CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4346|Reply: 13

Blood pressure condition ??

[Copy link]
Post time 5-9-2006 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Sesiapa tahu kalau Blood Pressure standding figure kat bwh menunjukan tekanan darah tinggi / darah rendah / normal?
Figure kt bwh tu tekanan tuk ibu sy ..tp sy mushkil angka yg atas tinggi tp yg bwh normal...adakah ia kategorikan tekanan darah tinggi..??

166/86
180/90
190/90

Diharap siapa yg tahu boleh beri jawapan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2006 04:32 PM | Show all posts
takder sesiapa tahu ke ni ....sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 06:53 PM | Show all posts
Rasanya standard blood pressure ialah antara 140/90 atau 135/85 .
Blood pressure tinggi kalau SALAH SATU angka yang melebihi angka angka tersebut. Jadi your mum ada pressure yang agak tinggi.

Berapa umur ibu anda? Better bawa check up doctor dan mintak nasihat doctor, boleh cuba turunkan cara trdisional atau herba, tapi mesti jumpa doktor dan mintak nasihat , ok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:15 PM | Show all posts
Originally posted by azliza at 5-9-2006 10:05 AM
Sesiapa tahu kalau Blood Pressure standding figure kat bwh menunjukan tekanan darah tinggi / darah rendah / normal?
Figure kt bwh tu tekanan tuk ibu sy ..tp sy mushkil angka yg atas tinggi tp yg b ...


for yr mom, kalau pressure lbh dari 150/90 dah kira tinggi jugak la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 02:40 PM | Show all posts
azliza,

Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri  semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Tekanan darah adalah tinggi apabila bacaannya  melebihi 140/90mm Hg, dan kekal tinggi walaupun masa berehat.

Bacaan atas ibu azliza melebihi  140 & Saya rasa ibu azliza memerlukan rawatan doktor
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 02:56 PM | Show all posts
azliza,
elok bawa ibu jumpa doktor, munkin juga doktor akan minta datang secara berkala. di samping tu elok awak pantau cara pemakanan ibu awak, kurangkan garam makan tawar2 je & kurangkan makanan berlemak. Bila umur meningkat kita memang berisiko utk dpt darah tinggi lebih2 lagi kalau ada keturunan darah tinggi.

Darah tinggi ni bahaya kerana ia boleh menyebabkan serangan sakiti jantung,  angin ahmar, buah pinggang.
lagi satu, tak boleh sebarangan ambil ubat-ubatan lain, kena minta nasihat doktor dulu, takut kalau2 boleh memberi kesan kepada sakit darah tinggi ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2006 05:46 PM | Show all posts
Terima kasih anisa dan kengkawan kerana memberi jawapan dah nasihat. Saya sungguh hargai.

Sebenarnya ibu saya menjalani rawatan sakit buah pinggang atau heamodialisis .. dia memang ada tekanan darah tinggi dan kencing manis. Makanan dia memang saya selalu pantau walaupun org tua ni susah sket nak dgr kata. Tetapi sejak akhir2 ni tekanan ibu saya tinggi selama sebulan. Figurenya seperti sy berikan yg di atas tadi. Ibu sy memang makan ubat darah tinggi secara berkala ... tetapi saya takut dan risau dengan figure yang di atas tu. Saya telah melaporkan kepada doktor yg merawat buah pinggang ibu saya. Dia beri ubat tekanan darah tinggi yang baru dan dia suruh cuba selama seminggu kemudian datang balik. Saya dapati tekanan darah tinggi ibu saya semakin berkurang ..dan sampai ke hari ini makin kurang menjadi angka dibawah tu dalam 66. Jadi saya bimbang ia menjadi tekanan darah rendah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 06:52 PM | Show all posts

Blood Pressure... what is it?

Originally posted by azliza at 5-9-2006 10:05 AM
Sesiapa tahu kalau Blood Pressure standding figure kat bwh menunjukan tekanan darah tinggi / darah rendah / normal?
Figure kt bwh tu tekanan tuk ibu sy ..tp sy mushkil angka yg atas tinggi tp yg b ...



tekanan darah (blood pressure) ialah tekanan dalam salur darah hehe..simple init?
tekanan darah manusia berubah2 setiap kali jantung kita berdengup...
nombor yang dkt atas ialah tekanan maksima darah iaitu ketika jantung tengah mengepam (systolic blood pressure)
nombor yg dkt bawah ialah tekanan minima darah iaitu ketika jantung tengah relax (diastolic blood pressure)

apakah tekanan darah yg dikatakan darah tinggi?

ok .. kalau tekanan darah tiap2 hari lebih daripada 140/90mmHg yes anda ada darah tinggi..
kalau tekanan darah antara 135-140 / 85-90 mmHg tiap-tiap hari.. anda ialah kategori borderline ...mungkin boleh normal kalau amalkan diet kurang garam dan kuruskan badan..
Penyakit darah tinggi ni ada stagenya... (sys/dias)
Stage 1 (mild)  140 - 159 /90 - 99
Stage 2 (moderate) 160 - 179/ 100 - 109
Stage 3 ( severe) 180 - 209 /110 - 119
Stage 4 (very severe)>210 />120

lagi tinggi stage BP lagi tinggi komplikasi nak dapat stroke/ penyakit buah pinggang/ lemah jantung..
macammana nak turunkan.. ? kalau low salt diet dan kuruskan badan tak mampu nak turun maka kene makan ubat..

............................

back to azliza..
org yg ada penyakit buah pinggang and on regular dialisis memang kekadang tekanan darah boleh turun naik.. sebab buah pinggang yg rosak tak mampu control imbangan kandungan garam dalam badan.. i advise jumpa the doc kat tempat dialisis.. mungkin dia kena adjust ubat.. bukan aja jenis dan dos tapi masa makan ubat pun kena adjust.. dan kekadang kene juga adjust xtraction waktu dialisis..(sebab kalau terlalu banyak air dalam badan tekanan darah boleh naik tinggi )...
wallahu'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2006 11:25 PM | Show all posts
i dah nak masuk stage 3 la nampaknya. makan coversyl pun mcm tak jalan je. :hmm:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 10:02 AM | Show all posts
terima kasih byk2 rebas di atas informasi dan nasihat.

Saya akan merujuk kembali kpd doktor yg merawat ibu saya. Doktor ni pulak dtg merawat bkn selalu hanya sekali sekala shj.... heamodilisis tu di buat oleh staf2 nurse dia shj ... jadi nak jumpa dr tu ada schedule atau make appoitment.. ye la dr kan bz ..byk pesakit ... tu la ... sy kena pantau tekanan darah tinggi ibu saya. tetapi keturunan ibu sy memang ada penyakit darah tinggi ... kemungkinan High BP ni datang dr keturunan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by rani at 6-9-2006 11:25 PM
i dah nak masuk stage 3 la nampaknya. makan coversyl pun mcm tak jalan je. :hmm:


coversyl maximum dose is 8 mg per day... (2 tabs)
kalau masih stage 3 i think yr doc should either add another ubat or maximise yr coversyl..
target blood pressure control untuk diabetics lagi rendah dari non diabetics ie. around 125/75mmHg to prevent long term complications......
another thing you can do is to cut down the salt and lose weight...ok..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by rebas at 8-9-2006 08:32 AM


coversyl maximum dose is 8 mg per day... (2 tabs)
kalau masih stage 3 i think yr doc should either add another ubat or maximise yr coversyl..
target blood pressure control untuk diabetics lag ...


ttg makanan dah byk i pantang. mungkin sbb byk pikir kot? tak abis2 otak ni duk pikir je....tak blh berenti berpikir sejak hempedu bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 10:34 AM | Show all posts
slalunya simptom teruk hipertensi berlaku selepas satu jangka masa yg panjang cthnya

+kegagalan buah pinggang (renal)
+kegagalan jantung untuk berfungsi dgn baik sebab berlakunya pertumbuhan sel (tak ingat la plak ;) ) pada dinding ventrikel jantung
+dan lain2 lagi..

[ Last edited by  Jamaloogy at 9-9-2006 10:38 AM ]
Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 10-9-2006 05:17 PM | Show all posts

Salam...

erm...
kalu BP rendah lak canne? selalunya BP saya normal, 90-110/60-70 but my BP pnah drop to 90/40...saya pnah pitam bila kandungan gula rendah...n org kata myb sbb darah rendah...tp mmg xbyk pun maklumat low BP ni myb sbb setahu saya iaya  xbahaya sgt cam hi-BP.

n kalu pregnant woman yg low-BP lak adakah bg effect kat baby n akn jd pape prob bile bersalin nnt?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.128750 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list