CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8305|Reply: 58

isteri durhaka!

[Copy link]
Post time 26-12-2006 02:52 AM | Show all posts |Read mode
petikan dari e-mel...


SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.



Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.

Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.



Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

-----------------------------------------------------------------
p/s : apa pandangan korang kalo dapat isteri s**l camni? ;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


emaray This user has been deleted
Post time 26-12-2006 03:54 AM | Show all posts
antara org yg akan dihumbankan ke dalam neraka adalah org yg tidak menjaga mulut dan kemaluannya.  antara org yg takkan masuk ke syurga adalah peminum arak dan lelaki yg dayus.  talak adalah hak suami, gunakanlah agar tidak menjadi dayus.  tak perlu diceritakan tentang keburukan pasangan kepada sesiapa jika mahu menjaga maruah keluarga.  lagi satu, keturunan boleh dibuktikan melalui DNA, bukan kumpulan darah.

iman tak dpt diwarisi walaupun ayahnya bergelar ulama tersohor.  anak Nabi Nuh juga ingkar pada perintah Allah.  hidayah adalah hak mutlak Allah, kita yg perlu menjaganya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 10:10 AM | Show all posts
hmmm... maafkan dia supaya dia tak masuk neraka .
tapi kahwin lain...takkan nak bawak isteri camtu masuk syurga.
harap dijauhi manusia camtu tak kira laki pompuan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 10:31 AM | Show all posts
Ya Allah..hmm..kasihan sungguh suami yg setia to di balas begini oleh isteri yg tak tahu menjaga maruah diri..

nauzubillahminzalik :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 26-12-2006 02:52 AM
petikan dari e-mel...


SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keb ...


well, memang biasa kes macam ni, muak gak .. tapi saya dah biasa. alaa.. masa ambil undang keluarga islam dulu pastu mase ambil pendidikkan keibubapaan. tak lah terlibat secara langsung dengan makhamah syariah tapi pensyarah saya galakkan pergi lihat sendiri sistem perundangan islam dan kepincangan keluarga zaman moden kini.

walaubagaimanapun.... Allah dan nabi Muhammad saw sendiri pernah beritahu kita, umat islam bahawa.. lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik dan perempuan tak baik untuk lelaki tak baik...adalah lebih kurang macam ni, agaknya. ada sesiapa boleh tolong berikan surah atau hadis berkaitan...sekarang ni saya sibuklah....melukis kartun(asyik tak jadik je).

beginilah, Allah dah tetapkan jodoh..cuma atas kita mahu bersyukur atau tidak. tapi kalau dah tahap ni..baik lepaskan je..dayus sebagai lelaki tak boleh mengambil tindakkan tegas.

dan berfikirlah....apahal kita mendapat jodoh sebegitu..apakah dosa yang kita kadang kala anggap kecil tapi besar pada Allah, sehingga Allah menghukum sebegitu sekali.... Ops.. mesti buat refleksi untuk diri sendiri juga..jangan marahkan orang lain saja. lagipun mungkin tak selidik dulu mase sebelum  kahwin.. hei kan rasulullah saw dah pesan! lagipun orang berakal mesti boleh berfikir...

bukan saya nak pertikaikan kesetiaan atau keimanan suami tersebut, tapi mungkin Allah sayangkan si suami tu dan mengujinya sebegitu sebab mana tahu jika dia pass ujian mungkin dia boleh mengjadi orang yang lebih baik lagi. dan ingatlah Allah bahawa Jika kita benar-benar baik dan penuh takwa mesti sudah Dia sediakan jodoh yang setimpal dengan keimanan kita itu......

sesuatu itu ada pro dan kon nya, kita cuma perlu melihatnya tanpa sebarang prajudis melalui akal kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 06:25 PM | Show all posts
setuju dengan gastrik.. kekadang kita kene tengok diri sendiri sebelum menilai orang lain.. kekadang kita rasa kita telah sempurna untuk mendapat pasangan yang sempurna.. kekadang kita tak sedar.. bahawa kemungkinan kita ada melakukan kesalahan yang kita tidak sedar... kaji dan selidik laa dulu...

tapi hati manusia tak sapa yang tahu.. berat mata membaca berat lagi bahu memikul.. mungkin encik ni dah betul tawar hati untuk memaafkan isterinya.. kerana banyak kali ditipu.. tapi jika tidak mahu menerimanya sekalipun.. cuba laa maafkannya.. siapa laa kita untuk meletakkan hukum kepada manusia...  cuba laa maafkannya supaya ada balasan baik kepada kita.. tidak rugi pun memaafkan orang.. hati kita pun tenang....

terpulanglaa....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2006 07:12 PM | Show all posts
kalau nak buat penilaian betul kena tengok semua aspek... termasuk apa kata sang iateri.

ini cerita sebelah pihak jer... maka dia pun beri gambaran yg dia amat bersih.

selalu dikata isteri adalah tjawab suami, baik buruk isteri gambaran bagaimana suami laksana tjawab dia.

kalau isteri dah jadi malaun besar, kemungkinannya suami terlepas pandang akan tjawab dia atau suami tak laksanakan sepertimana yg sepatutnya.

ada sesiapa boleh dapatkan cerita drp pihak isteri tak? hehehe
boleh minta wartawan MM tu dapatkan cerita bawak sini..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 12:04 PM | Show all posts
Cerita ni sebenarnnya cerita lama.  Pernah disiarkan dalam Mingguan Malaysia - DiCelah-celah Kehidupan.

"Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi."

Seorang suami yang baik ialah seorang suami yang sedaya upaya mengikut apa yang Rasulullah buat.  Memang kita tidak akan menjadi Allah dan Rasuil.  Kita cuma disuruh mencontohi perbuatan Rasulullah.  Dan takkan ada benda pun yang boleh dilakukan oleh Encik Zain untuk dia menyamai Allah. Memang betul dosa sesama manusia hanya manusia sahaja yang boleh memaafkan.  Tapi sanggupkah Encik Zain tu memikul dosa isterinya kesana kemari di padang mahsar besok menunggu isterinya memohon ampun di sana.  Tak adakah dosa lain yang perlu Encik Zain berkira ngan Allah besok  selain dosa isterinya.  Dosa dia sendiri tidak ada ker. Jadi buat aper nak pikul dosa banyak2 di akhirat kelak.  Mana yang boleh diselesaikan didunia ni selesaikan saja.  Berdendam tidak elok.  Lepaskanlah dia supaya En zain tenteram didunia ini tanpa menanggung dendam yang tak sudah2.

Jadi pada pendapat saya memanglah apa yang dibuat oleh isterinya tu salah.  Tapi sebagai suami dialah Ketua keluarga, sudahkan dia menjalani tugasnya sebagai ketua keluarga di dalam membimbing isteri dan rumahtangganya sehingga isterinya sanggup curang kepadanya.  Tidakkah dia juga menanggung sebahagian dari dosa yang dilakukan isterinya selagi dia menjadi suami hamizan..

[ Last edited by  haniman at 27-12-2006 12:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2006 01:18 PM | Show all posts
barat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.....amin.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 03:15 PM | Show all posts
setiap orang pernah melakukan kesilapan @ dosa cuma besar atau kecil dosa itu ...
lagi satu dosa yang dikira keterlaluan juga adalah tidak memberi maaf @ ampun kepada orang yang minta maaf kepada kita ...
juga kita disunatkan selalu memohon maaf selepas berjumpa orang dan sebelum tidorr ...
sesungguhnya setiap permasalahan itu ada jalan penyelesaian...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 05:22 PM | Show all posts
setiap manusia ada melakukan kesilapan @ kesalahan
adalah tidak memafkan orang juga adalah kesalahan yang berdosa ....
jadi sebaik mana pon orang itu jika tidak memaafkan sesama manusia tetap amalan nya tergantung ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 26-12-2006 10:10 AM
hmmm... maafkan dia supaya dia tak masuk neraka .
tapi kahwin lain...takkan nak bawak isteri camtu masuk syurga.
harap dijauhi manusia camtu tak kira laki pompuan.

:setuju: ...........
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 10:16 PM | Show all posts
Kasihan sungguh mendengar cerita macam ni...

Saya rasa bercerai dan kahwin lagi bukan sesuatu perkara yang senang dilakukan.  Kenalah mempertimbangkan perasaan anak-anak juga, sama ada mereka ingin melihat ayahnya bawa pulang seorang perempuan yang tidak dikenali.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 06:19 PM | Show all posts
Aku rasa die tak nak lukakan hati anak-anak dia...besar pengorbanan mamat nie...tabah lagi...kalau aku tak taulah ape jadi kat si Hamizan tuh.

Kadang-kadang walaupun anak-anak dia tak suka mak die, tapi efek bercerai nie besar impaknya. Bayangkan bila kawan-kawan anak-anak die tanya pasal parents diorang, nak meluahkan yang parents mereka dah bercerai tuh amat perit dan memilukan. Aku taulah sebab parents aku pun bercerai dan tiap kali ade org tanye pasal parents aku mesti agak susah aku nak jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 06:29 PM | Show all posts
Hamizan kini menanggung azab dunia. Inilah yg terjadi sekiranya suami tidak lagi redha, Hamizan di tika usia senja kehilangan kasih sayang suami, maka Allah tarik kasih sayang anak2nya kepada beliau.

Kepada suami Hamizan ... lepaskanlah Hamizan dgn halatujunya sendiri. Carilah pasangan yg solehah yg mampu memberi kebahagian di masa tua kini.

Samada mahu mengampunkan Hamizan atau tidak, terpulang kepada suaminya. Tetapi, setelah talak dijatuhkan, ampunilah beliau yg masih ibu kepada anak2 saudara kita itu.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

belatokrimba This user has been deleted
Post time 30-12-2006 04:23 PM | Show all posts

isteri derhaka

ASM,

belatok nie orang baru, tapi melawat 2 selalu.Tapi bila lalu tadi ternampak apa yang Jay-Z post berdegup jantung belatok ni sebab baru-baru nie kawan belatok baru cerita satu peristiwa dalam hidup dia.Benar ini belatok tidak berbohong.Dia kawan baik belatok, ssatu opis.Memang pompuan karang ni banyak tak boleh percaya. Yang seksi ke, tak seksi ke kena berhati-hati.Macam2 belatok dengar sebelum nie tapi belatok buat tak kisah tapi bila kawan baik belatok sendiri terkena panas juga telinga belatok.Yang tak sangka 2 pompuan 2 dah berlaki dan pakiaannya 2 memang oklah.Bila bercakap tak lekang dari hadis2 dan agama tapi ajak kawan belatok buat perkara terkutuk. Nanti belatok cerita macam mana, harap2 korang juga tolong fikir dalam2.Sebab ianya boleh berlaku di mana-mana walau dalam forum macam nie pun boleh berlaku.Bergurau punya bergurau lepas 2 tersangkut.Kawan belatok ni jenis mudah percaya cerita orang dan anggap semua orang baik.Dan pompuan 2 pandai guna tipu daya dan pandai cari kelemahan kawan belatok nie.Dia cerita segala keburukan suami dia dan masalah rumahtangga dia so kawan belatok nie pun percayalah.Berilah bermacam-macam nasihat untuk tolong dia.Sampai nasihat2 yang peribadi pun sanggup bagi sebab benar2 ikhlas nak tolong dia.Ini belum berjumpa baru dlm internet dan telefon kawan belatok nie dah benar2 percaya pompuan2.Sama-sama janji tak jumpa cuma nak selessaikan masalah dia dlm maya saja.Dia pun pegang janji ni iaitu tak akan jumpa.Soo kawan belatok nie pun teruslah nasihat dia, macam kaunselorlah gitu dan pompuan2 tu pun rasa selesa nak luahkan segalanya tentang apa ssaja.Dan macam2 juga kawan belatok lakukan untuk membuatkan dia rasa gembira dan ada kawan, sampai benda2 yang pelik pun....sampai satu masa kawan belatok nie sedar cara 2 tak berapa betul dia pun nak hentikan sesi kaunselingnya,tapi pompuan2 tak mahu.So mulalah masalah dalam hubungan maya mereka sehingga keluar ke alam realiti. Pompuan2 kejar dia dan keluarga dia.

nanti belatok sambung cerita nie.sebab panjang sangat cerita dia.tunggu yer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


belatokrimba This user has been deleted
Post time 4-1-2007 10:45 AM | Show all posts
belatok sambung yer cerita 2...

sebenarnya belatok kesian sangat kat kawan belatok 2.Belatok amat kenal dengannya, kerana kes yang tidak disangka 2 dia sanggup berkumpul ngan keluarga dia menjelaskan perkara sebenarnya sebab dia tak mahu menipu mereka walaupun bukan dia yang bersalah.Pompuan yang tak sedar diri 2 memang tak reti bahasa langsung, tak tahu malu dan segan, buat kawan belatok nie macam laki dia.Keluar masuk opis kawan belatok nie ikut suka hati dia aje.Tapi yang paling sian, isteri kawan belatok dia pun kena tipu hidup-hidup ngan pompuan nie....kau orang semua kena hati-hati dengan pompuan macam nie.seram bulu roma belatok bila ingat balik apa yang kawan belatok citer.Bila dia tak boleh guna kawan belatok nie dia guna isteri dia pulak...pelik kan pompuan cam nie?Tak sedar diri dan lupa anak laki di rumah.Anak dah lima dah tapi dok kejar laki orang lagi sebab terlalu dahagakan kasih sayang dan (apa lagi itulah....sebab suami dia dah tak bolehhhhh...).Belatok yang selalu pindah randah nie pun tak pernah jumpa lagi pompuan cam tu.Dalam perjalanan 2 kadang-kadang bertembung juga dengan pungguk,merbah jambul,tukang,kelicap,murai tapi mreka semua taklah buat benda tak senonoh.Abih sangat pungguk 2 dok merenung bulan sambil air mata bergenang,dan yang lain buat hal sendiri aje.Tapi kes kawan belatok nie memang pelik dari kes-kes yang lain.Kalu kau oarang nak tahu kawan belatok nie sampai nak ambil keputusan berhijrah ngan keluarga dia.Kerana terlalu kecewa atas apa yang berlaku dan sayang dan cintakan isteri dia.Dahlah isteri dia anak pak imam lak 2.


apa pun pertimbanglah segala keputusan yang hendak kita ambil.jangan rosakkan kehidupan dan kebahagiaan orang lain.:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 05:37 PM | Show all posts
Seorang isteri yang derhaka as if semua wanita bergelar isteri harus dipersalahkan. Kenapa ramai lelaki dan suami yang curang dipandang sebelah mata saja!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 06:10 PM | Show all posts
Seorang isteri yang derhaka as if semua wanita bergelar isteri harus dipersalahkan. Kenapa ramai lelaki dan suami yang curang dipandang sebelah mata saja!


Siapa kata yg suami curang dipandang sebelah mata shj.

Kejahilan yg melanda kpd kaum Muslimah yg malang adalah krn kurangnya informasi mengenai hak mrk dlm menamatkan sesuatu perkahwinan yg merugikan mrk yg mana suami bukanlah seorg yg dpt diharapkan.

Menerusi fasakh, cerai taklik atau khuluq, wanita boleh membebaskan diri dari ketidakadilan atau kecurangan pasangannya.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 11:11 PM | Show all posts
sememangnya isteri saudara ni perdehaka..dan tak layak dipanggil isteri yang solehah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.747405 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list