CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3868|Reply: 6

Kematian Mengejut

[Copy link]
Post time 31-7-2006 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Kematian mengejut boleh diwarisi
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


Kematian mengejut terutamanya di kalangan orang muda merupakan satu tragedi bukan sahaja kepada ahli keluarga mereka tetapi juga kehilangan yang besar kepada masyarakat.

Pemergian mereka ini yang berada di sekeliling anda baik saudara-mara, rakan setugas, jiran tetangga mahupun kenalan membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimana mungkin ia terjadi ke atas seseorang yang masih muda dan sihat wal afiat.

Dianggarkan satu dalam setiap 20 kes kematian kardiak mengejut (SCD) yang berpunca daripada kegagalan jantung, tidak diperoleh sebab kematiannya yang sahih. Keadaan ini digelar SADS.

揓antung merupakan organ penting yang memiliki otot-otot kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kerja-kerja mengepam terhasil daripada rangsangan elektrik menerusi jantung secara berulang-ulang dalam bentuk pusingan.

揝ekiranya aktiviti elektrikal ini terganggu, misalnya disebabkan oleh kekacauan rentak jantung yang dikenali sebagai aritmia, ia boleh mempengaruhi kebolehan jantung untuk mengepam dengan sempurna,拻 kata Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.

PUNCA KEMATIAN MENGEJUT DI KALANGAN ORANG MUDA

Penyakit jantung

Menurut Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu itu, penyakit jantung merupakan penyebab paling biasa SADS dalam kesemua peringkat umur.

揇i kalangan individu berusia 30 tahun ke atas, penyakit jantung lazimnya berpunca daripada pembuluh yang membekalkan darah ke jantung telah tersumbat menyebabkan penyakit jantung koronari.

揃agaimanapun, bagi mereka yang lebih muda dan kanak-kanak, kerap kali penyebabnya adalah sesuatu yang berbeza,拻 katanya.

Penyakit-penyakit yang dimaksudkannya itu adalah sepert kardiomiopati (sebarang gangguan kronik yang melibatkan otot jantung, mungkin menyebabkan pembesaran jantung, kegagalan jantung, aritmia dan embolisme); penyakit jantung sejak lahir/kongenital dan; miokarditis (keradangan otot jantung yang akut atau kronik, selalunya disebabkan oleh jangkitan virus).

Lain-lain adalah penyakit tisu perantara yang dicirikan oleh perubahan-perubahan degeneratif pada kolagen seperti Eritematosus Lupus Sistemik dan; penyakit konduksi (ketidaknormalan saraf-saraf elektrikal dikendalikan menerusi nodular AV).

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor, dibeli di kaunter farmasi dan ubat-ubat yang dilarang boleh mendatangkan bahaya tetapi jarang mempunyai kesan sampingan terutamanya jika diambil pada dos berlebihan.

Antara kesan-kesannya termasuklah aritmia dan ada kalanya, boleh menyebabkan kematian mengejut.

Lain-lain

Penyelidikan mendapati, kematian mengejut walaupun tidak sering berlaku, boleh juga disebabkan oleh keadaan-keadaan seperti sawan dan serangan asma yang teruk.

Begitu juga dengan embolus pulmonari/gumpalan darah di dalam paru-paru disebabkan duduk terlalu lama di dalam penerbangan yang panjang. Ia boleh menyebabkan seseorang rebah secara tiba-tiba lalu mati.

Begitu juga dengan pendarahan otak disebabkan tekanan darah tinggi atau saluran darah abnormal di dalam otak, juga boleh menyebabkan kematian tiba-tiba.

PENYEBAB SADS

Terdapat sekumpulan penyakit ganjil yang dipanggil ion channelopathies yang mempengaruhi fungsi elektrikal jantung tanpa menjejaskan struktur jantung.

Ini bermakna, ia hanya boleh dikesan semasa seseorang masih hidup dan bukannya semasa bedah siasat mayat dilakukan, jika ada.

Ion channelophaties bertanggungjawab terhadap tiga hingga empat daripada 10 kes SADS yang dilaporkan.

Sindrom Long QT iaitu gangguan pada sistem elektrikal jantung yang menyebabkan jantung berdegup kencang, mendorong kepada pitam dan dalam kes-kes tertentu, jantung terhenti serta mati mengejut merupakan antara salah sejenis ion channelophaties.

UJIAN-UJIAN

揝ekiranya anda merupakan saudara dekat kepada seseorang yang meninggal dunia kerana SADS, adalah penting anda menjalani ujian bagi menentukan sama ada anda turut mewarisi masalah perubatan yang sama seperti mangsa.

揝ekiranya terdapat mana-mana kematian mengejut dan menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarga anda termasuk kematian kot (mati mengejut di kalangan bayi), kemungkinannya adalah lebih besar,拻 kata Dr. Ahmad Shukri.

Menurutnya, doktor mungkin menanyakan jika anda mempunyai simptom-simptom seperti pitam atau denyutan jantung yang pantas.

Pemeriksaan perubatan dapat membantu mengetahui sekiranya terdapat penyakit jantung struktural yang boleh diwarisi dalam keluarga seperti prolaps injap mitral yang bocor, yang mengeluarkan suatu bunyi yang boleh didengar oleh doktor menggunakan stetoskop.

Seterusnya, doktor akan menyarankan beberapa ujian lanjut seperti:

* Elektrokardiogram; rakaman kejadian elektrik jantung di atas jalur kertas yang bergerak

* Ekokardiogram; penggunaan gelombang ultrasound untuk mengkaji dan memaparkan tindakan jantung sambil ia berdenyut

* Ujian senaman/stres; lebih kurang sama seperti ECG cuma ia direkodkan sebelum, semasa dan selepas pesakit melakukan senaman menggunakan treadmill atau berbasikal

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Senaman

Majoriti keadaan yang boleh mencetuskan kematian mengejut berkaitan jantung didapati bertambah buruk dengan melakukan senaman. Elakkan daripada terlibat di dalam kegiatan sukan bersifat pertandingan dan lasak.

Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Individu yang mempunyai masalah dengan jantung mereka dan boleh mendorong kepada kematian mengejut perlu lebih berhati-hati dengan ubat yang mereka ambil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


anakperantau This user has been deleted
Post time 1-8-2006 06:48 AM | Show all posts
Kalau dulu-dulu masa masih ramai tak faham ilmu kesihatan dan perubatan, kematian mengejut ni habis begitu saja... Tapi hari ni dengan kemajuan perubatan, kita telah sedar bahawa setiap kematian ada sebabnya.... Berdasarkan apa yang saya lalui ... ada beberapa teman dan kenalan yang meninggal dalam usia muda. Mereka ni luarannya kelihatan sihat (tidak gemuk), tapi meninggal kerana SAD ni...  gaya hidup yang telah bertukar juga menjadi salah satu sebab epada serangan jantung. 3 orang kawan suami saya mati mengejut disebabkan perkara ni, dan mereka semua looked physically healthy... tapi kat dalam tu, wallahu a'lam. Tambah pula kat dalam masyarakat kita tak jadi amalan sangat buat regular medical check-up like masyarakat di Barat. Kita biasanya buat check up sebab nak masuk kerja baru, nak masuk universiti... disuruh oleh doktor.. atau pregnancy check-up..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 02:38 PM | Show all posts
Saya ada rasa simptom2  seperti di atas, lama dah.
Punyelah takut, semalam gak saya gi jumpa dr.

Kira heartbeat memang laju - 100
darah quite low - 90/60 - tu kengkadang rasa nak pitam
tapi bila check nadi
katanya bukan aritmia
anxiety pon boleh menyumbang kepada berdebar, nak pitam dan sebagainya

bezanya cuma kalau rasa nadi,
kalau takder aritmia - denyutan nadi sekata walaupun laju
tapi kalau aritmia - denyutan nadi tak sekata...
Reply

Use magic Report

anakperantau This user has been deleted
Post time 2-8-2006 10:34 PM | Show all posts
macamana nak measure heart beat sendiri (buat kat rumah)..harap yang expert boleh bantu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 11:50 AM | Show all posts
rasa nadi - as what dr did to me last nite
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2006 07:26 PM | Show all posts
orang yg ahli keluarga terdekat eg mak/bapak/adik beradik pernah meninggal mengejut.. ada risiko ni juga..
Allahyarham Hani Mohsein pun yatim piatu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2006 08:25 AM | Show all posts
saya pun rasa mcm ada possibility utk mempunyai masalah yg sama. sometimes tu rasa mcm something menekan di dada...mcm sesak jer...heart rate pun laju...tapi saya tak obese. risau laa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058213 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list