|
seorang lelaki sedang mengunting rambut kat kedai gunting rambut... pengunting itu pun berceritalah tentang pelbagai isu semasa, sehingga lah sampai kat isu tuhan.. Pengunting rambut itu pun berkata, "TUHAN TIDAK WUJUD..."
Tercenggang lelaki itu pun bertanya pengunting rambut itu kenapa dia berkata sebegitu..
Kata pengunting rambut itu, kalau lah tuhan memang wujud, kenapakah masih ramai yang mati kebuluran, ramai yang masih tidak ada tempat utk tinggal, yg hidup merana dan kanak kanak tidak berdosa yg miskin. Kalau Tuhan ada, sudah semestinya tuhan tidak akan membiarkan ini berlaku...
maknanya, sudah semestinya tuhan tidak wujud.....
Lelaki itu merenung sekejap tidak mahulah dia bergaduh mencari pasal dgn tukang gunting rambut itu..
apabila siap digunting, lelaki itu membayar dan berjalan keluar..
Diluar kedai itu, lelaki itu terserempak dgn seorang lelaki berambut panjang berkumis tebal dan berjanggut serapah...
Lelaki itu pun masuk kembali ke kedai gunting rambut itu dan berkata, "TUKANG GUNTING RAMBUT TIDAK WUJUD"
Terkejut, tukang gunting itu pun marahkan lelaki itu... "Kan aku baru saja memotong rambut engkau, mencukur jambang engkau dan menipiskan kumis mu? Mestilah aku wujud.... "
Lelaki itu pun menarik tangan tukang gunting itu dan menunjuk pada lelaki dijalan itu, sambil berkata, " Kalau tukang gunting wujud, takkan pula masih ramai lagi orang yang rambutnya tidak bergunting, misainya terbiar dan janggutnya tidak tercukur? Mesti tukang gunting tidak wujud!
Sebenarnya Tukang gunting itu wujud, macam tuhan juga wujud... tetapi ramai yang tidak tahu untuk berjumpa dgn tukang gunting maupun tuhan.. mereka lupa bahwa tuhan sentiasa ada, tetapi mereka tidak mencari Tuhan... mereka lupa utk berdoa dgn tuhan...mereka yg melupakan tuhan... itu saja... jadi ingatlah tuhan sentiasa ada dan sentiasa menanti doa doa kita.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terkena si tukang gunting.... |
|
|
|
|
|
|
|
tu lar...jangan menidakkan perkara/sesuatu yang memang ujud/ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 halimijuliana's post
bagi la kredit lebih moderator.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamuslim at 4-3-2007 03:15 PM
seorang lelaki sedang mengunting rambut kat kedai gunting rambut... pengunting itu pun berceritalah tentang pelbagai isu semasa, sehingga lah sampai kat isu tuhan.. Pengunting rambut itu pun berk ... Ini citer2 pemikiran aje .. mengapa Tuhan itu wujud...
dalil pemikiran Muktazilah .... ni |
|
|
|
|
|
|
|
dari pemikiran lah nak didik hati kita yg keras cam batu nih. sekurang kurang nya timbul juga rasa ingat pada Pencipta walau hanya sekali sekala membaca. daripada terus hanyaut dan leka ngan dunia yg sebelah sayap nyamuk pun xder harga.
p/s : akal adalah sebaik baik kejadian, sebab tu ulama membuat akal sebagai rujukan dalil akli untuk mengistinbatkan hukum.
[ Last edited by winamp05 at 5-3-2007 02:12 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
peh tajuk
buat dadaku tersentak jer
pe pun bgs la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 mamuslim's post
Maaf saya bukan MOD di BOD nie jadi saya tak boleh bagi kredit di sini ...
Kena mintak izin dgn penghulu di sini baru boleh bagi ... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat betul lelaki yang bergunting tu...rasanya bukan calang-calang orang tu...
penceritanya mamuslim pun hebat sebab bawak cerita ni....
aku pun sentap gak bila baca tajuk nya...
dah sedia nak bekhen je...dah baca baru paham...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
saya byk ada cerita2 begini.. tapi mod kedekut credit... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 mamuslim's post
hehe, kalau ikhlas lagi baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 munkyG's post
OK insyaAllah satu cerita sehari... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 munkyG's post
munky tolong peringatkan kat mamuslim utk ceritakan ini...
tuhan sentiasa bersama kita
dan tuhan akan tolong kita....
kot2 lupa |
|
|
|
|
|
|
This user has been deleted
|
Terapkan sistem ekonomi kufur, dah nampak cacat celanya, buat kesimpulan tuhan tak wujud pulak.:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18
saya tak faham..... maksud awak??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamuslim at 6-3-2007 10:01 AM
maksudnya,
Pada suatu malam
ada seorang telah bermimpi
yg dia sedang berjalan
dipersisiran pantai,
dipertemankan Allah swt
...
Harap mamuslim tak bawa cerita-cerita begini, apatah lagi menterjemahkan ia ke bahasa melayu dengan menggunakan nama Allah s.w.t.
Allah tidak berjalan dipersisiran pantai atau mendukung manusia. Ini sesuatu yang menyerupakan Allah s.w.t. dengan makhluknya. Dan ia adalah sangat menyalahi dalam Islam (atau dengan bahasa kasar SESAT).
Saya faham bahawa ia datang daripada orang kufar dan tak sepatutnya sesuatu dari kufar yang bertentangan dengan Islam itu dibuat sebagai contoh bagi Islam.
Saya bagi peluang mamuslim delete balik posting berkenaan atau kalau tidak saya sendiri akan delete. |
|
|
|
|
|
|
| |
|