View: 2538|Reply: 3
|
LUNAR ECLIPSE THIS SUNDAY ---
[Copy link]
|
|
Gerhana bulan Ahad
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada Ahad ini bermula jam 4.16 pagi dengan fasa penumbra (zon yang mana bumi melindungi sebahagian cahaya dari sampai ke bulan) sehingga jam 7.23 pagi, selepas kali terakhir dilihat pada 5 Mei 2004.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), semalam, berkata kesan gerhana bulan itu akan kelihatan bermula jam 5.30 pagi ketika bulan memasuki bayang umbra (zon bumi melindungi sepenuhnya cahaya dari sampai ke bulan).
Fenomena berkenaan akan jelas kelihatan pada jam 7.20 pagi dan bulan mula keluar dari bayang umbra bumi pada jam 9.11 pagi.
Bagaimanapun, gerhana bulan penuh hanya dapat disaksikan sehingga jam 7.23 pagi selepas matahari terbit sementara bulan terbenam pada jam 7.27 pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
best ni.....dah lama tak tengok gerhana bulan |
|
|
|
|
|
|
|
kena berjaga malam la nak tgk nie.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|