CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16500|Reply: 16

doa untuk yg gugup

[Copy link]
Post time 4-1-2007 09:45 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum..
apakah doa yang boleh di amalkan
untuk menghilangkan rasa gugup
atau nervous?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 4-1-2007 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by awoks at 4-1-2007 09:45 AM
assalamualaikum..
apakah doa yang boleh di amalkan
untuk menghilangkan rasa gugup
atau nervous?


Tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Allah.

-----------------------------------------------------------

ringkas tetapi berkesan apabila dihayati dan diamalkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by awoks at 4-1-2007 09:45 AM
assalamualaikum..
apakah doa yang boleh di amalkan
untuk menghilangkan rasa gugup
atau nervous?


Senang jer. Anggaplah insan yang berada dihadapan anda tiada apa yang istemewa. Atau yang lebih tepat seperti golongan istimewa.:

Andalah sebagi gurunya, sifunya atau pengajarnya. Anggaplah mereka yang dihadapan anda sebagi insan insan yang ingin belajar dari anda dan bukannya untuk anda yang menunjukkan kelemahan dihadapan mereka.

Come on. Steady. Tiada apa kelebihannya. kecuali insan yang bertaqwa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by hafizi at 4-1-2007 10:31 AM


Tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Allah.

-----------------------------------------------------------

ringkas tetapi berkesan apabila dihayati dan diamalkan.


in arabic ader tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by ikutsukerjerk at 4-1-2007 01:21 PM


in arabic ader tak?


Arab yang mahir berbahasa Arab pun ramai yang gugup. Rami yang lebih mengeletar bila tentera Amerika datang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by awoks at 4-1-2007 09:45 AM
assalamualaikum..
apakah doa yang boleh di amalkan
untuk menghilangkan rasa gugup
atau nervous?


Assalamualaikum saudara,

Zikirkan lah salah satu nama Allah s.w.t dari 99 ini,

'"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2007 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by Ayun_Maiden at 4-1-2007 01:34 PM


Arab yang mahir berbahasa Arab pun ramai yang gugup. Rami yang lebih mengeletar bila tentera Amerika datang.


whatever......

ni yg kadang2 aku malas nak posting kat sinie....kadang pertanyaan
and persoalan dibalas dgn cara yg aku tak gemar.....aku nyer
soalan simple jerk....nak doa in arab...kalu ader paste jer la...
aper masalah negara nyer....?!
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 5-1-2007 11:45 AM | Show all posts
Originally posted by Tok_imam at 4-1-2007 10:49 AM


Senang jer. Anggaplah insan yang berada dihadapan anda tiada apa yang istemewa. Atau yang lebih tepat seperti golongan istimewa.:

Andalah sebagi gurunya, sifunya atau pengajarnya. Anggapla ...


Sewaktu saya belajar ilmu mengenai public speaking di zaman persekolahan dulu, inilah bentuk ajaran popular, apabila berhadapan dengan audiens, anggap sahaja audiens itu sebagai tidak ada apa-apa istimewa, dan kitalah yang istimewa itu dan tahu segala-galanya.

Itu adalah satu kesilapan kerana menyuburkan rasa sombong di hati dan merasa diri lebih tinggi daripada orang lain.

Lakukan segala-gala tindakan dengan niat dan rasa-rasa kehambaan tetap subur di jiwa, anggplah kita ini sebagai hamba yang cuba berbakti kepada Tuhannya dengan berkongsi ilmu Tuhan dengan sesama insan. Tidak ada yg lebih berilmu dan tidak ada yg lebih mulia di antara kita kerana ketaqwaan itu hanya Allah SWT yg dapat menilai dengan seadil-adilnya.

la haula wala quwata illa billahil aliyil azim....
tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Tuhan ...

sekadar berkongsi ilmu..ampun maaf jika ada yg terasa....

[ Last edited by  hafizi at 5-1-2007 11:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2007 06:51 AM | Show all posts
ASM.
Gugup ni setau aku lah, satu penyakit. Kena ubat dan ubatnya ada, insyaAllah.
Kaedah 1.
Ayat yang perlu dibaca: Fatihah, Ayatulkursi, "Alamnashroh...", Doa nabi Musa masa kena challenge dengan Firaun yang kita selalu baca masa nak mengaji Quran kalau aku tak silap,  "Robbisrohli sodri...." sampai abis, selawat syifa'
Apa yang perlu dibuat?
1.Cari air sejuk satu mangkuk, bubuh dalam mangkuk putih bersih (kalau ada sikit tulisan / gambar pun tak boleh)
2. Sapa yang gugup tu kalau boleh buat sendiri, bacakan semua yang aku tulih kat atas tu satu round pada air tawar tu dan minum bagi abis. Kalau dapat, "robbisrohli..." tu ulang kurang kurang 3 kali dan selawat syifa' tu baca dalam 11 kali.

Kaedah 2.
Ayat yang perlu dibaca: AlFatihah, Ayatulkursi, "Robbisrohli....", selawat syifa'
Apa perlu dibuat?
Bacakan semua bacaan tu pada air sebaldi dan jadikan air tu bilasan terakhir mandi selama 3 petang berturut-turut.

Lepas buat tu semua, lazimkan baca surah Al-Rahman dan 6 ayat pertama surah Al-Hadiid.

InsyaAllah pulih. Kalau tak jugak, kita masuk "gear 2" pulak...

selamar berikhtiar!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 07:18 PM | Show all posts
selawat syifa' yang mana? :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 08:12 AM | Show all posts

Reply #9 sikomeng's post

:setuju: :setuju: :setuju: .....yg ni aku pernah dengar dari tok guru aku. Baca ''Robbisrohli sodri......" tiga kali bila nak berucap atau berhadapan orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 06:14 PM | Show all posts

Reply #8 hafizi's post

tima kasih...
kebetulan ada presentation lg 2 minggu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 03:03 AM | Show all posts
ASM.
Selawat syifa ni ramai orang tau dan kalau a.ceCCo nak rujuk, boleh rujuk misalnya kat website darul syifa www.darussyifa.org atau tempat lain pun ada juga.
aku tak pandai tulih kat sini,lagi pun aku sapalah nak tulih...
selain gugup, banyak penyakit yang boleh kita guna untuk pulihkan kalau guna selawat nih. Cuma harus "formula"nya beza-bezalah, ikut kadar dan jenis sakit tu...
Memang betul seperti sdr. kita kata,  baca "lahaula walaquwata Illabillah..." pun boleh sebagai ubat penyakit hati dan jiwa ni cuma elok jugak kalau kita ikhtiar serba sikit, maklumlah usaha nak sihat apa salahnya betol dak

WaAllahua'lam...aku cuma hamba yang tak ada apa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2007 10:44 AM | Show all posts
terima kasih ye semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 02:54 PM | Show all posts
well, besides doa, jangan lupa, you must work hard on overcoming nervousness. if it's related to public speaking for example, you must practice hard enough.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 07:24 PM | Show all posts
aku pun gugup
gabra selalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2007 12:58 PM | Show all posts
aku bila nervous atau berdebar debar
aku baca al fatihah sekali
lepas itu selawat ke atas nabi sambil mintak dan berdoa agar jika musibah yang bakal tiba ditukar jadi rahmatNya
dan aku selalu jugak amalkan doa tawaqal serta ayatul kursi

...selama ini itu yang aku amalkan insyallah akan tenang hati ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 1.084537 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list