View: 7698|Reply: 24
|
The Crocodile Hunter - STEVE IRWIN
[Copy link]
|
|
Berakhir riwayat The Crocodile Hunter
Ekor berbisa ikan pari, menusuk dadanya ketika dia menyelam menggunakan snokel di Terumbu Batt
STEVE Irwin, 44, akan terus berada dalam lipatan sejarah sebagai pencinta hidupan liar dan selebiriti televisyen dengan keberanian luar biasa menjinakkan hidupan liar seperti jerung, buaya, ular tedung dan kala jengking.
Peminatnya yang meliputi kanak-kanak hingga orang dewasa pasti merasai kehilangan seleberiti hidupan liar ini. Namun itulah hakikat dan ketentuan Tuhan. Jika mengimbas semula keberanian Irwin yang kadang kala `gila-gila |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pari pembunuh
Oleh Ziauddin Sharuddin dan Siti Fatimah Mohamed Anwar
Kematian Crocadile Hunter - Steve Irwin - akibat ditusuk pada jantung adalah kes luar biasa, jarang berlaku
SUDAH suratan takdir Steve Irwin atau lebih dikenali sebagai Crocodile Hunter yang kehandalannya di daratan menjinakkan haiwan ganas seperti buaya dan ular, menemui ajal ditusuk ekor berbisa ikan pari di Baat Reef, kira-kira 23 batu nautika dari Port Douglas di utara Queensland, Australia.
Kematian pencinta haiwan dan personaliti televisyen pada 4 September lalu, ditangisi ribuan peminatnya. Peristiwa tragik dan mengejutkan itu juga menyebabkan perasaan ingin tahu mengenai identiti pembunuhnya melonjak naik.
Pari bukan asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia kerana haiwan ini terdapat di perairan negara ini, dijual di pasar. Masakan ikan pari masak pedas pula menjadi antara menu istimewa dari warung kecil hingga restoran mewah di hotel lima bintang.
Di sebalik kelazatan menikmati hidangannya, pari masih dianggap haiwan misteri sejak berabad lalu.
Sama seperti tanggapan manusia terhadap ular yang melabelkan reptilia itu sebagai berbahaya, anatomi istimewa pari yang leper dengan ekor di belakang menyebabkan manusia melihat ikan ini sebagai berbahaya.
Steve Irwin
Ketika hayat Irwin, dia berusaha mengikis tanggapan serong terhadap ular dengan memperkenalkan haiwan ini secara bermain-main kepada kanak-kanak, tetapi kematiannya membawa bersama pandangan negatif terhadap ikan pari.
Pari adalah dari keluarga Dasyatidae boleh mencapai berat hingga 340 kilogram dan lebar hingga 2.1 meter, hidup di perairan Tropika dengan anggaran kira-kira 4,500 spesies di seluruh dunia.
Di perairan Asia Tenggara saja memiliki 23 spesies yang dikenal pasti dan dua daripada
spesies ini tidak berbisa iaitu Kebas dan Kemenjan. Spesies lain mempunyai sengatan di ekor sebagai senjata mempertahankan diri.
Dikategorikan sebagai mamalia kerana melahirkan anak, pari mempunyai kebolehan untuk mengoyakkan makanan menggunakan giginya dan dengan kaedah sedutan mulut menelan mangsa.
Antara makanan pari ialah ikan kecil seperti Garfish dan Baracuda, cacing, ketam dan sotong dengan kawasan kegemarannya ialah rumpun batu berdekatan pasir terumbu yang memiliki panjang anggaran 130 sentimeter, paya bakau, bawah timbunan pasir dan kawasan rumpai laut.
Pari hidup berkumpulan dan kebiasaannya dalam satu habitat, ada antara empat hingga enam ekor. Pari juga memiliki pelbagai bentuk seperti pari Manta yang memiliki kepak selebar lima kaki.
Benarkah pari berbahaya? Penyelidik mendapati ikan ini bersifat pasif dan apabila diancam, reaksi biasa ikan ini ialah berenang sejauh mungkin.
Ekor ikan ini sebagai mekanisme pertahanan akan berfungsi apabila diancam, diburu hingga tidak boleh melarikan diri atau ditangkap. Bagaimanapun, sistem ini kurang berkesan apabila menghadapi musuh utamanya, jerung.
Berdepan manusia, pari biasanya menyengat di bahagian kaki, tetapi kejadian yang menimpa Irwin apabila ekor pari menusuk jantungnya adalah luar biasa dan jarang berlaku.
Pembuat filem dokumentari marin, Ben Cropp, yang mengulas kejadian menimpa Irwin, berkata ada kemungkinan pari berasa terancam apabila Irwin berenang terlalu dekat di atas dan jurukamera pula merakamkan Irwin dan pari.
揇alam keadaan itu, pari akan bertindak balas terhadap `bahaya dari atas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Spesies ikan pari di perairan Asia
Western Angle Shark (Kemenjan)
Habitatnya di kedalaman antara 150 - 310 meter (m) dari dasar laut
Bentuknya fizikalnya seakan jerung tetapi depannya leper
Memiliki sirip lebar yang tidak melekat antara kepala dan badan
- ekornya berbentuk tirus dan lebar
Cowtail Stingray
Habitatnya di pasir rata atau bawah lumut berhampiran tebing laut atau tasik di sebahagian besar rantau ini
Juga mudah didapati di kawasan muara paya bakau dan sungai cetek
Dikenali melalui warna kelabu-coklat kehitaman
Mempunyai dua duri berbahaya di bahagian ekor
Yellow Shovelnose-Ray (Kemenjan)
Habitatnya di bawah taburan pasir di dasar laut
Kurang bintik dan bentuk hidungnya tumpul
Panjang sekurang-kurangnya 65 sentimeter (sm)
Brown Stingaree (Tapir)
Habitatnya di bawah pasir pada kedalaman antara 150 hingga 210 m pada dasar laut
Mudah dikenali melalui bentuk hidung yang tirus dan tajam
Berwarna coklat tanpa sebarang tompok atau corak
Blotched Stingaree (Hantu)
Habitatnya di bawah pasir di kedalaman antara 200 m pada dasar laut
Memiliki pancang yang memanjang dan garis yang mengelilingi kelompok tompokan gelap
Saiz sekurang-kurangnya sehingga 29sm
Banded Numbfish (Sarban)
Habitatnya di bawah pasir
Dikenali berdasarkan bentuknya yang menyerupai berudu dengan bahagian kepala berbentuk bulat yang lebar
Memiliki dua sirip kecil di belakang badan
Berwarna coklat pudar dan sebahagian darinya berbintik
Mampu menghasilkan kejutan elektrik agak kuat
Ornate Numbfish (Sarban)
Mempunyai ciri kesamaan dengan Banded Numbfish
Bersaiz sehingga 17sm
Hanya wujud di Gulf of Carpentaria
Numbfish (Kebas)
Habitatnya di kawasan pasir yang dikelilingi rumpai
Dikenali melalui bentuknya yang agak bulat dengan bahagian bawah daun telinga juga berbentuk bulat serta dua sirip kecil
Berwarna coklat terang hingga kehitaman
Mampu menghasilkan kejutan elektrik yang kuat jika dipijak
Juga dikenali sebagai 慍offin Ray |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengebumian Irwin dibuat secara tertutup
BEERWAH, Australia 9 Sept. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
A very sad loss to everyone in the world. This man started a nature conservation drive via the mainstream media that no one ever thought possible by his wittyness and funny antics. A person that will truly be miss. My condelenses to the family.
TQ and Happy foruming. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...pentackle sang boya ganas, kecundang dek sengatan bisa si tenang...
juga kehilangan seri kepada dunia pencinta hewan & reptiles khususnya... |
|
|
|
|
|
|
|
dekni cam dah bleh tahu la dia satu hari mesti mati time dia ngan binatang2..
dia dah kasi arahan kat crew rakaman dia dari dulu lagi, kalo kata dia nazak pun masa kena baham atau serang binatang,
dia nak kamera crew dia terus rakamkan saat2 tu.
Tapi yang kes ni, lepas kameraman dia rakam dia kena tusuk, dia cabut ekor pari tu, terus kameraman dia aku rasa sedih sangat, terus padamkan video cam tu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rase rakamannye mmg ade. cume tak di tunjukkan pada publik. sensitip... |
|
|
|
|
|
|
|
ermm sedih la xde steve irwin nie
xde lagi ur beautiful mate
ur gorgeous ............ |
|
|
|
|
|
|
|
ari ni peminat fanatik dan kawan baik steve irwin bunuh 10 ekor ikan pari -utk tunjuk balas dendam, ntah apa2 ntah diorang ni, anyawy steve memeng best, byk info berunsurkan pendidikan pada rancangan dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku kagum betul gn mamat ni.. berani main gn ular ler , buaya ler ... tapi tewas di ekor pari |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by fleurzsa at 5-10-2006 12:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 5-10-2006 12:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ALLAH lebih mengetahui...tp salute steve irwin you"re already a legend !! |
|
|
|
|
|
|
|
Bindi Irwin to star in wildlife series
Mon Oct 16, 11:07 PM ET
Like father, like daughter. Bindi Irwin, the 8-year-old daughter of the late "Crocodile Hunter" Steve Irwin, will star in a wildlife series to air on the Discovery Kids network early next year. The show's working title: "Bindi, The Jungle Girl."
Her father, animal lover and conservationist Steve Irwin, died from the poisonous jab of a stingray Sept. 4. Besides Bindi, he left behind her mother, Terri, and 2-year-old brother, Bob.
The show, now in the early stages of production, was originally "going to be a father-daughter thing," starring the nature-loving duo, Discovery publicist Annie Howell told the Associated Press on Monday. "Steve and Bindi were very enthusiastic about doing the show together."
Irwin will appear with Bindi in scenes filmed before his death, his manager, John Stainton, said in an interview on People magazine's Web site.
"Some people think that I would be afraid of them, but I'm never ever afraid of an animal," Bindi said in an interview Monday on ABC's "Australian Story."
"I just get excited and some that are dangerous I just think, `Oooh! What's going to happen?' and things like that."
(yahoo news)
[ Last edited by herbivor at 18-10-2006 05:14 PM ] |
|
|
|
|
|
|
jebat_derhaka This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
KESILAPANYA ADALAH BELIAU SEOLAH LUPA BAHAWA SETIAP PARI MEMPUNYAI SENGAT ATAU DI PANGGIL SONAK DIBAWAH EKOR.JIKA TIDAK BERBISA SEKALIPUN SONAK ITU TETAP MERBAHAYA KERANA SETAJAM MATA PEDANG.BUKAN PARI TERSEBUT YANG MENYENGATNYA TETAPI BELIAU SENDIRI YANG NAIK KE ATAS BADAN IKAN ITU SENDIRI DAN MENYEBABKAN IKAN TERSEBUT TERPERANJAT DAN MENEGAKKAN SONAKNYA SEHINGGA TERKENA BELIAU. |
|
|
|
|
|
|
| |
|