|
Ketuat kelamin ada kaitan kanser
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
CONTOH ketuat yang biasa terjadi pada jari tangan (kiri) dan tapak kaki (kanan).
--------------------------------------------------------------------------------
ANDA ada ketuat alat kelamin? Atau, anda tidak tahu menahu pun mengenainya? Bukan salah anda kerana sememangnya, ketuat atau kutil pada alat sulit sukar dikesan.
Sudahlah ia tumbuh kecil-kecil, ada yang kelihatan sedikit menonjol (seperti bengkak atau benjol) dan ada juga yang rata, berwarna kulit, tidak ketara hingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sesetengahnya pula langsung tidak menunjukkan apa-apa simptom walaupun telah dijangkiti.
Ia mungkin berukuran garis pusat (diameter) dari sekecil-kecil satu hingga dua milimeter - lebih kecil daripada mata pena atau boleh juga menjadi sekelompok yang agak besar.
Genital wart (Condyloma, Condylomata acuminata, Venereal wart) merupakan ketumbuhan kecil dan benigna kulit (sering kali keras), pada dubur dan alat kelamin.
Atau anda mungkin lebih biasa mendengar perkataan ketuat atau kutil - biasanya terdapat pada bahagian muka, jari, tangan, siku dan lutut sebelum 慻haib |
|