CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3119|Reply: 10

Some Info to Share

[Copy link]
Post time 24-5-2006 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Mod kalau dah ader thread nie mintak maaf yerk Sy receive email ini & meh kiter share same2

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam
belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit,
orang
yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu
memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan
tersebut
bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin
dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya...anda tentu tertarik!
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi
kandungan
lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan
memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang
terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam
makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia
adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan
asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak
tiga
kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan
risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu
badan.
Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ...
INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia
bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun
tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya
(ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada
nilai-nilai
nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma
juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada
plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?
Dipetik dari Rense.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2006 01:29 PM | Show all posts
ok..whatever.
it's not like kita kunyah marjerin or mentega macam makan keropok lekor
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 01:30 PM | Show all posts
info yg menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 01:41 PM | Show all posts
Mentega & margarine memang bnyk perbezaannya terutama dr. segi rasa. Mentega rasa lemak & sedap manakala margarine tasteless. Sebab tu lah org lebih prefer guna mentega buat kek & biscuits. Margarine selalunya digunakan utk buat kulit karipap dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 01:45 PM | Show all posts
beskot2 raya banyak di buat dari majerin kan? so tak leh makan beskot raya  :
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 01:50 PM | Show all posts
ala kalau nak ikut bahaya...
makanan lain pon sume bahaya...
mee laaa... sosej laa... kentang goreng la... etc
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2006 01:54 PM | Show all posts
kalo makan apa2 pon, jgn makan keterlaluan.... barulah selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2006 01:57 PM | Show all posts
maybe soon after.. kite boleh memutankan diri kita pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2006 01:57 PM | Show all posts
okay la tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:35 PM | Show all posts
Adversiti minyak kepada kesihatan memnag sesuatu yang perlu di beri perhatian oleh rakyat marhaen. Sewajarkan kementerian kesihatan mengeluarkan poster poster untuk memberitahu tentang geljala ini. :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:40 PM | Show all posts
No longer CI....Cakk hantar ke BOD doc online...

Mekasih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.132493 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list