CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3159|Reply: 19

Teh Tarik di Angkasalepas

[Copy link]
kakaktua This user has been deleted
Post time 4-12-2006 02:32 AM | Show all posts |Read mode
If it takes 10 tarik to make a teh tarik in earth, how many tarik it requires in to make a similar quality teh tarik in gravity free space?
Malaysian 1st astronaut will be the 1st one to able to answer the question. The cost Government incur to get the answer is RM90 Million

I guess it require more tarik in outer space than the earth.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 11:50 AM | Show all posts

Reply #1 kakaktua's post

No extra cost incurred really, the space programme is part of the deal to buy jet fighters from Russia. Of course, in any case it's a waste just to go up there and make teh tariks. But bear in mind,  the papers only focused on the 'teh tarik test' and not the other scientific tests being considered. Which is more interesting to read (to the average joes out there), making teh tarik or 'protein crystallisation in space'?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 03:18 PM | Show all posts
y teh tarik in the first place?..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 04:28 PM | Show all posts
Takde menda lain ke nak buat? Bagilah satu sumbangan kepada malaysia dan seantero dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 04:54 PM | Show all posts
Ini extract dari Hansard (laporan) Parlimen pasal hal angkasawan..aku angkat dari bod MPSA. Take your time to read and understand

11. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan] minta Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi menyatakan:-



(a) berapakah jumlah wang yang dibelanjakan dalam Program AngkasawanNegara dan misi mereka ke MIR; dan

(b) apakah manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat dan negara Malaysiahasil daripada program ini.


Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Yang Berhormat Tuan Yangdi-Pertua, izinkan saya menjawab bagi pihak Kementerian Sains, Teknologidan Inovasi.


Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan kerana prihatin dengan perkembangan Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi dan saya yakin, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain turut berminat untuk mengetahui perkembangan terkini Program Angkasawan Negara, apatah lagi ini adalah projek Malaysia yang pertama, sudah pastilah kejayaan projek ini dinanti-nantikan. Program ini dilancarkan pada tahun 2003 di mana lebih kurang 10,000 orang telah menunjukkan minat dengan menghantar permohonan. Setelah melalui saringan yang ketat, empat orang telah disenaraipendekkan. Mereka ialah Kapten Mohd Faiz bin Kamaludin, Dr. Faiz Khalid, Dr. Sheikh Muzaffar
Shukor dan Cik Vanajah Subramaniam.

Daripada empat orang ini dua calon telah terpilih untuk menjalani latihan selama 12 bulan di Star City iaitu Dr. Sheikh Muzaffar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khalid. Nama mereka telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 September yang lalu. Mereka akan menjalani latihan sebagai calon angkasawan, seterusnya seorang akan dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa atau International Space Station iaitu ISS, dan bukan MIR seperti disebut Yang Berhormat dalam soalan.

Dan segala perbelanjaan sebenarnya tidak menggunakan duit dari Perbendaharaan kita. Ini penting, tidak menggunakan duit dari Perbendaharaan ini. Ini kerana program ini diperoleh hasil timbal balas atau offset pembelian pesawat Sukhoi oleh Kementerian Pertahanan. Untuk makluman Yang Berhormat, tujuan utama seseorang angkasawan dilancarkan adalah untuk menjalankan eksperimen sains dalam keadaan mikro graviti. Keadaan ini tidak terdapat di bumi. Oleh itu, melalui program angkasawan negara yang dijayakan oleh Agensi Angkasa Negara atau ANGKASA, peluang untuk saintis kita menunjukkan kebolehan dan kemampuan terbuka luas. Malahan sehingga hari ini.......


Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Ha dia sambung sekali Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan saya tidak mampu memotong. Ini bagi pihak orang. Ramai saintis telah mengemukakan cadangan penyelidikan masing-masing. Pelbagai institusi pengajian tinggi, institusi-institusi penyelidikan malahan saintis berbilang bangsa, sama-sama menjalankan eksperimen ini. Ini menyumbang ke arah perpaduan kaum.

Dari segi ekonomi pula setiap eksperimen ini bukan hanya terhenti setelah tamat program ini tetapi berterusan. Setiap keputusan eksperimen yang diperoleh setelah angkasawan mendarat di bumi, akan dikaji. Seterusnya akan menyelesaikan pelbagai tanda tanya mengenai dunia sains, perubatan, pendidikan dan sebagainya. Satu lagi contoh yang saya boleh berikan kepada Yang Berhormat adalah mengenai pendidikan. Satu siaran langsung akan diadakan di antara angkasawan kita dengan sekolah-sekolah yang terpilih. Angkasawan kita akan mendemonstrasikan eksperimen secara live dengan pelajar di bumi Malaysia. Mereka bukan sahaja dapat menonton eksperimen tersebut, malahan berkomunikasi secara langsung dengan angkasawan. Ini akan menimbulkan lagi minat pelajar kita di dalam bidang sains angkasa.


Kesimpulannya, Program Angkasawan Negara bukanlah setakat menghantar seorang angkasawan ke angkasa, tetapi implikasi dari program ini adalah berterusan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segenap peringkat umur dan latar belakang pendidikan. Terima kasih.


Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Tahniahlah kerana Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga menjawat...


Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Tapi soalan ini berasas daripada pengundi saya. Dia mahu tahu apa jawapannya soalan ini, soalan impak. Walaupun yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi bahawa ini adalah satu implikasi kepada generasi muda kita, kepada para saintis kita yang merangka satu program ilmu keangkasawanan. Jadi soalan tambahan, apakah program-program yang seterusnya yang tidak diterangkan oleh Yang Berhormat, soalan dengan program ketelusan. Apakah selepas ini? Ini kita sudah mengucapkan tahniah kepada usaha negara kita untuk meletakkan titik negara kita dalam peta dunia keangkasawanan. Jadi, program lain-lain negara yang bangga kepada negara kita yang ada buat usaha program seperti negara-negara yang maju. Jadi apakah program yang seterusnya yang boleh memberi impak kepada rakyat negara ini?

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, selain daripada apa yang saya bacakan tadi, impak memang besar dari segi kita sekarang ini berada di dalam satu situasi di mana Malaysia setaraf dengan angkasawan-angkasawan di antarabangsa. Dan untuk makluman Yang Berhormat, sebab saya pun dapat briefing.


Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Angkasawan kita ini berada di dalam space station di mana dia bersama dengan warga Amerika dan Rusia. Jadi impaknya, mereka sudah boleh bertukar macam-macam maklumatlah di situ. Jadi untuk makluman, ini adalah aktiviti-aktiviti angkasawan itu sebab itu adalah menjurus kepada jawapan itulah. Mereka mengadakan life sciences, kerana nak translate ia susah dengan izin. Iaitu mereka belajar cells in space, microbes in space, protein crystallization in space, seeds and germination in space. Lepas itu space medicine. Mereka belajar in-flight monitoring of kesihatan angkasawan. Selepas itu, mereka belajar pre-flight dan post-flight monitoring angkasawan punya health. Selepas itu, mereka belajar physic education. Physic education iaitu termasuk mereka main batu seremban itu. Main traditional game in space dan mereka main gasing in space. Selepas itu, di dalam food technology?



Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: ... there is Malaysian food in space.


Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: [Ketawa] Lepas itu art in space, art ini space Yang Berhormat. Mereka buat batik in space dan mereka buat space sketchers dan yang ini memang penting. Dinamakan space photography di mana images of Malaysia from space Yang Berhormat...

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Teh tarik tak ada?

Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Tak ada teh tarik in space?

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Ada, ada. Teh tarik in space pun ada Yang Berhormat. Sorry terlupa. Teh tarik in space. Jadi Yang
Berhormat, ini adalah sesuatu yang mereka membuat percubaan dalam space dan ini dikongsi. Jadi, dengan secara tidak langsung kebudayaan kita, I mean cara-cara kita...


Dari extract tu, bukan setakat teh tarik dan batu seremban malah eksperimen life sciences akan turut dijalankan. Of course media rasa majoriti rakyat malaysia takkan faham dengan 'cells in space', 'microbes in space', 'protein crystallization in space', 'seeds and germination in space', 'space medicine'. 'in-flight monitoring of astronauts' health dan 'pre-flight dan post-flight health monitoring'. Jadi untuk mudahkan kerja mereka plus mungkin nak mensensasikan cerita,,,maka diberi penekanan pada teh tarik, gasing, batu seremban dan batik.....

[ Last edited by  alphawolf at 4-12-2006 04:55 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 06:50 PM | Show all posts
Thanks Alphawolf.

It's a pity to know that few Malaysians are negative and closed-minded individuals.

Making teh tarik might have seen as a simple activity in space. However, I am sure it wont take our astronaut more than his napping time to do so. The educational impact on simple activities like this are huge if we are able to broaden our mind. Kids would have been thrilled with these kind of activities and hence, might instil new interests in science. And of course, I am sure that he would have devote much more time to perform scientific experiments that average Malaysians won't be able to appreciate. So don't worry abt this program. I am sure our government is not that stupid to send one man to space just to see how many tariks it takes to produce a decent teh tarik.

I wish we could see the bigger pictures and understand the educational impact on these so-called "unscientific Malaysian activities" especially in attracting the interests of our kids to science and space.
Reply

Use magic Report

Follow Us
kakaktua This user has been deleted
 Author| Post time 6-12-2006 11:06 PM | Show all posts
But doesnt it look stupid to do teh tarik in there????
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 09:28 AM | Show all posts

Reply #7 kakaktua's post

Tak..
Malah kat US n europe, kebanyakan experiment yg diawa ke ISS adalah idea pelajar2 sekolah mereka...

Teh tarik bukan aktiviti utama, ia hanya aktiviti sampingan. Angkasawan jepun pernah memasukkan bunga kedalam air yg terapung dan kemudiannya seorang angkasawan lain menyedut air dan bunga itu dengan mulut dan mengunyahnya... Ringkaskan? Tp ia sangat memberi kesan kpd minat kanak-kanak... Pelbagai persoalan timbul dari mereka...

Cuba lihat thread2 di forum CARI ni, semakin banyak org buka thread berkenaan space issues.. Kenapa?
Ia impak dari program angkasawan negara.. Minat rakyat dalam bidang ni mula bercambah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 11:29 AM | Show all posts

Reply #8 padlie's post

My point exactly.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 11:29 AM | Show all posts

Reply #6 MACD's post

Thanks MACD...i forgot that some of the astronauts' activities involve live screenings/broadcast. You are right, making teh tarik may seem ridiculous to us adults but it may thrill kids and also exposing them to the concept of zero gravity.
Reply

Use magic Report

kakaktua This user has been deleted
 Author| Post time 10-12-2006 12:35 AM | Show all posts
Isu ini akan menjadi lebih menarik bila Malaysia merekodkan kejaibain in dalam Malaysian Book of Records..."Teh Tarik Pertama di Angkasa Lepas"...dibuat dan diminum oleh Rakyat Malaysia! Ada peluang masuk Guiness Book sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 10:21 PM | Show all posts

Reply #11 kakaktua's post

Kalau dapat tarik teh tu, memang patut la dapat masuk guiness book of record... Tak sabar nak tengok apa jadi masa dia tarik tu... kakaktua tanak tengok ke?

Dua minggu lepas, Pad baru je tau yg kat ISS angkasawan boleh makan sup guna sudu dan mangkuk...
Reply

Use magic Report

diariz This user has been deleted
Post time 29-12-2006 12:00 PM | Show all posts
Menarik thread nie...tp alangkah bagusnya klu experimen2 yg dijlnkan kt angkasalepas nie bersifat teknikal dan saintifik. Sbb cost nk smpi ke sana bkn sikit...and  then peluang nk pegi pon bkn selalu. tambh2 ini kali pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 04:00 PM | Show all posts

hmmm.... kalau betul mereka nak buat teh tarik kat space tu nanti, macamana mereka nak realisasikan? in space tak de gravity. boleh ke tarik teh tu nanti? that's one thing. yang oobi nak tau sangat, macamana nak solat tu nanti? arah qiblat, ambil wuduk, etc.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 04:06 PM | Show all posts
setuju ngan oobi.. waktu solat ngan wuduk tu camner? kiblat mungkin ada keringanan kot, macam atas kenderaan (kiblat bertukar2 arah)... wuduk kena bawak pasir untuk tayammum kot, sebab air sangat terhad kat ISS...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 04:32 PM | Show all posts
Originally posted by padlie at 28-1-2007 04:06 PM
setuju ngan oobi.. waktu solat ngan wuduk tu camner? kiblatmungkinadakeringanan kot, macam atas kenderaan (kiblat bertukar2arah)...wudukkena bawak pasir untuk tayammum kot, sebab air sangat ...



betul pad. tapi, masa nak takbir tu, tak boleh goyang. kena yakin akan arah kiblat. lepas takbir, dimaafkan. mungkin just arahkan ke bumi aje kot. since kat space tak de gravity, macamana mereka nak sit/stand still? mungkin boleh paut kat something and dimaafkan because of the situation. as for tayammum, oobi tak sure boleh sebab space shuttle ni sensitive dengan pasir, kan? karang termasuk sikit dalam komputer, or mana-mana celah shuttle tu, susah pulak. kalau air tu, at least ia akan kering. mungkin boleh gunakan baby wipes? waktu solat... mungkin kena niat sebelum berlepas. say, kita berlepas dari ukraine, so waktu solat mungkin kena ikut waktu ukraine kot.




[ Last edited by  oobi at 28-1-2007 04:36 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2007 12:38 PM | Show all posts


Originally posted by padlie at 7-4-2007 12:07 PM
ok la soalan ditutup.

utk pengetahuan semua, teh tu tak akan ditarik. Teh tarik hanya sekadar nama sebab melambangkan malaysia. eksperimen tu nak tgk teh tu boleh dibancuh dan sebati dengan baik dan memberi rasa yg sama seperti dibumi.. lebih kurang la..

faktor perlu diambil kira antaranya:
keselamatan:
- bekas yg bawa teh, susu, air, hendaklah selamat dan tidak membahayakan angkasawan, peralatan ISS dll
- teh, susu dan air tak akan tumpah.

berat.
- angkasawan hanya boleh bawa 10kg sahaja termasuk pakaian dan

peralatan lain...


Link to original posting
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 01:45 PM | Show all posts

Reply #16 oobi's post

korang masuk yahoogroups sheikh muszaphar tu boleh tau hal2 yg sebenarnya...kat sini banyak menda tak betul aku baca ... better get the right info dari tuan punya badan...lagi tepat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 02:10 PM | Show all posts

Reply #18 kacang^soya's post

kita bukan nak bincangkan eksperimen apa yang akan dibawa ke ISS nanti.

Apa yang nak dibincangkan ialah jika kita nak adakan eksperimen teh tarik di angkasa, apa objektif, apa kekangan dan lain2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 02:57 PM | Show all posts
As for prayers , though the ISS complete an orbit every 90 minutes ( meaning the sun will rise for every 45 minutes and sets at every 45 minutes and the ISS orbits earth 16 times in a day ), we will still be praying 5 times a day according to the Greenwich time. As for Qiblat , we would just be facing earth .

Ni reply dari dr sheikh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.112447 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list