View: 12786|Reply: 4
|
Banjir risiko penyakit berjangkit
[Copy link]
|
|
Banjir risiko penyakit berjangkit
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
AIR banjir tercemar dengan pelbagai bakteria berbahaya dan menjadi punca penyakit-penyakit berjangkit. Awas! Antaranya boleh membawa maut jika tidak diberikan rawatan awal. ? Gambar Hiasan.
--------------------------------------------------------------------------------
KEMUSNAHAN fizikal yang biasanya mengiringi banjir besar sangat buruk. Apabila air bah surut, ia boleh memberikan ancaman yang lebih besar terhadap kesihatan dan keselamatan diri.
Tidak ketinggalan kesan tekanan mental di kalangan mangsa-mangsa yang mengalami kerosakan kediaman, harta benda, ternakan, tanaman mahupun kehilangan orang tersayang.
Rasa tidak bermaya, kurang tidur, resah gelisah, marah, hiperaktif dan sedikit murung adalah sesuatu yang normal dan akan berlalu pergi bersama masa.
Bagaimanapun, jika simptom-simptom berlarutan selepas beberapa minggu tragedi berlaku, perlulah mendapatkan pemeriksaan lanjut dan kaunseling.
Sehingga artikel ini ditulis pada Jumaat, lima orang telah terkorban, kesemuanya di Johor manakala lebih 60,000 mangsa telah dipindahkan di dua negeri yang tidak dijangkakan teruk dilanda bencana ini sejak Selasa lalu, iaitu Melaka dan Johor.
Negeri-negeri pantai timur Semenanjung yang lazimnya menjadi persinggahan awal, baru menerima tempiasnya di saat-saat air bah mulai surut di selatan tanah air.
Amaran ribut petir dan ombak tinggi dikeluarkan di seluruh negara.
Pada musim banjir ? baik semasa dan selepasnya, penyakit-penyakit berjangkit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, selalunya mudah merebak jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak diambil.
?ujan lebat yang turun akan menyebabkan limpahan air bah dan membawa bersamanya sampah sarap, air kumbahan dan bahan kimia daripada kilang dan industri.
?a menyebabkan pencemaran oleh pelbagai bakteria, virus dan organisma-organisma yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit berjangkit terutamanya Escherichia coli (E. coli) dan Salmonella,? kata Datuk Dr. Nor Izham Aziz, Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi di Hospital Pakar Putra, Melaka.
Gejala-gejala penyakit bawaan air selalunya hampir sama di antara satu sama lain seperti loya, muntah, cirit-birit, perut meragam, sakit otot-otot dan demam.
Sekiranya gejala-gejala berkenaan serius dan berlarutan, mangsa hendaklah segera dibawa berjumpa doktor.
Dr. Nor Izham turut memberikan amaran terhadap sisa-sisa toksin yang tercemar dari kilang-kilang, yang ditanam di dalam tanah dan dibuang ke dalam sungai.
Ini kerana, air bah akan menyebabkan bahan-bahan beracun ini naik ke permukaan dan memberikan kesan negatif kepada manusia.
?ir kotor yang mengandungi bakteria boleh memasuki tubuh manusia menerusi luka dan calar, menyebabkan keradangan kulit dan kudis.?
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa bersiap sedia dan mendengar hebahan perkembangan banjir menerusi media dari semasa ke semasa.
Bagi mereka yang diarahkan berpindah diminta mematuhinya dan tidak terlalu mengikutkan perasaan tetapi lebih mengutamakan keselamatan nyawa mereka.
Orang tua, kanak-kanak dan individu yang menghidap sakit kronik seperti bronkitis (radang pada bronkus). Suasana yang sejuk menyebabkan seseorang lebih mudah terkena jangkitan.
Berhati-hati apabila kembali semula ke kediaman selepas banjir kerana mungkin terdapat ancaman bahan kimia berbahaya, caj elektrik dan kebocoran gas.
Kesan tinggalan kulat selepas hujan juga boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit-penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan, dan boleh memburukkan lagi keadaan pesakit tersebut yang sedia ada.
Banjir merupakan keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
* Berlaku kecemasan seperti lemas atau hanyut
* Terpijak benda-benda tajam, dipatuk ular atau terjatuh ke dalam lubang, longkang dan parit yang dipenuhi air
* Terjadi kemalangan rencatan elektrik disebabkan memegang atau terpegang dawai yang terdedah
* Berlakunya penularan pelbagai penyakit berjangkit seperti cirit-birit, demam kepialu.
Langkah-langkah yang patut diambil semasa banjir
* Jangan biarkan kanak-kanak bermain air
* Berpindahlah dengan segera ke pusat-pusat pemindahan apabila diarah
* Padamkan semua pesawat elektrik apabila pindah
* Jangan sentuh dawai elektrik yang jatuh ke dalam air.
Bagaimana kita boleh menjaga kesihatan kita di pusat pemindahan?
* Sentiasa minum air yang sudah dimasak
* Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan makanan mentah seperti ulam-ulaman
* Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
* Patuhi nasihat yang diberikan oleh kakitangan kesihatan
* Dapatkan segala suntikan jika diberi
* Gunakan kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tong sampah dan sebagainya. (Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)
* Gastroenteritis akut
Menurutnya, ia merupakan inflamasi atau radang gaster dan usus yang lazimnya berpunca daripada jangkitan akut oleh virus atau bakteria atau toksin-toksin keracunan makanan yang menyebabkan muntah, sakit perut, cirit-birit dan demam.
?a berlaku dari beberapa jam dan boleh berlarutan sehingga beberapa hari lamanya. Biasanya doktor akan memberikan rawatan antibiotik.
?angsa terpaksa ditahan di hospital jika ia bertambah serius. Gastroenteritis akut boleh menyebabkan kematian,? ujar beliau.
Kadangkala, kehilangan cecair adalah teruk terutamanya kepada bayi-bayi dan penggantian cecair secara intravena mungkin diperlukan.
Dr. Nor Izham memberikan amaran kepada ibu bapa agar melarang anak-anak mereka daripada bermain banjir kerana bimbang tertelan air.
* Demam kepialu
Ia disebabkan oleh kuman Salmonella Typhi yang terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya yang akan mencemarkan bekalan air atau makanan.
Pembawa merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuman-kuman kepialu di dalam badannya tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda demam kepialu.
Pesakit akan mengalami sakit kepala yang amat sangat, perut meragam dan sakit, sembelit diikuti cirit-birit, demam tinggi dan berterusan tiga, empat minggu, badan ditumbuhi ruam, mengantuk, cakap merapu dan mungkin tidak sedarkan diri.
Mereka boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah.
Ia akan mengambil masa berminggu-minggu untuk sembuh dan biasanya tidak akan pulih seperti sedia kala. Jika tidak dirawat, jangkitan kepialu juga boleh merebak ke jantung dan membawa maut.
Dr. Nor Izham menasihatkan: ?alam keadaan seperti sekarang, adalah sangat penting bagi orang ramai membasuh tangan dengan bersih agar tidak mencemarkan makanan dan minuman yang disajikan.?
* Taun (kolera)
Suatu jangkitan akut pada usus kecil oleh bakteria Vibrio cholerae yang menyebabkan muntah dan diarea (cirit-birit) yang teruk (yang dikenali sebagai najis air beras) dan menimbulkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan).
?enyakit ini juga berpunca daripada makanan atau air minuman tercemar dan biasanya berlaku sebagai wabak.
?esakit dirawat melalui infusi larutan garam secara intravena manakala antibiotik hanya untuk mempercepatkan pemulihan,? jelas beliau sambil menambah, jika tidak dirawat, ia juga boleh menyebabkan kematian.
* Murine typhus
Disebarkan oleh kutu tikus, menyebabkan gejala-gejala seperti demam kuat dan kudis yang berkuping. Ia sukar didiagnosis dan memerlukan ujian darah.
* Leptrospirosis
Dr. Nor Izham berkata, ia merupakan sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira yang ditularkan daripada air kencing tikus.
?enyakit ini bermula dengan demam dan mungkin melibatkan hati yang menyebabkan jaundis (demam kuning) ataupun meninges (mengakibatkan meningitis atau radang selaput otak). Dalam beberapa kes, ia turut melibatkan buah pinggang,? katanya.
* Hepatitits, terutamanya A dan E
Inflamasi hati akibat jangkitan virus yang ditularkan oleh makanan ataupun minuman tercemar yang menimbulkan simptom-simptom lebih kurang sama seperti Leptrospirosis.
Selain penyakit kuning, pesakit tidak berselera makan dan mengalami penurunan berat badan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
hepatitis, typhus dan leptospirosis jarang terdapat akibat kesan banjir. Penyakit2 ni biasanya terdapat secara endemic atau isolated. |
|
|
|
|
|
|
|
Air banjir bawa penyakit
Oleh Johan Afandi
Dua meninggal kena jangkitan 'Leptospirosis'
JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini, kini menghadapi ancamanpenyakit dikenali sebagai Leptospirosis yang disebar melalui airkencing tikus, apabila dua kematian dilaporkan dipercayai akibatpenyakit itu.
Dua lelaki dewasa berusia lingkungan 40-an dan lewat 60-an itumeninggal dunia pada 6 dan 8 Januari lalu, di Kangkar Tebrau danKampung Seri Purnama, di sini.
Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mahu semuamangsa banjir serta petugas di pusat pemindahan sementaramenitikberatkan kebersihan dan mendapatkan suntikan pelalian dengansegera.
Beliau juga mengarahkan mereka yang menyediakan makanan di pusatpemindahan mendapatkan suntikan kepialu secara percuma yang disediakanJabatan Kesihatan negeri.
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor mulai kelmarin, bertambahburuk semalam apabila kira-kira 69,748 penduduk daripada 16,138keluarga dipindahkan ke 273 pusat penempatan di semua lapan daerahsehingga jam 8 malam.
Serentak itu, semua agensi kerajaan pusat dan negeri diletakkan dalamkeadaan berjaga-jaga selepas bandar Kota Tinggi ditenggelami air sekalilagi, dengan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir giatdijalankan.
Keadaan itu dijangka kekal sehingga akhir minggu depan berikutan hujanmonsun sederhana yang diramalkan turun berterusan mulai Isnin sehinggaRabu ini.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya berkata, keadaan banjir di utaraJohor, terutama di daerah Segamat dan Muar, dijangka bertambah burukberikutan keadaan hujan lebat tanpa henti di kawasan berkenaan sejakdua hari lalu.
Hujan monsun lebat dibawa Monsun Timur Laut yang masih aktif dijangka turut membabitkan seluruh Pahang dan Terengganu Selatan.
Ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut ke pusat pemindahansementara sekitar bandar raya ini, dengan diiringi Setiausaha KerajaanNegeri, Datuk Abdul Latiff Yusof, Abdul Ghani berkata, bakteria'Leptospirosis' yang disebarkan melalui air kencing tikus bercampurbanjir itu, mudah menjangkiti luka pada tubuh manusia.
"Dalam tempoh selepas banjir kali pertama pada 6 dan 8 Januari lalu,saya menerima laporan dua kes kematian akibat penyakit sama," katanya.
Beliau berkata, ada kemungkinan kedua-dua mangsa itu mempunyai luka dikaki atau badan mereka ketika pulang ke rumah masing-masing selepas airmulai surut dengan berjalan mengharung lopak air tanpa menyedari airkencing tikus bercampur dengannya.
"Mangsa yang terkena wabak ini, mengalami demam, cirit birit sertasesak nafas dan akan membawa kematian jika tidak mendapatkan rawatanperubatan dengan segera," katanya.
Sehubungan itu, Abdul Ghani mahu mangsa banjir yang mempunyai tandaawal wabak berkenaan supaya segera ke klinik atau hospital bagimengelakkan sebarang komplikasi lebih serius.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk DrRamlee Rahmat, berkata pihaknya akan lebih kerap melakukan lawatanberjadual di semua pusat pemindahan dan rumah mangsa banjir bagimengelakkan wabak penyakit berjangkit.
揇alam keadaan banjir seperti ini, bakteria Leptospirosis memang adaterutama dalam air yang tercemar. Selalunya, ia menjangkiti manusiajika luka dibasahi air tercemar itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Leptospirosis rosakkan organ
Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman
Utamakan kebersihan diri, makanan, minuman dan persekitaran.
BANJIR yang melanda Johor sejak Disember lalu walaupun sudah mulai reda namun Kementerian Kesihatan menyatakan kebimbangan mengenai beberapa penyakit yang mungkin timbul ketika dan selepas banjir.
Kebimbangan ini berikutan kesan banjir yang menyebabkan kekotoran alam sekitar, makanan tidak berkualiti, air minuman tercemar dan kesesakan pusat pemindahan.
Antara penyakit berkenaan ialah Leptospirosis, hepatitis A, demam kepialu, taun, kudis buta dan denggi. Penyakit Leptospirosis sudah meragut dua nyawa di Johor.
Leptospirosis
BANJIR yang melanda Johor sejak Disember lalu, meragut dua nyawa akibat penyakit Leptospirosis. Penyakit bawaan bakteria dipanggil Leptospira mampu memusnahkan organ dalaman sekali gus membunuh manusia.
Leptospira terdapat pada air kencing haiwan berdarah panas seperti tikus, anjing, kambing, babi, kuda dan bintang liar lain. Bakteria berkenaan mampu hidup bagi jangka masa lama di dalam air tawar, tanah lembap dan lumpur.
Manusia yang mendekati air atau kawasan lembap yang tercemar dengan air kencing bintang dijangkiti bakteria leptospera ini berisiko dijangkiti leptospirosis.
Leptospirosis boleh berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika seperti Malaysia.
Timbalan Pengarah Kesihatan, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata bakteria liptospira boleh memasuki badan manusia melalui luka pada anggota badan dan juga makanan dan minuman yang tercemar dengan bakteria ini.
揂pabila bakteria berkenaan memasuki badan manusia, gangguan pada fungsi anggota badan akan berlaku. Jangka masa seseorang itu dikesan dijangkiti bakteria ini ialah dua hingga empat minggu, |
|
|
|
|
|
|
|
Kesihatan Anak: Cara cegah penyakit ketika banjir
Bersama Dr Azam Mohd Noor
[email protected]
KETIKA banjir banyak perkara yang diceritakan mengenai mangsa banjirdan pekerja sukarela yang berada di kawasan terbabit. Sehubungan itu,mereka diingatkan supaya memberi perhatian kepada penjagaan kesihatandan keselamatan.
Oleh itu, saya harap maklumat yang diberikan di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang terbabit.
Apakah imunisasi yang perlu diberikan ketika banjir?
Tidak ada sebarang imunisasi khas yang diperlukan. Daripada pengalamanlalu, biasanya selepas banjir tidak berlaku peratus kenaikan penyakitseperti taun (thyphoid), kancing gigi (tetanus) dan hepatitis A. Olehitu, indikasi penggunaan vaksin berkenaan tidak berbeza dengan keadaansebelum banjir.
Tetanus (kancing gigi ) vaksin tambahan perlu diberikan kepadaseseorang yang mengalami kecederaan ketika banjir jika kali terakhirmendapat vaksin itu pada lima atau 10 tahun lalu, lebih-lebih lagikecederaan yang dialami membabitkan luka yang kotor.
Hepatitis A - jika terdapat 揷ontact |
|
|
|
|
|
|
| |
|