CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136632|Reply: 963

Apa yg anda pelajari hari ini?

[Copy link]
Post time 25-11-2006 09:13 PM | Show all posts |Read mode
belajar adalah suatu proses berterusan... sampai mati.

yg rajin membaca dan memerhati tentu senantiasa memperoleh pengetahun atau ilmu baru.

apa yg anda dapat tahu hari ini, yg rasa2 anda penting baik sebagai pengetahuan atau sebagai panduan dalam hidup anda?

simplest possible pls...

you may update yours here on daily, weekly, monthly or yearly basis...
up to you... :bgrin:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2006 09:32 PM | Show all posts
aku blajo arini bahwa semalam tu ulangan, besok tu ketakutan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2006 09:46 PM | Show all posts

open society...

ingat george soros siyahudi yg Dr. Mahathir kata menyebabkan krisis ekonomi Asia suatu masa dulu.

membaca rencananya di NST hari ini membuat saya teringat kembali pada konsep open society yg dianjurkan oleh Henri Bergson dan kemudian diperkembang oleh Karl Popper, yg kedua2nya disebut oleh soros.

bawah konsep ini sumber moraliti adalah universal... yg membawa kepada masyarakat terbuka, guided by universal human rights  that protects and promotes the freedom of the individual.

antara musuh open society kata Popper ialah ideologi seperti komunisme atau facisme yg pendekatan kekerasan dalam menjayakan ideologi mereka.

Dan sekarang nampaknya sudah termasuk Islam...  seperti yg jelas ditunjukkan melalui tindak tanduk US.

lalu soros menyatakan US seolah2 sudah melupakan konsep open society lalu mencadangkan agar eropah mengambil alih... melalui dasar2 luar yg seragam.

nota:
- soros adalah penggiat open society.
- karl popper lebih terkenal dengan teori falsifibilitynya dalam falsafah sains. Selain itu dia percaya yg social engineering dalam open society perlu dijalankan secara berdikit2.. step by step kerana baginya tidak ada satu ideologi pun yg boleh claim sebagai perfect dan benar. Dengan itu perbezaan pandangan akan sentisa diberi ruang dalam open society.
- open society adalah asas kepada konsep masyarakat sivil... yg juga dikenali dgn panggilan masyarakat madani, yg suatu masa dulu sering disebut2 oleh... you know who lah... heheh

this article by soros is what strikes me today.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 10:48 PM | Show all posts
pada saya open society ialah proses ulangan.

open society sudah wujud bahwakan bukan saja dalam dunia manusia but others living organism.

since human is part of nature so it is logical , manusia pun tidak terlepas dari 'natural' urge ni.

tak salah saya  pasca milinium ini timbul di belah barat ,maksud saya ada pihak sana anjurkan 'New World Order' atau sebenarnya macam di dakwa aktivis donia sekarang ini sebenarnya lebih bermaksud New Imperialism , di ketuai oleh Bush.

persoalan entropy, chaos order, the need of rules and regulation in order to govern subject as ppn. increased etc. pada saya segalanya ulangan

i am afraid to say, it is all being repeated over time, nothing yang baru ,merely recycled, re branding, re naming , replacing macam u said 'now it is islam, since kominis dan cold war dah takdak'

and to me kalau nak pinjam dari maksud kata tuhan, i conclude there is no baru kecuali what u term as discovery u then it will be repeated

we all belong to the same universe. we are many but we are one. baik atau buruk cuma penilaian budaya dan bukan asas , fundamental (the rights of MAN).

All MAN (MAN is to denote human being of which including woman) has the equal right to a clean air. Tapi kita tau dunia industry sebelah barat buat kilang di negara ke tiga tanpa mempedulikan kebersihan udara yang local ppl sedut. Mereka memainkan isu pelaburan, kemajuan , pembangunan negara itu dengan slogan ' there is nothing for something' , u nak maju dan udara bersih u buat sendiri laaaaa. Begitu juga dengan isu lain, tidak terkecuali Bung Soros tuh. Soros is a poison coated in sugar. Until the person is much like Gandhi or Mandela, i never trusted any kaum pemodal hihihihihi

westernisation (atau sebenarnya Romanisation) pada saya satu ideoloji jugak, tapi sebab ianya juga surrounding untuk Popper kaa Henrig kaa Sigmund kaa or even Einstein, the PREJUDICE automatically take effect. Same old story to me.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 11:00 AM | Show all posts
apa yg simpel tak semestinya mudah...


apa yg berat tak semestinya serius...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 01:20 PM | Show all posts
belajar untuk memahami ..

belajar untuk lebih hargai masa ..

<aku selalu je leka>
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2006 11:09 PM | Show all posts
apa aku belajar hari ini...
Aku makan...
dan aku teringat pd org-org yg tidak makan..
yg tidak makan semewah aku makan
dan aku insaf..

kemudian aku pergi ke pusat beli belah
aku tgk org mewah berbelanja
dan aku ingat.. pada
mereka-mereka yg merempat hidupnya

sumpah!.. aku insaf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2006 11:17 PM | Show all posts
membaca berita tentang serbuan JAIS terhadap satu majlis ceramah di shah alam yg saya pasti ada kaitan dengan rufaqa/al-arqam membuat saya teringat satu rencana oleh Prof. Martin van Bruinessen berkaitan gerakan sempalan di Indonesia...yg telah saya baca beberapa ketika dulu, ketika membaca dan ikut serta dalam forum berkaitan rufaqa.

rencana tersebut cuba menerangkan gerakan sempalan (pemisahan drp jemaah besar, ortodoksi atau aliran induk) serta ciri2 dan sebab2nya menurut pandangan sosiologis... di mana al-arqam telah menjadi salah satu contoh rujukan di dalamnya.

dalam rencana tersebut disebut bahawa al-arqam merupakan gerakan sekte (sect) berbentuk dan berciri utopian, menurut klasifikasi seorang ahli sosiologi Inggeris, Bryan Wilson. Sekte seumpama ini berusaha menciptakan suatu komuniti ideal dan sebagai teladan untuk masyarakat luas dan menolak tatanan masyarakat yang ada dan menawarkan suatu alternatif. Komuniti utopian mereka berusaha untuk menghidupkan kembali komuniti umat yang asli melalui dakwah aktif mereka.

kegiatan sosial sekte ini biasanya terbatas pada kalangan mereka sendiri...selain usaha konversi ie memasukkan penganut baru. Mereka tidak banyak berhubungan dengan masyarakat sekitar -- walaupun dalam praktek mereka masih bergantung pada masyarakat luar untuk pendapatan mereka. Hubungan di dalam kelompok, antara sesama anggota, hangat dan intensif... kontrol sosial di antara mereka juga tinggi.

Berkaitan dengan arqam, sikap utopian ini disejajarkan dengan gerakan berbentuk messianis; iaitu mereka meyakini kedatangan Mahdi dalam waktu sangat dekat, dan mempersiapkan diri untuk peranan di bawah kepemimpinan Mahdi nanti.

saya percaya kesemua yg di atas masih menjadi teras kepada rufaqa sekarang.

saya masih cuba memahami gerakan ini melalui aspek kepercayaan dan pegangan mereka, dan mengapa misticisme begitu tebal di kalangan mereka. Melihat semua itu dari kacamata kajian ontologi dan epistemologi memperlihatkan begitu banyak konflik dan paradox di dalamnya... maksud saya dengan tebalnya unsur misticisme tersebut.

Oh ya... jika anda berminat membaca tulisan Prof Bruinessen di atas, sila ke link di bawah bertajuk: Gerakan Sempalan di Kalangan Ummat Islam Indonesia: Latar Belakang Sosial-Budaya


http://www.let.uu.nl/~Martin.van ... erakan_sempalan.htm

[ Last edited by  petola at 26-11-2006 11:22 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2006 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by Cint@ at 26-11-2006 11:09 PM
apa aku belajar hari ini...
Aku makan...
dan aku teringat pd org-org yg tidak makan..
yg tidak makan semewah aku makan
dan aku insaf..

kemudian aku pergi ke pusat beli belah
aku tgk org me ...


lalu apakah natijah drp keinsafan tersebut?  :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 02:54 AM | Show all posts
saya cuba buat satu senario dari kisah sempalan oleh petola tu yer. kita boleh sama fikirkan, boleh jadi ada pengajaran untuk kes rufaqa jugak.

ada satu daerah di diami satu keluarga besar, ada ibu dan bapa seramai anak 20 orang. keluarga ini ialah ketua puak yang mendiami daerah itu, adalah beberapa rumah pengikut nya di situ.
satu hari salah soang anak dia tu tak sedap hati. ntah sakit perut makan sambal petai mak dia, ntah kene denggi tapi yang dia tahu dia tak seronok dah nak duduk bawah bumbung rumah pak dia.

so dia cakap pak dia, pak saya nak merantau nak tenguk tempat2 lain yang boleh di buat kampung or daerah baru. So bapak dia pun setuju ntah2 kawasan dibuka tu nantik ada minyak. kaya pak dia besok haaa. So anak tu pun pergi lah merantau jauhhh sikit dan sampai satu daerah dia kira bagus di bukakan untuk kampung so dia pun keje keras buat rumah tebas tebang pajak ladang tanam itu ini dan seme ilmu pak dia ajor dia praktis kan di situ akhirnya wujud satu kediaman baruuuu.

Dia pulang semula ke kampungnya dia bawak cerita kampung baru ada itu ini, loponglah yang mendengar dan kendian beberapa pemuda lain pun nak join dia ke kampung baru sambil dia tak lupa balik kampung lama duk usha awek tok imam kampung lama dia untuk di sunting nak buat biniiii. So depa pun kembali ke tempat baru dan diam disitu macam bapak dan ibu nya di kampung lama.

Tiba masa hari raya, meke pun pulang ke kampung lama, macam oang KL berderet macam itik serenti balik kampung masing2. Satu masa waktu makan, depa unjurkan lah kuih bahulu depa, maka di lihat oleh si ibu pemuda tadik, kuih apa tu mat? Kuih bahulu lah mak, kuih apa lagik? Ibunya tak setuju. Baulu apa nya? Bentuk lain, rasa lain, rupa lain berat lain, baulu mak ajor kamu tak macam ni lah, haaaaaa macam ni ha, macam mak masak nih haa?

Maka riuh rendah dibuat nya suasana di pagi raya tu semata kuih baulu pemuda itu tidak menyerupai baulu mak dia buat. Bapak nya masuk campur dan bersetuju dengan isteri nya. Isteri pemuda masuk campur dan bertegas bersetuju dengan suami nya. Pengikut pemuda yang ramai pun bersorak melaungkan itu baulu sebenarnya. Maka seluruh kampung lama tu pulak bersorak tidakkkkkkkkkkkk..itu baulu pelesu!!

tiba2 dengan kuasa tuhan, datang sekor kambing jantan dah monopos dan boleh bercakap bahasa manusia, ajaib sungguh. Maka di tanya orang kampung lama dan baru itu pada si kambing, tuan hamba yang bijaksana, mana satu kah baulu yang sebenarnya? yang ini kah atau yang ini? dengan selamba dan wajah cool ala George Clooney sang kambing berkata ' hang paaa ni btuii lah. Kedua itu bukan baulu, yang ini sebenarnya baulu. Seraya menunjukkan kedua telur tergantung2 lusuh di celah kangkangnya.

Maka terburai gelak lah semua penduduk disitu baik oang lama dan orang baru dengan hiburan sang kambing ajaib tersebut. Baru lah mereka sedar bahwa mereka keterlaluan pada pekara yang sangat mudah, IT IS JUST A BAULU.

(ps. baulu is sejenis kuih)
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 26-11-2006 11:18 PM


lalu apakah natijah drp keinsafan tersebut?  :bgrin:


Natijahnya...
takut nikmat yg ada ditarik
dan jika aku ditakdirkan org yg tidak terpilih merasai nikmat tersebut

Eiii entah la tak reti dan describe.. :geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by Cint@ at 27-11-2006 03:35 PM


Natijahnya...
takut nikmat yg ada ditarik
dan jika aku ditakdirkan org yg tidak terpilih merasai nikmat tersebut

Eiii entah la tak reti dan describe.. :geram:


jadi berikan yg lebih itu (jika ada) pada yg lain... hihihih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 27-11-2006 06:55 PM


jadi berikan yg lebih itu (jika ada) pada yg lain... hihihih


Yeap.. sentiasa dipanjang-panjangkan :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 10:59 PM | Show all posts
hari ni ina bljr...kesabaran memberi kemanisan hikmah .. yg tak ternilai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 05:55 AM | Show all posts
hari ni belajar bahawa setiap masa yang berlalu membawa bersamanya kenangan yg mana akan kekal sebagai sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 08:57 AM | Show all posts
apa yang aku belajar hari ni ialah

Masa itu sesungguhnya amat berharga. Berapa banyak masa yang telah aku sia-siakan dalam hidup aku ini.


Pembawaan diri di khalayak ramai memang penting kerana orang lebih senang percaya pada first impression walaupun selepas itu mereka tahu first impression tidak semestinya memberikan gambaran yangbetul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2006 10:24 PM | Show all posts
mungkin elok kalau sesiapa yg telah mempelajari sesuatu itu ceritakan sekali bagaimana mereka pelajari perkara itu...

bacaan ke... pengalaman ke... cerita orang lain ker...dll.

:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 12:24 PM | Show all posts
sara ada ikuti program ke perkampungan orang asli
apa yg sara pelajari
jgn malas,..... nanti org sebut OA :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2006 08:06 PM | Show all posts
apa aku belajar ari ni?
the only restriction u have is yourself.
maksudnye dlm mengejar cita2, there's always a way and kita lah yg menentukan hasilnya.
alhamdulillah, maybe aku tulis berdasarkan apa yg aku telah lalui selama nih.

dalam menghasilkan conclusion di atas, aku ada juga berpegang supaya dont ever blame others if u had failed.
ini utk mengenalpasti kesalahan diri sendiri dan memperbaiki kemampuan kita.

lastly utk melengkapkan phrase diatas tu, dalam usaha aku mencapai apa yg aku nak, aku kena gune resources yg betul, mengikut kehendak aku.
ini pulak sbb aku dah berniat menceburi dunia arsitektur, aku berusaha belajar lukisan kejuruteraan n sains supaya aku terus bleh masuk UTM/ UiTM tanpa ragu2 lagi.  ternyata aku berjaya. alhamdulillahh....aku dpt segala ape yg aku inginkan dlm kehidupan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 06:24 AM | Show all posts
hari ini aku belajo baulu ada di celah kangkang kambing muhehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.377108 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list