View: 10176|Reply: 17
|
Beware sesiapa yg mengandung...
[Copy link]
|
|
Tumpah darah
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Pengambilan pil tidak diluluskan hampir meragut nyawa Syazlina
sehingga rahimnya kena buang MENYESAL tidak sudah. Akibat terpengaruh
dengan
kata-kata kawan , saya hampir hilang nyawa. Gara-gara mahu mudah
bersalin dengan hanya mengambil ubat , saya mengalami tumpah darah yang
teruk
sehingga rahim terpaksa dibuang. Syukur Tuhan masih beri saya
peluang untuk meneruskan hidup.
Saya tidak tahu ubat yang disyorkan kawan itu sebenarnya tidak
mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Awalnya saya ragu-ragu ketika
ditunjukkan ubat itu , tetapi apabila ada kawan menceritakan
pengalamannya , saya mula terpengaruh , kata Syazlina Anuar , 36 , dari
Shah Alam , Selangor.
Pil itu yang hanya boleh dibeli melalui ejen jualan langsung bukan
saja didakwa boleh memudahkan proses bersalin , tetapi mampu
mempercepatkan pengecutan rahim , merawat gejala keputihan , senggugut
,
melancarkan aliran haid dan nifas serta pelbagai lagi masalah berkaitan
wanita. Selain pengalaman kawan , lebih meyakinkan Syazlina ialah ubat
itu dikeluarkan seorang yang bergelar doktor , malah namanya tercatat
di
atas bungkusan produk keluarannya.
Pil itu perlu diambil sepanjang kehamilan. Saya mula mengambilnya
ketika kandungan pertama masuk empat bulan hinggalah selepas bersalin.
Makin dekat waktu bersalin , pil itu perlu dimakan lebih banyak.
Sebagaimana didakwa kawan , saya mengakui proses melahirkan anak
pertama
memang mudah berbanding kawan lain yang tidak mengambil produk itu.
Walaupun anak pertama besar iaitu 3.9 kilogram , proses bersalin mudah.
Jadi keyakinan saya terhadap ubat itu bertambah. Malah , saya juga
mengesyorkannya kepada kawan. Selepas mengetahui 'khasiat' ubat
itu , apabila mengandung anak kedua saya mengambilnya dari awal
kehamilan dan
sekali lagi ia 'membuktikan' keberkesanannya. Saya melahirkan anak
kedua tanpa masalah. Ia membuatkan saya benar-benar percaya ubat itu
memang baik. Sebaik mengetahui saya mengandung lagi (anak ketiga) ,
saya
terus beli dan makan ubat itu setiap hari. Namun kali ini ada masalah.
Dari awal kandungan lagi saya alami
pendarahan , iaitu tanda bersalin awal. Apabila diperiksa , doktor
mendapati rahim saya terbuka dua sentimeter dan mula menunjukkan tanda
bersalin awal.
Kecut hati saya mendengarnya. Sejak kandungan pertama saya tidak
pernah beritahu doktor saya makan ubat untuk mudah melahirkan anak ,
tetapi
apabila disoal berkali-kali akhirnya saya mengaku. Ketika itu baru
saya tahu ubat berkenaan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan
,"
katanya. Sebaik kandungannya masuk minggu ke-37 , suaminya
menghantar Syazlina ke hospital untuk bersalin. Namun , kelahiran kali
ini jauh berbeza
dengan kelahiran anak pertama dan kedua. Selepas anak ketiganya
dilahirkan , Syazlina tumpah darah.
Secara semula jadinya , rahim wanita akan kecut perlahan-lahan
selepas melahirkan anak. Bagaimanapun , keadaan ini tidak berlaku pada
Syazlina.
Rahimnya kekaldalam keadaan kembang dan ini menyebabkan pendarahan
terus berlaku. Pakar sakit puan yang merawatnya menyuntik ubat untuk
mengecutkan
rahim dan menghentikan pendarahan. Namun , pengecutan rahimnya
hanya bertahan sejam , kemudian ia mengembang semula dan menyebabkan
pendarahan.
Doktor memberitahu Syazlina , otot rahimnya tidak boleh berfungsi.
Itu menyebabkan ia tidak mampu mengecut semula , walaupun bayi
dikeluarkan.
Sekali lagi ubat disuntik. Ubat itu hanya tahan sejam dan perkara
sama berulang. Pada masa sama , dia diberikan 10 pek darah dan menurut
pakar
sakit puan yang merawatnya , hanya ada satu cara untuk
menyelamatkan Syazlina iaitu pembedahan pembuangan rahim. Jika rahim
yang kembang
itu dibiarkan , ia akan menyebabkan pendarahan berterusan dan
boleh membawa maut.
Mahu tidak mahu , dia terpaksa akur dan pembedahan pembuangan
rahim dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Namun ,
apabila pendarahan tetap tidak berhenti selepas rahim dikeluarkan
, dia diberikan ubat untuk memekatkan darah kerana secara semula
jadinya
, darah
wanita yang mengandung lebih 'cair' daripada biasa.
Namun pendarahan tetap tidak berhenti. Sepanjang tempoh empat jam
itu, saya kehilangan banyak darah. Di PPUM saya diberi 10 pek darah
untuk
menggantikan darah yang hilang. Oleh kerana pendarahan tidak
berhenti, doktor membuka balik jahitan di perut. Mereka ikat semua
salur
darah
yang menyebabkan pendarahan , tetapi masih tidak berjaya.
Apabila usaha ini juga gagal , akhirnya mereka mengambil keputusan
memasukkan kain dalam perut saya. Kata doktor , kehadiran benda asing
(gause) akan menyebabkan darah membeku. Selepas dua hari , gause itu
dikeluarkan. Masing-masing menarik nafas lega apabila usaha ini berjaya
dan
pendarahan berhenti. Mengingat kembali apa yang berlaku , saya
benar-benar insaf. Tidak sangka begini jadinya. Saya tidak sangka Allah
masih memberi peluang untuk saya terus hidup. Ketika dalam perjalanan
ke
PPUM , saya rasakan ajal sangat dekat.
Ngeri mengenangkan pengalaman yang saya lalui. Mujur juga ubat itu
tidak memberi kesan pada bayi. Jika tidak , sepanjang hayat saya akan
dihantui
kekesalan , " katanya.
Syazlina berkata , pengalaman itu adalah pengajaran pahit dan
mahal.
Hanya selepas kehilangan rahim dan hampir menemui maut , dia tahu
betapa
bahayanya mengambil ubat yang tidak mendapat kelulusan Kementerian
Kesihatan.
Kini setiap kali ada yang memperkenalkan produk penjagaan
kesihatan kepadanya , dia akan memastikan produk itu ada nombor siri
kelulusan
Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL diikuti dengan
nombor.
Malah , dia juga akan memastikan nama , alamat dan nombor telefon
pengeluar produk tercatat pada label untuk dihubungi bagi mendapatkan
pengesahan
Let things go naturally..tak yah makan ubat utk senang bersalin....doa je banyak2...
[ Last edited by semerbak at 29-3-2007 07:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
produk apakah itu???klu mengandung ni mmg kena jaga ubat2 yg diambil pun mestila dibawah nasihat doktor...setakat ni produk salindah jer yg aku tau ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dah ader baca pasal ni...pasal produk salindah kan...tp co tu dah jawab pasal propaganda ni....kat page belakang kot |
|
|
|
|
|
|
|
PENERANGAN SALINDAH
March, 2007
Saya telah difahamkan bahawa beberapa ketika yang lepas terbit isu mengenai SALINDAH. Kononnya akibat SALINDAH ada ibu yang dibedah dan tumpah darah.
Saya sebenarnya tak mahu terbabit dalam kerja yang saya anggap buang masa ini. Tetapi banyak orang meminta saya berikan pandangan. Maka bersetujulah saya akhirnya.
Seperti biasa saya ingin menyatakan bahawa saya tak upaya memaksa orang yang tak berilmu supaya berilmu atau si-bodoh menjadi cerdik. Yang membangkitkan hal ini pun sebenarnya manusia yang terhad ilmunya. Biarpun dia mengaku cerdik, dia kena mengaku bahawa tidak semestinya dia cerdik. Soal ramai pengikut, bukanlah tanda bahawa dia benar dan cerdik. Ahmad Qadiani dari India yang memajukan agama Qadiani pun ramai pengikut. Tak semestinya dia benar.
Bab ilmu, kita kena terus belajar. Itu sebab Islam mengajar, 揟untutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi salindah ade kelulusan kementerian kesihatan.. ye ke salindah.. mgkn ubat lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye ker salindah?? cam x caya jer.. sy igt baru nk amik salindah if mengandung... tp, jadi camni plak.. ngeri erk... |
|
|
|
|
|
|
|
yer ker salindah?
kakak ipar aku makan salindah gak..s
senang jer bersalin..pas tu anak dia ada bijak skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan saya, sorang doktor, penah bagitau, dulu masa dia kerja kat Hosp ipoh, dia came across dua atau tiga kes ibu yang tumpah darah...dia kata ibu2 ni mengamalkan salindah ni. dia kata kesan salindah utk pengecutan rahim tu kuat sgt sampai rahim rupture (pecah). Nak kata sbb salindah pun mungkin ramai yg argue, ramai ibu2 yg amik tapi tiada kesan buruk pun. Penjelasan yg mungkin dapat dibberikan ialah ubat2 ni kadang2 kesan nya tak sama antara sorang individu dengan sorang individu yg lain... dalam 1000 org, ada satu/dua yg mengalami kesan buruk.Mungkin itu yg berlaku di sini.
apapun, kalau time mengandung, kalau takde apa2 masalah kesihatan yg serius, elakkanlah makan ubat yang tak berkenaan. moden ke , tradisional ke. amalkan pemakanan yg seimbang..bykkan minum susu, buahan, sayuran, karbohidtar ,protein dsb. InsyaAllah..kalau badan sihat, bersalin pun senang. Semuanya di bawah qada' dan qadar Tuhan. Ada kawan saya ..dah 3 kali mengandung...3 kali ceaser...dia sihat walafiat..tetapi mmg ditakdirkan tak boleh bersalin normal. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tambah skit...ubat moden ni...WAJIB mempunyai precaution utk kanak-kanak, ibu mengandung dan ibu menyusu. Biasanya kajian clinikal trial ke atas tiga kumpulan ni diorg tak buat..atas isu etika..unless ubat tu khusus utk kumpulan tersebut. Sbb tu kalau kita baca insert dalam kotak ubat2 moden ni atau formulari2 ubat, mesti ada dinyatakan precaution utk kumpulan2 ini. To be safe diorg akan sebut yg ubat sekian2 tidak diketahui keselamatannya utk pregnant/b'feeding mothers..so mesti dapatkan nasihat doktor blablabla... ini adalah salah satu kesan dari tragedi thalidomide...kawalan ketat ke atas peghasilan ubat2 moden.
Kalau timbul masalah kesihatan semasa mengandung/menyusu, ubat2 yg doktor pakai biasanya yg memang terbukti tidak memberi kesan buruk..iaitu melalui kajian post-marketing surveilans..biasanya ubat yg mempunyai safety history (ubat lama-lama) - seantero dunia pakai , tiada kesan buruk dilaporkan...contonyalah.
Data2 safety spt ini is lacking in tradisional produk/supplement kesihatan. Ppl in their right mind should be sceptical when given info that a certain product can cure 1001 ailments..but offer none when it comes to adverse reaction, toxicity etc...nobody's perfect -we always quote. It's time we say 'no product is perfect'...
Back to salindah...it'll be good kalau ada data2 yg menyokong keberkesanannya..kajian klinikal yg detail dan accurate...the manufacturer also mesti telus dan jujur dalam memperkatakan side effect/advers effect/toxicity produk tersebut. If the efficacy, safety and quality are proven, and also known side effect that the user might/might not get..then ppl won't be hesitate to use it with confidence and tryst..not only due to 'cakap2 kakak tu, kawan ni'
WaAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu..kena amalkan pemakanan seimbang..
org dulu2 xyah mkn benda2 mcm ni pun...
alhamdulillah..bersalin senang gak..
yg penting byk doa pada Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 shibii's post
pengalaman saya sendiri makan salindah
alhamdulilah...mmg cepat baby nak keluar...sakit nak bersalin pon tak lah lama
masalah dulu masa ngandung selalu kurang darah tp mkn salindah tak pulak terjadi kurang darah |
|
|
|
|
|
|
|
apapun saya tak berapa minat mengambil ubat2an sprt ini. pelbagai nama jenama di pasaran. i think all almost the same
Masa bersalin liz cuma makan MUSTIKA RATU, RM50 jer. and yet its really works for me. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 mix_chinese's post
sama la... say kurang mempercayai apa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 shikiko's post
saya setuju dan sokong pendapat shikiko...jgn terpengaruh sgt...lagipun tahap metabolisma kita bukan semuanya sama...beringat sebelum terjadi...masa lepas bersalin last yr nurse kat private hosp tu remind jgn amik produk yg dok kecoh kat atas ni la...sbb byk kes tumpah darah yg refer balik kt hosp tu....saya hanya skdr mendegar aje laaa |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalo dah terdengar or terbaca tu.... x sanggup le plak nak amik risiko.......
nak rase gak sakit bersalin tu camne...... |
|
|
|
|
|
|
|
Apouy jgn salah faham..produk tu claim boleh mudahkan bersalin..bukan menyebabkan bersalin 'tak sakit'. Kalau you mengandung, sampai term, tapi tak sakit utk bersalin...konfirm baby takkan kuar. Kalau ibu mengandung yg dah sampai due tapi takder tanda 2 bersalin..salah satunya sakit..doktor will be on alert..sbb it means problem..biasa dia bagi seminggu lagi tempoh...dgn siap bagi tarikh appointment utk you admit ke wad untuk induce labor (paksa beranak)...sbb kalau overdue baby boleh lemas kerana rahim kita dah diprogram sejak azali utk maintain baby setakat tempoh tu je..lepas tempoh tu, rahim kita akan hilang keupayaannya utk maintain the pregnancy dan chain of events can happen in the body that'll endanger both mother and baby.c
Sakit bersalin adalah manifestasi tindakbalas rahim kita yg mengecut untuk keluarkan baby..it's something natural and important...to avoid pain during normal labor, i think is totally impossible..unless u opt for ceaserian.
....rasanya tak perlu amik produk2 macam tu...pemakanan dan emosi yg seimbang tu yg paling crucial..di samping doa dan tawakkal pada Allah....cc
Kalau amik produk macam tu, dan tiada apa2 berlaku alhamdulillah...
tapi kalau sesuatu yg buruk berlaku....mcmn? Takut menyesal tak sudah...so beringat sebelum kena
Alhamdulillah..saya 2x mengandung tak amik apa2 pun..cuma vitamin je..tu pun sebotol x habis pun...just makan apa yg biasa makan, tenangkan hati dan tidak fikir yg bukan2...alhamdulillah, bersalin senang dan kedua2 anak saya sihat..yg 2nd siap bersalin masa bulan puasa lagi...boleh puasa macam org lain jugak sblm bersalin tu...
Senang atau susah bersalin tu..semuanya di bawah kuasa Allah...kalau tak nak sakit bersalin, jgn mengandung lah in the first place..sbb mmg akan sakitnya..even yg ceaserean pun..x sakit masa baby kuar....tapi sakit juga tempat belah tu bila ubat bius dah abis, orang cakap lagi susah nk jaga berbanding bersalin normal...
Wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|