CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7134|Reply: 7

Akbar perkenal irama rap dalam nasyid

[Copy link]
Post time 25-9-2006 08:54 AM | Show all posts |Read mode
JIKA dulu peminat lagu nasyid biasa melihat dan mendengar irama nasyid dinyanyikan secara berkumpulan, namun kemunculan terbaru bekas ahli kumpulan nasyid popular Brothers iaitu Akbar akan lebih mewarnai irama nasyid tanah air dengan konsep yang berbeza namun masih mengekalkan nasyid kontemporari.


Akbar yang meminati irama muzik berentak rap akan menghiasi album terbarunya berjudul Alpha dengan gaya dan lenggok irama rap yang memuatkan 10 lagu dari pelbagai genre atau lebih dikenali sebagai global muzik.

Album yang mengambil masa hampir dua tahun untuk diterbitkan turut dinyanyikan bersama artis jemputan yang cukup hebat antaranya Too Phat, Tukangkata Ahlifiqir, Mirwana, Devotees, Bienda, Mode (Ruffedge), Annuruddin, Syah (ex-Brothers) dan Yasin sendiri.

Di bawah label Hush Entertainment yang dimiliki sendiri komposer, produser dan penyanyi Yasin Sulaiman banyak menceritakan mengenai kehidupan manusia dan keinsafan.

Bagi menghangatkan lagi album Alpha ini, Yasin selaku produser mengundang pemain percussion terkenal Hossam Ramzy untuk mengiringi Akbar menerusi lagu Manusia Lupa gandingan bersama Tukangkata Ahlifiqir dan Yassin.

揂pa yang menarik dalam album ini, saya sendiri diberi peluang untuk menghasilkan lirik sendiri mengikut kreativiti dan apa yang saya inginkan.

揔ini lagu yang menjadi single pertama Siapakah Dihatimu nukilan Yasin dan Mode Ruffedge sedang hangat diputarkan di radio Era. Lagu ini yang lebih santai dan 慶atchy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2006 09:01 AM | Show all posts
aku kenalll sgt akbar nie.....org ganu ni.....senior aku time skolah menengah...mak dia bespreng mak aku....time nk upsr aku g tusyen gn mak dia......dulu dia gemukk giler...la ni dh lain wakkakakakakka...........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 09:53 PM | Show all posts
Tak minat dgn Akbar ni. Sore tak sedap lagu pun tak best. Ada hati pula nak rap. :puke::puke::puke:
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 02:33 AM | Show all posts
baru dgr dia nyanyi kat MM aritu. mmg tak sedap.
suara lebih kurang mcm yasin.
mcm tkde identiti sndiri je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2006 01:57 PM | Show all posts
aku tak suke dia ni...lagu dlm album dia ada 8 kot tak silap aku, cuma 1 jek lagu yg dia btol2 nyanyi sorang2...yg lain2 semua featuring too phatla, ruffedge la, yasinla, mcm2...ape sebenarnye yg dia nak buat aku pun tak tau...dah elok2 nyanyi nasyid nak melompat sana-sini lak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 01:55 AM | Show all posts
Akbar, artis baru naungan Hush Entertainment, milik komposer/produser/penyanyi Yasin Sulaiman minggu lalu telah pun berjaya melancarkan album sulungnya yang berjudul "Alpha".

Akbar yang dulu pernah menganggotai kumpulan nasyid, Brothers kini muncul sebagai artis solo dengan imej dan gaya yang cukup berlainan dari yang pernah ditonjolkannya sewaktu menganggotai kumpulan tersebut.

Dulu Nasyid, sekarang Global Music. Itulah perubahan ketara yang cuba dipersembahkannya dalam "Alpha".

Memuatkan 10 buah lagu, album yang sudah lebih 2 tahun diperam ini telah diserikan dengan artis-artis undangan yang hebat diantaranya seperti Yasin, Too Phat, Tukangkata Ahlifiqir, Mirwana, Bienda, Mode Ruffedge, Annuruddin dan juga Syah, iaitu salah seorang bekas anggota kumpulan Brothers.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2006 01:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2016 11:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053417 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list