna, organ akan rosak dan tidak boleh digunakan,
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 09:23 AM | Show all posts
Takut derma organ -- 9,000 pesakit terpaksa menunggu ganti buah pinggang
Oleh NURUL ANUAR KARI

KUALA LUMPUR 1 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:16 AM | Show all posts
Derma organ: Antara mitos dan realiti
Oleh Mohd. Shauki bin Abd. Majid

SYARIAT Islam merupakan syariat terakhir yang membawa petunjuk Ilahi bagi seluruh umat manusia. Di antara keistimewaannya, ia bersifat umum, abadi dan meliputi segala lapangan kehidupan.

Di dalamnya, di samping diletakkan dasar-dasar dan hukum-hukum yang mampu memenuhi keperluan umat manusia di sepanjang zaman, juga diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan keluasan serta hak untuk berijtihad, terutama bagi para ulamanya, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil qath抜 (pasti)

Dengan ijtihad ini, syariat Islam akan mampu menghadapi persoalan-persoalan baru yang semakin kompleks yang belum diputuskan seperti pemindahan organ badan dari orang yang mati kepada yang masih hidup. Justeru sesuai dengan perkembangan zaman, banyak masalah yang memang menuntut kehadiran ijtihad khusus dalam mencari pemecahan hukum yang sesuai dengan nilai-nilai ajaran Islam.

Hal ini perlu dilakukan demi memelihara kehidupan manusia. Prinsip ijtihad, selama tetap dipraktikan akan merupakan elemen yang dinamis dalam hukum Islam. Ijtihad memang perlu dilakukan sekalipun syarat dan tentangan yang berkembang semakin berat dan kompleks.

Menderma organ telah lama dijelaskan oleh ulama kita untuk menghilangkan keraguan yang timbul dalam masyarakat. Walau bagaimanapun ia hanya pandangan ijtihadiah semata-mata. Dan setiap pandangan ijtihadiah itu pastilah memerlukan perbincangan daripada ulama hari ini. Ini terutamanya mengenai masalah-masalah yang baru timbul yang belum didapati dari pandangan ulama yang terdahulu.

Umumnya kita mengetahui bahawa seseorang itu didalam sesuatu masalah ijtihadiah (khilafiah) tidak boleh mengakui pendapatnya sahaja yang betul dan tepat. Justeru Imam Syafii pernah menegaskan terhadap pandangannya dalam masalah khilafiah ini dengan mengatakan bahawa 損andanganku betul dan tepat tetapi berkemungkinan silap, sedangkan pendapat orang lain adalah salah tetapi berkemungkinan adalah betul
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 11:15 AM | Show all posts
Berwasiat dengan anggota badan

SOALAN: Adakah harus kita berwasiat untuk berderma dengan anggota badan sesudah meninggal nanti dan bolehkah orang Islam menerima anggota badan daripada orang bukan Islam?

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 09:38 AM | Show all posts
Organ menyambung nyawa Dr. Sabrizan dan Mazlan
Oleh ZUNAIDAH ZAINON



DR. NABIHAH Shamsuddin banyak membantu suami, Dr. Sabrizan Osman dalam menjaga kesihatannya termasuk makan minum dan sokongan moral.
--------------------------------------------------------------------------------

PERNAHKAH terlintas di fikiran kita walau sesaat atau seminit untuk berkongsi derita dengan orang lain yang berada di persimpangan antara hidup dan mati? Atau pernahkah kita menyoal diri sendiri tentang kesanggupan kita mendermakan organ akan memberikan kehidupan baru kepada kepada pesakit yang benar-benar memerlukan organ baru?

Ikuti pengalaman mereka yang memperoleh kehidupan baru setelah ada insan mulia yang sanggup mendermakan organ demi melihat orang lain hidup bahagia.

Pengalaman 1

Ruang hidupnya tiba-tiba gelap. Masa depan yang disangkanya menjanjikan kehidupan bahagia di sisi keluarga tercinta seolah-olah kabur. Yang kelihatan, hanyalah jalan-jalan samar menuju ke puncak kejayaan. Kehidupan bahagia yang ditempuh Dr. Sabrizan Osman tergugat apabila beliau menunjukkan tanda-tanda mengalami kerosakan buah pinggang yang serius.

Ketika itu, beliau berada di tahun dua Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sukar menerima hakikat dirinya sakit pada usia muda menyebabkan Dr. Sabrizan berperang dengan perasaannya sendiri. Bagi mendapatkan rawatan lanjut, beliau kemudiannya dirujuk ke Klinik Nefrologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

揝aya dinasihatkan berjumpa dengan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan untuk memaklumkan tentang penyakit yang saya alami. Beliau kemudiannya bertanya kepada saya, sama ada mampu atau tidak meneruskan pengajian kerana sebagai bakal doktor saya perlu berada pada tahap kesihatan yang baik.

揘amun, saya tetap yakin boleh meneruskan pengajian dan menjalankan tugas sebagai doktor dengan sempurna,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 09:39 AM | Show all posts
Fatwa derma organ

Sejarah awal mengharuskan pendermaan organ dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis pada 6 November 1965 iaitu menerusi pendermaan kornea. Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 23 Jun 1970 menetapkan garis panduan tertentu yang mengharuskan pendermaan dilakukan iaitu:

- Pemindahan organ boleh dilakukan selepas tiada pilihan atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.

- Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.

- Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.

- Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Fatwa derma organ

Kategori: Sosial/Syariah

Tajuk: Hukum Pemindahan Organ Dan Mati Otak

Isu: Pemindahan organ atau derma organ dan hukum mereka yang telah mati otaknya menurut doktor perubatan.

Keputusan Lujnah Fatwa:

1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.

2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

Bagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan pemindahan atau pendermaan atau melakukan ke atas orang yang mati otak, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam:

i) Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:

a) Keadaan penderma masih hidup

- Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.

- Dengan reda penderma, tanpa paksaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

- Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

- Organ yang diperlukan lebih dari satu.

b) Keadaan penderma yang telah mati

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

- Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.

- Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jualbeli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

ii) Mati otak

- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.

- Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu, bapa.

- Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor Islam diutamakan)

- Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 10:57 PM | Show all posts

Menderma organ

nak minta pendapat kawan-kawan yang arif. Apakah hukumnya bagi seorang Islam jika orang tu berhajat hendak menderma organnya selepas meninggal dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 12:32 AM | Show all posts
rasanya tak salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2007 12:35 AM | Show all posts
teringat kes dedulu @majalah 3 yg seorang lelaki derma organ hati kat seorang budak................... tak ada pun bantahan2 dari mana2 ahli ugama Islam/imam2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 08:17 AM | Show all posts
Saya rasa majlis fatwa telah menetapkan hukumnya harus
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 10:44 PM | Show all posts
Soalan :  bolehkah kita menderma organ?.

Jawapan :  
Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:
a. Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
b. Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.
c. Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggotanya.
d. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya di dalam kematian akibat kemalangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 09:37 AM | Show all posts
haku tak taw ler mcm maner.........mcm2 pendapat ttg nih......tak taw yg maner nak ikut..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.093502 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list