|
Manfaat Yoga kepada:
Fizikal
Menjadikan tubuh lebih kuat dan fleksibel. Memperbaiki sistem respirasi, tenaga dan ketahanan badan. Membantu mengawal metabolisme yang seimbang dan mendorong sistem imunisasi.
Mengurangkan lemak.
Meningkatkan perkembangan otot, keanjalan, daya tenaga dan stamina.
Memantapkan kesihatan kardiologi dan peredaran darah. Mengurangkan kesakitan.
Mental
Menenangkan fikiran untuk menghadapi situasi tegang dengan lebih tenang. Meningkatkan keyakinan diri dan bersikap lebih penyabar.
Meningkatkan tumpuan dan kreativiti. Melatih bagaimana untuk 'mengosongkan' minda dan fokuskan tenaga anda kepada sesuatu yang hendak dilakukan.
Menggalakkan pemikiran positif dan penerimaan diri.
Membentuk kesedaran dalam diri mengenai tubuh badan, perasaan, dunia di sekeliling serta keperluan orang lain.
Mewujudkan kebergantungan antara minda, tubuh badan dan rohani.
Membantu anda untuk hidup dengan konsep 'kesatuan'.
Lebihkan...
Membuat senaman Yoga setiap pagi, selepas mandi dan dalam keadaan perut kosong kerana Yoga amat menitikberatkan aspek kebersihan, minda dan fikiran.
Makan berbentuk buah-buahan, sayuran dan kekacang selepas melakukan aktiviti Yoga.
Elakkan...
Mengambil makanan berdaging seperti daging lembu, ikan, ayam kerana makanan ini tidak baik untuk jantung yang boleh meningkatkan kandungan kolesterol dalam badan.
Sejarahnya Yoga
MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga' yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.
Pergerakan serta gaya fizikal dalam amalan Yoga adalah kesinambungan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat India.
Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah Indus sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk gaya Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.
Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta dipercayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.
Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat India) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.
Tradisional Yoga berasal dari India beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis).
Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga. |
|