CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3266|Reply: 21

Himpunan published Q&A [merged] moonah

[Copy link]
Post time 2-10-2006 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Adab kebumi mayat

Soalan: Dalam Islam, adakah terdapat waktu-waktu tertentu melarang mengebumikan mayat. Kalau mayat banyak yang hendak dikebumikan dalam satu kubur, adakah terdapat keutamaan mayat macam mana hendak dimasukkan dalam kubur terlebih dahulu?

Adakah mayat itu boleh dimasukkan dalam kubur dari mana-mana bahagian yang disukai, kepala dahulu, kaki atau masuk serentak perlahan-lahan? Seperti yang dilakukan sekarang adakah meletakkan bola tanah di sisi mayat itu mempunyai alasan atau hanya adat kebiasaan semata-mata? Dan yang paling penting, setakat mana penglibatan seseorang itu dalam urusan mayat dapat memberi keinsafan diri? Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 01:28 PM | Show all posts

Combine - Q&A agama dari web Darulnuman

Mencuci Telekung Dengan Mesin Basuh
Soalan:
Apa pendapat tuan tentang mencuci telekung dengan menggunakan mesin basuh?
Setengah orang mengatakan tak suci.
Salmah, Segamat
Jawapan:
    Salah satu syarat sah solat adalah suci badan, pakain dan tempat daripada najis, jika pakaian yang kita gunakan itu suci daripada najis maka ianya telah memenuhi syarat tersebut. Tidak kiralah dengan cara bagaimana kita membasuhnya, apakah dengan tangan, dengan mesin basuh atau memerahnya di sungai dan sebagainya. Haruslah dengan air yang mengalir. Jika dengan mesin , 1 X dibilas dengan air sabun dan 2 X dibilas dengan air biasa, sudah memadai.

http://www.darulnuman.com/soal/urut9.html#83
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:29 PM | Show all posts

Solat Jama' Ta'khir di Rumah

Solat Jama' Ta'khir di Rumah
Soalan:
Bolehkah saya mengqada'kan sembahyang Zohor ke dalam waktu Asar (Jama' Ta'khir) apabila saya telah samapai ke rumah saya. Saya tidak sempat untuk menjama'nya ketika dalam perjalanan kerana saya menaiki bas. Adakah sah sembahyang saya itu? Jika tidak boleh adakah saya wajib untuk mengqada' sembahyang saya itu kerana kejahilan saya?
Azhar, Johor Bahru
Jawapan:
    Jila seorang musafir sampai di rumahnya sedangkan ia belum selesai mengerjakan solat jama' Ta'khir, setengah ulama mengatakan dikira solat tunai. Solat itu wajiblah dikerjakan dengan solat sempurna, jika Zuhur, Asar atau Isya empat rakaat tidak lagi boleh diqasarkan. Jika tertinggalnya solat tersebut kerana halangan tertentu seperti sukar menemukan tempat solat kerana naik bas ataupun kapal terbang maka perlulah ia mengqada solat yang tertinggal tersebut. Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:30 PM | Show all posts

Solat Jenazah bagi Bayi

Solat Jenazah bagi Bayi
Soalan:
Jika sesorang itu melahirkan anak, tetapi anak itu didapati telah meninggal sewaktu di dalam kandungan lagi.  Jadi, perlulah jenazah anak tadi dimandikan dan disembahyangkan seperti jenazah yang lain.
Kerana ada pendapat mengatakan bahawa jenazah bayi itu hanya dimandikan dan tidak wajib disembahyangkan.  Bagaimanakah sebenarnya masalah ini?
Noranom, Kajang
Jawapan:
    Bayi yang gugur atau lahir yang belum berumur empat bulan dalam kandungan, tidaklah dimandikan dan disolatkan. Cukup dibalut dengan kain lalu ditanam. Demikianlah pendapat fukaha tanpa ada perselisihan pendapat.

     Jika telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan dan menunjukkan ciri-ciri hidup, maka menurut kesepakatan fukaha hendaklah dimandikan dan disolatkan. Seandainya tidak menunjukkan tanda-tanda hidup maka menurut golongan Hanafi, Maliki, Auzai dan Hasan tidaklah disolatkan.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika bayi yang gugur itu memiliki tanda-tanda hidup, hendaklah disolatkan dan ia berhak mendapat warisan". (HR Tirmizi, Nasai', Ibnu Majah dan Baihaqi)     Menurut Imam Ahmad, Said, Ibnu Sirin dan Ishak berpendapat bahawa ia dimandikan dan disolatkan berdasarkan hadis yang berbunyi: "Orang yang berkenderaan hendaklah berada di belakang jenazah, sedang yang berjalan kaki di depannya, dekat kepadanya sebelah kanan atau kirinya. Sedang anak yang keguguran juga disolatkan dan didoakan keampunan dan rahmat bagi kedua orang tuanya".  (HR. Ahmad dan Abu Daud)
      Menurut ulama ini kerana anak itu merupakan manusia yang telah ditiupkan roh ke dalam tubuhnya sehingga ia harus disolatkan sebagaimana halnya bayi yang mempunyai tanda-tanda hidup. Nabi SAW telah menyatakan bahawa pada usia empat bulan ditiupkanlah roh kedalam tubuh bayi yang ada dalam kandungan ibunya. Menurut pendapat ulama ini, hadis yang dikemukakan oleh pendapat pertama di atas lemah dan kerana bertentangan dengan yang lebih kuat, sehingga tidak dapat diterima sebagai hujjah atau dalil.

    Maka dapat kita ambil kesimpulan jika bayi tersebut belum berumur empat bulan dalam kandungan telah meninggal dunia maka tidak perlu dimandikan dan disolatkan. Namun jika telah lebih dari empat bulan, maka perlu dimandikan dan disolatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:31 PM | Show all posts

Korban Aqiqah

Korban Aqiqah
Soalan:
Mengenai Korban Aqiqah saya harap ustaz dapat menjelaskan tentang hukum, cara, masa dan kadarnya.
Badrul, KL
Jawapan:
    Bersedekah pada hari ke tujuh dari kelahirannya dengan dua ekor kambing bila lelaki dan seekor kambing bila perempuan inilah dinamakan dengan aqiqah. Hukumnya sunnah muakad, walaupun bagi seorang ayah yang kurang mampu. Namun ada ulama mengatakan hukum aqiqah ini wajib, alasannya kerana Rasulullah SAW dan sahabat selalu melakukannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Bersama bayi adalah aqiqahnya, sembelihlah kambing baginya dan hilangkan gangguan darinya".
(Hadis riwayat lima rawi hadis) Boleh juga menyembelih seekor kambing untuk anak lelaki berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW terhadap cucu baginda Al Hasan dan Al Husein ra. Penyembelihan itu dilakukan pada hari ketujuh sesudah kelahiran. Ini jika sanggup. Kalau tidak, boleh pada hari kedua puluh satu dari hari kelahirannya. Jika tidak sanggup pula, boleh bila-bila saja.  Dalam hadis riwayat Baihaqi disebutkan pula aqiqah disembelihkan pada hari keempat belas dan hari kedua puluh satu".

Dalam menyembelih kambing aqiqah dianjurkan mengucapkan  "Bismillah, ya Allah ini dari Mu dan kepada-Mu sebagai aqiqah Fulan bin/binti Fulan". Dianjurkan waktu menyembelih aqiqah waktu matahari naik, dan dianjurkan pula mencukur rambut bayi sebelum menyembelih aqiqah. Namun ada pendapat yang mengatakan pencukuran rambut dilakukan setelah penyembelihan aqiqah dan bersedekah dengan emas seberat rambut yang dicukur. Aqiqah agar dimasak dengan bahan yang manis, untuk mengharapkan kemanisan akhlak bayi. Dan lebih utama ialah mengirimkan kepada kaum fakir dalam keadaan yang sudah masak. Menurut Imam Syafei boleh juga kita mengundang fakir miskin datang ke rumah kita untuk menikmati daging aqiqah tersebut.
Sila rujuk buku:
1. Permata Idaman Mutiara Syurga 'Lelaki Soleh' DN 105
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:36 PM | Show all posts

Ubat Mengandungi Alkohol

Ubat Mengandungi Alkohol
Soalan:
Assalamu'alaikum..
Di sini saya ada satu soalan berhubung dengan hukum. Soalan saya, apakah hukumnya memakan ubat batuk yang mengandungi alkohol maksud saya kandungan ubat itu ada tertulis 5% alcohol?
Sekian.
Wan Azuwan , Nashville, USA
Jawapan:
    Dalam Hadis Rasulullah ada disebutkan. Dari Aisyah ra. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Setiap yang memabukkan itu hukumnya haram. Kalau banyaknya memabukkan, maka sedikitnya pun haram".     Dalam hadis lain yang diriwayatkan oelh Ahmad dan Abu Daud dari Abdullah bin Umar bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: "Setiap yang memabukkan adalah khamar (termasuk khamar) dan setiap khamar adalah diharamkan".     Dari dua hadis diatas dapat kita simpulkan bahawa khamar atau alkohol yang biasa digunakan orang untuk minuman yang memabukkan itu sedikit atau banyaknya tetap haram. Namun dalam kaedah ilmu fiqih adalah istilah darurah. Jika telah diusahakan untuk mencari ubat lain namun tidak berhasil, maka ketika itu hukumnya harus (dibolehkan) menggunakan ubat yang mengandungi alkohol. Setelah itu mohonlah perlindungan kepada Allah agar kita terhindar dari sentiasa bergelimang dalam perkara syubhat. Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2006 01:38 PM | Show all posts

Berubat Dengan Bomoh

Berubat Dengan Bomoh
Soalan:
Saya mempunyai masalah di mana berkaitan dengan bomoh. Kisahnya bermula apabila keluarga saya disampuk iaitu meracau-racau. Bila dibawa berjumpa bomoh itu memberitahu si polan-polan itu yang melakukan kianat pada keluarga saya. Masalah saya adakah saya boleh mempercayai bomoh tersebut. Masalah ini sudah berlarutan terlalu lama dan ini merenggangkan hubungan kami sekeluarga. Buat pengetahuan ustaz bomoh ini menggunakkan ayat-ayat suci Al Quran dalam pengubatannya. Harap dapat kiranya ustaz menerangkan kepada saya cara pengubatan sebegitu.
Deen, Kuantan
Jawapan:
    Di dalam Islam sememangnya ada ulama yang mengamalkan perubatan secara Islam iaitu dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran sebagai penawar. Sebab Al Quran merupakan ubat dari segala penyakit, baik penyakit hati mahupun penyakit yang bersifat fizikal. Rasulullah SAW juga pernah mengubati seseorang dengan membaca salah satu surah dari Al Quran.

    Di dalam Islam juga ada etika atau adab-adab dalam menyelesaikan suatu masalah, terutamanya masalah yang berkaitan dengan bomoh ini. Sesungguhnya berdosa jika kita membuka aib orang lain atau mengatakan sesuatu yang menimbulkan fitnah. Dengan menyebutkan seseorang itu telah melakukan khianat kepada kita membuktikan bahawa perkara tersebut telah membuka rahsia yang sepatutnya ia sembunyikan. Kalaupun perkara itu betul, ianya akan mendatangkan permusuhan apakah lagi jika perkara itu tidak benar, maka hanya mendatangkan buruk sangka terhadap seseorang. Sesungguhnya buruk sangka dan fitnah itu merupakan dosa  besar

    Kita boleh mempercayai bomoh, ustaz ataupun ahli perubatan lain jika kita tahu bahawa mereka tidak mensyirikkan Allah.  Yang paling penting dalam berubat sesuatu penyakit adalah kita (setiap individu / pesakit) mesti yakin bahawa yang menyembuhkan penyakit itu bukan bomoh ataupun ustaz ataupun tabib (mereka semua adalah asbab), tetapi yang menyembuhkannya hanya Allah SWT semata. Yakin kepada selain dari Allah adalah syirik (dosa besar yang tiada pengampunan). Berubat hanyalah merupakan ikhtiar atau usaha yang disuruh oleh agama
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:43 PM | Show all posts

Menampal Ayat Suci di Kereta

Menampal Ayat Suci di Kereta
Soalan:
Ayat suci Al Quran memang diketahui ramai tidak boleh dibawa ditempat-tempat yang tertentu. Soalan saya apakah berdosa jika kita menampal ayat suci itu dicermin kereta dan secara tidak langsung terkena air kotor atau tahi burung dan sebagainya walaupun tidak kena tepat kerana dibatasi cermin tadi?
Salmah, Segamat
Jawapan:
    Ayat suci Al Quran pada asasnya merupakan nur dan pedoman hidup umat Islam, bukanlah sekadar untuk diperlombakan atau digunakan untuk perhiasan. Namun jika digunakan untuk perhiasan hati dan budi maka ia lebih afdhal. Jika kebetulan ayat-ayat tertentu yang merupakan doa kita tampalkan ditempat yang bersih seperti di dalam kereta maka hukumnya harus atau boleh, kerana dengan cara demikian dapat mengingatkan diri kita akan anjuran agama. Namun jika tujuan pemasangan itu semata-mata untuk perhiasan maka ia berdosa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 01:44 PM | Show all posts

Menghalau Hantu

Menghalau Hantu
Soalan:
Menurut kepercayaan sesetengah org tua untuk menghindarkan bayi dari diganggu oleh hantu dan syaitan mereka meletakkan pisau atau gunting dibawah bantal bayi dan adakalanya mereka meletakkan kunyit dan bawang yg ditumbuk diatas kepala bayi khususnya diwaktu senja untuk tujuan yg sama. Apakah benar pendapat tersebut?
Azizah, KL
Jawapan:
    Di dalam Islam ada cara dan kaedah-kaedah tertentu yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bagaimana caranya kita menghindari daripada gangguan syaitan. Diantara amalan yang perlu dilakukan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Apabila Fatimah hampir melahirkan, Rasulullah SAW menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Muawwizatain iaitu surah Al Falaq dan surah An Nas". (Hadith riwayat Ibnu Sunny)
      Ada satu lagi doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sangat baik dibaca bagi keluarga yang menerima cahaya mati agar mereka terhindar dari gangguan syaitan. Doa tersebut maksudnya: "Aku memohon perlindungan dengan kalimah Ilahi yang sempurna daripada gangguan semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat"
      Meletakkan pisau atau gunting di bawah bantal dengan tujuan untuk menghalau syaitan atau hantu merupakan perbuatan khurafat yang tidak berlandaskan sunnah yang mungkin direka-reka oleh nenek moyang masa silam yang masih berbau ajaran hindu.

    Begitu juga mengenai kunyit yang diletakkan di atas dahi jika diniat untuk menghalau hantu, ini menunjukkan kurang arifnya kita dalam memahami ajaran Islam dan tidak mampu membezakan antara khurafat dan karut marut dengan nilai murni ajaran Islam. Jika kunyit di dahi itu dikatakan sebagai ubat, mungkin boleh diterima dan perlulah dikaji secara saintifik. Wallahu A'lam.
Sila rujuk buku:
1. Rumah Idaman Syurga Impian "Isteri Teladan" DN 037
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:53 PM | Show all posts

Menggali Kubur Mayat Semula

Menggali Kubur Mayat Semula
Soalan:
Apakah hukum menggali semula mayat yang telah dikebumikan dengan tujuan untuk membetulkan kesilapan semasa menanamnya?
Amran, K Klawang
Jawapan:
    Menggali semula kubur mayat yang telah dikebumikan dengan tujuan untuk membetulkan kesilapan semasa menamnya ataupun ingin memindahnya hukumnya dibolehkan. Perkara ini sesuai dengan hadith Rasulullah SAW dari Jabir ra katanya, "Rasulullah SAW mendatangi Abdullah bin Ubai setelah di masukkan ke liang kubur. Maka Rasulullah SAW menyuruh mengeluarkannya kembali lalu dipangkunya diatas kedua lutut baginda, disemburkannya dengan air ludahnya dan dipakaikan baju" (Riwayat Bukhari)

    Diriwayatkan dari Abdullah bin Amat oleh Abu Daud katanya: Ketika kami pergi ke Thaif dan lalu disebuah kawasan perkuburan, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Inilah dia kubur Reghal. Waktu ia berada di tempat larangan ini mempertahankannya. Maka tatkala ia keluar, iapun ditimpa hukuman sebagai dialami kaumnya, lalu dikuburkan di tempat ini. Adapun ciri-ciri kuburnya itu bahawa di dalamnya terdapat sebuah ranting terbuat dari emas yang ikut ditanam bersama mayatnya. Jika kebetulan kamu menggali kuburnya tentulah kamu akan mendapatkan ranting emas itu di dalamnya". Orang-orang pun mendahului Rasulullah dan mengeluarkan ranting emas itu.

    Jadi bolehlah menggali kubur kembali jika untuk sesuatu maksud yang dapat dibenarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:54 PM | Show all posts

Masuk Air Wuduk ke Hidung dan Telinga Ketika Puasa

Masuk Air Wuduk ke Hidung dan Telinga Ketika Puasa
Soalan:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalm hidung ketika mengambil air sembahyang? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki  meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga?
Fatimah Azzahra, KL
Jawapan:
    Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA DN 054
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:56 PM | Show all posts

Suntikan Doktor ketika Puasa

Suntikan Doktor ketika Puasa
Soalan:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor
telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?
Mazlan, KL
Jawapan:
    Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya. Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA DN 054
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 01:58 PM | Show all posts

Menyedut Ubat (inhaler) Ketika Puasa

Menyedut Ubat (inhaler) Ketika Puasa
Soalan:
Saya salah seoarang pesakit asthma (lelah) dan sekarang saya sudah mengunakan sejenis ubat (inhaler) ubat itu saya perlu sedut setiap hari. Adakah batal puasa saya jika saya menyedut ubat itu?
Aje, Alor Setar
Jawapan:
    Para salafussoleh tidak pernah mengenali jenis ubat dan kaedah rawatan melalui cara ini, ia merupakan satu sistem perubatan yang baru. Perkara ini mungkin identik penggunaan celak ketika puasa. Celak dan ubat titis air mata jika digunakan secara berlebihan sehingga terasa di kerongkong hukumnya membatalkan puasa. Begitu juga halnya dengan gas penyakit lelah ini, jika cecairan yang kita masukkan ke dalam mulut itu terasa di kerongkong, maka dapat menyebabkan membatalkan puasa.

    Walaupun begitu berusahalah untuk menahan diri ketika siang bulan Ramadhan untuk tidak memakai cecair atau ubat athma ini. Jika keadaan terpaksa dan sangat memudaratkan sedangkan penggunaannya sekadar perlunya saja maka ia tergolong rukhsah (keringanan ) yang dibolehkan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 02:01 PM | Show all posts

Mengqadha' Puasa

Mengqadha' Puasa
Soalan:
Tahun lepas saya tak sempat ganti puasa saya (satu hari saja). Soalan saya adakah patut saya gandakan puasa saya atau bagaimana?
Salmah, Segamat
Jawapan:
    Qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya,ban, samada uzur atau tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah katanya" Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Syaaban tahun berikutnya".

    Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehingga menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasa. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini, tidak kami perolehi.

    Al Hasan dan Ulama Hanafiyah tidak mewajibkan fidyah jika ditangguh kerana uzur atau tidak. Imam Malik, Syafei, Ahmad dan Ishak sependapat dengan ulama Hanafiah. Jadi jelaslah cukup sekedar mengqada puasa yang tinggal dan tidak perlu menggandakannya.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA DN 054
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 02:05 PM | Show all posts

Ganti puasa dan fidyah

Ganti Puasa serta Fidyah
Soalan:
Seorang wanita yang tidak sempat menggantikan fidyah untuk tahun tersebut tetapi hanya sempat menggantikan puasanya sahaja adakah perlu mengulagi puasa ganti tersebut sekali lagi bersama-sama fidyah yang telah ditetapkan atau dia hanya perlu membayar fidahnya sebanyak dua kali ganda sahaja tanpa perlu menggantikan puasanya (yang juga sepatutnya dua kali ganda dari tahun sebelumnya)?

Nurmaya, Illinois USA
Jawapan:
    Sebahagian ulama menetapkan mengqadha puasa Ramadhan yang ketinggalan wajiblah berturut-turut, namun sebahagian yang lain mengatakan qadha Ramadhan tidaklah wajib disegerakan, boleh ditangguhkan sehingga bulan Sya'ban samada uzur ataupun tidak. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah ujarnya: "Atasku ada puasa dari bulan Ramadhan, maka aku tidak mengqadhanya sehingga datanglah bulan Sya'ban tahun yang berikutnya".

    Apabila seseorang tidak mengqadhanya sehinggaa menjelang Ramadhan yang berikutnya, maka menurut kata sebahagian ulama diwajibkan atas orang itu memberi fidyah disamping wajib mengqadha puasanya. Tetapi dalil yang mewajibkan fidyah dalam hal ini tidak ditemui. Jadi jika ingin membayar fidyah cukuplah sekali sahaja tidaklah berganda. Wallahu 'Alam.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA

Membayar Fidyah
Soalan:
Saya ingin bertanya, adakah membayar fidyah itu wajib bagi mereka yang belum bekerja?
Kerana pada ketika itu dia masih bersekolah, tapi kini dia telah bekerja, dan adakah dia wajib membayarnya?
Kalau ia wajib, bagaimanakah caranya?
Nani, KL
Jawapan:
    Mengqada dan membayar fidyah dikenakan kepada orang Islam yang telah baligh iaitu telah wajib ke atasnya menjalankan syariat Islam secara keseluruhan. Namun jika ketika itu kita belum berkemampuan membayar fidyah maka bayarlah ketika kita mampu, menurut jumlah puasa yang tertinggal.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA DN 054
Cara Membayar Fidyah
Soalan:
Assalamualaikum,
Adakah dibolehkan kita membayar wang kepada seseorang seperti imam ataupun baitulmal untuk menyelesaikan masalah fidyah puasa kerana bersetubuh di siang hari bulan ramadhan.
Ini adalah kerana kita tidak mampu untuk berpuasa selama 60 hari, membebaskan seorang hamba dan kesukaran mencari 60 orang miskin. Sekian, terima kasih.

Mazlan, KL
Jawapan:
    Kesalahan yang kita lakukan merupakan tanggungjawab kita untuk menyelesaikannya, kerana pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW seorang sahabat mengadukan halnya disebabkan berjimak disiang hari bulan Ramadan. Baginda menyuruh sahabat tersebut memerdekakan seorang hamba, namun ia tidak mempunyai hamba, kemudian baginda menyuruh berpuasa dua bulan berturut-turut, namun ia tidak mampu untuk melakukakannya. Terakhir baginda menyuruh ia memberi makan 60 orang miskin, tapi tidak ada harta untuk memberikannya.

    Kemudian Rasulullah mengambil kurma dan memberikan kepada sahabat tersebut untuk membahagi-bahagikan kurma itu kepada yang layak menerimanya. Tapi lelaki itu berkata bahawa tidak ada yang lebih layak di pelosok Madinah ketika itu menerima kurma itu selain dirinya. Maka Rasulullah SAW (sambil tersenyum) membenarkan sahaja lelaki tadi menerima kurma tersebut.

Dari kisah di atas membuktikan bahawa Rasulullah SAW menyuruh orang yang bersangkutan menyelesaikan masalahnya sendiri. Tapi tidaklah salah jika ada pihak lain sanggup untuk menyelesaikan tugas kita itu dengan betul. Ertinya kaffarah kita itu sampai dimakan oleh 60 orang miskin tidak kurang daripada itu.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA

Ukuran Secupak Fidyah
Soalan:
Berapakah anggaran secupak (fidyah) di dalam Ringgit Malaysia?
Halim ,Kota Tinggi
Jawapan:
    Menurut Kamus Dewan, secupak sama dengan suku gantang. Mengikut ukuran fidyah ialan ukuran kenyang untuk satu orang makan. (kalau ikut JAIS secupak bernilai RM1.20)
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA

fleurzsa: Sorry, edited krn ada link iklan.  Thanks

[ Last edited by  fleurzsa at 2-10-2006 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 02:12 PM | Show all posts

Qada' Puasa dan Puasa Enam

Qada' Puasa dan Puasa Enam
Soalan:
Saya telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur, tetapi bolehkah saya mengqada'kan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat tetapi 6 hari puasa sahaja?
Norlela, Gombak
Jawapan:
    Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.
Sila rujuk buku:
1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nice2000 This user has been deleted
Post time 2-10-2006 02:54 PM | Show all posts
aku nak jawab satu je la.............basuh telekung tu

boleh je basuh tapi ko blas dengan air bagi ia mengalir.x leh basuh n bilas gunakan air yang sama........klu mesin auto dia masuk n berhentikan air tu sendiri tu x pa leh je.
Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 2-10-2006 02:54 PM | Show all posts
yang lain biar member lain jawab k peace
Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 2-10-2006 02:56 PM | Show all posts
mak oi panjangnye........ni thread untuk pa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2006 09:50 AM | Show all posts
Anjing dan khinzir kenapa diharamkan dalam Islam?

SOALAN 1

Saya ingin bertanya mengenai binatang anjing dan khinzir yang dianggap najis di dalam Islam. Kenapakah hanya anjing dan khinzir yang dianggap najis dan tidak binatang lain?

Apakah kisah atau peristiwa yang menjadikan anjing dan khinzir sebagai binatang yang dianggap najis?

Kita dilarang menyentuh anjing dan khinzir tetapi ada pendapat yang mengatakan kita masih boleh menyentuh anjing apabila binatang tersebut berada di dalam keadaan kering. Adakah ini benar?


JAWAPAN
Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. mengkategorikan khinzir sebagai binatang yang haram dimakan. Adapun anjing merupakan binatang yang membawa najis mughallazah (najis yang berat). Kedua-dua binatang ini adalah haram bagi umat Islam.

Namun perbahasan mengenai anjing agak panjang di kalangan ulama. Ini kerana ada ketikanya anjing boleh dimanfaatkan seperti mengajar memburu dan membantu di dalam menjalankan siasatan seperti mana anjing-anjing yang diajar oleh polis untuk mengawal keselamatan dan sebagainya.

Dalam pengharaman khinzir pula Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah: 173)

Di dalam memanfaatkan anjing Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Mereka menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu [1]. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu [2], dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) [3] dan bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya. (al-Maidah: 4)

[1] Maksudnya: binatang buas itu dilatih menurut kepandaian yang diperoleh daripada pengalaman; fikiran manusia dan ilham daripada Allah tentang melatih binatang buas dan cara berburu.

[2] Iaitu: buruan yang ditangkap binatang buas semata-mata untukmu dan tidak dimakan sedikitpun oleh binatang itu.

[3] Maksudnya: pada waktu melepaskan binatang buas itu disebut nama Allah sebagai ganti binatang buruan itu sendiri menyebutkan waktu menerkam buruan.

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Adapun pengharaman anjing dapat dilihat melalui hadis Rasulullah s.a.w. di atas. Walaupun pada asasnya hadis ini menyuruh kita membersihkan bekas yang dijilat anjing tetapi ia membawa maksud yang luas sehingga para ulama mengistinbatkan (mengeluarkan hukum) bahawa jika mulutnya dikira membawa najis apatah lagi tubuhnya, serta apa-apa sahaja yang keluar daripada anjing dihukum najis.

Mengikut pendapat al-Syafieyyah jika anjing itu kering ia boleh disentuh, jika basah tidak boleh. Ini kerana kemungkinan kuman menjadi aktif dan mudah berpindah ke tubuh badan manusia. Adapun mazhab al-Malikiyyah berpendapat yang haram pada anjing hanyalah apa-apa yang keluar dari mulutnya sahaja ini kerana hadis Nabi s.a.w. di atas menyuruh kita menyamak bekas yang terkena air liur anjing sahaja.

Suruhan Rasulullah supaya bekas yang terkena air liur anjing disamak kerana mulut adalah tempat anjing memakan pelbagai benda serta terdedah kepada kekotoran, maka dilihat bahawa yang membawa bahaya adalah apa-apa yang keluar dari mulut anjing dan bukannya badan anjing tersebut. Kedua-dua ayat di atas serta hadis Rasulullah s.a.w. jelas kepada kita bahawa kedua-dua binatang itu adalah haram dalam Islam.

Dari sudut bahayanya pula kita sedia maklum akan bahaya gigitan anjing. Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia.

Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam jurnal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan.

Baginda sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya.

Seperkara yang ingin ustaz kongsikan ialah, walaupun kita tidak menemui fakta sains dalam membuktikan kemudaratan khinzir dan anjing, kita wajib patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan perintah nabi-Nya yang menyuruh kita meninggalkan perkara yang tidak baik bagi manusia serta apa-apa yang boleh mengganggu sistem kesihatannya.

Islam itu indah dan cantik suka kepada kecantikan dan kebaikan kepada seluruh penganutnya.

Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke [email protected] atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin,55200 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-9222 4967.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.082017 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list