CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11845|Reply: 72

JANGAN TIDUR LAGI [SETIAP RABU, 11 MLM, TV3]

[Copy link]
Post time 1-6-2007 12:45 PM | Show all posts |Read mode
PROGRAM TERBARU TV3

DI HOS KAN OLEH AZWAN ALI & ADLIN AMAN RAMLEE..


......6 JUNE NI 11;00 PM..JGN LUPAAA..

Kononnye ada gosip2, borak2 dan macam...

rasanya tentu pedas & sensasi kalau Azwan & Adlin yang hoskan.....

kita tengok ler nanti...

Datuk F kata tadi the most best program di Tv3 tahun ni....

[ Last edited by  jac_diehard_fan at 27-7-2007 12:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2007 01:56 PM | Show all posts
isy... mcm menarik nih... mesti lg PANASSS
Reply

Use magic Report

starlette This user has been deleted
Post time 1-6-2007 02:02 PM | Show all posts
jgn jd mcm sensasi dah lew
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 03:42 PM | Show all posts
haha.haram satu keluar satu lagi.salin kulit je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 03:44 PM | Show all posts
harap mmg best lah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 03:46 PM | Show all posts
apa tajuk nye...
2,2 blh tahan mulutnye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2007 04:06 PM | Show all posts
Ye ker?? most best program? nk tgk jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 04:28 PM | Show all posts
azwan ali???
kalo la dia jd his buat stail2 gampang mcm chitchat tu, sori la aku nk nengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2007 05:37 PM | Show all posts
mamat kertu tuh??ishh..loya tekak aku dgr...kementerian kalu dgr nih..tak sabau2 dia nak haramkan nih...ntah hapa2 la tibi tiga nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 03:03 AM | Show all posts

Jangan Tidur Lagi bawa kelainan

Jangan Tidur Lagi bawa kelainan
31-05-2007 06:17:42 PM  
Stesen televisyen TV3 memperkenalkan satu lagi program bual bicara tentang isu-isu menarik dengan gaya santai dan menghiburkan, Jangan Tidur Lagi. Program selama sejam itu menyaksikan gandingan pengacara sensasi Azwan Ali dan pelakon terkenal Adlin Aman Ramli sebagai hos.

Menurut Pengurus Besar Hiburan TV3, Azhar Borhan, idea untuk menghasilkan program ini tercetus selepas kajian stesen swasta itu mendapati slot pada jam 11 malam sering mendapat perhatian penonton.

Selain ditayangkan pada lewat malam, beliau yakin dengan kombinasi dua pengacara, Jangan Tidur Lagi mampu membawa suatu kelainan berbanding program bual bicara yang sedia ada.


Adlin pertama kali bergandingan bersama Azwan kendalikan program Jangan Tidur Lagi

"Kami percaya Azwan dan Adlin mampu memberi impak yang baik kepada penonton. Selain mempunyai gaya dan identiti tersendiri, mereka juga mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia hiburan tanah air.

"Bersesuaian dengan tajuk program ini dan waktu tayangannya pada lewat malam, jadi amat penting untuk kami memilih pengacara yang mampu mengajak penonton untuk bersantai di depan televisyen," kata Azhar.

"Apapun, kita bukan buat program ini untuk atasi rating program bual bicara yang lain. Tapi, saya pasti Azwan dan Adlin mampu menjadikan program Jangan Tidur Lagi ini lain dari yang lain."

Program rakaman 13 episod ini akan membincangkan pelbagai topik dalam suasana santai namun tetap menghiburkan. Setakat ini, dua episod yang membincangkan isu Mat Rempit dan Mak Nyah sudah dirakamkan.

Selain berkonsepkan hiburan ringan, Jangan Tidur Lagi menyelitkan unsur-unsur lucu di antara pengacara, tetamu dan juga penonton di studio.

Setiap minggu, program ini akan menjemput beberapa selebriti meluahkan pandangan mengenai topik dan isu yang diutarakan, selain memperkatakan tentang perkembangan terkini mengenai kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Turut diselitkan dalam program bual bicara ini, fokus atau pemerhatian pengacara sendiri mengenai isu-isu semasa.

Antara topik-topik yang bakal dibincangkan dalam program ini termasuklah perkembangan filem, di sebalik tabir, muzik, sukan, fesyen dan gaya hidup manakala antara segmen yang terdapat dalam program ini termasuklah segmen "Apa Yang  
Karektor Azwan dalam Jangan Tidur Lagi berbeza dengan penampilannya di dalam Cit-Cat

Dibaca", "Jom Tonton" dan "Jalan-Jalan".

Bercerita lanjut tentang pemilihan dua pengacara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 Datuk Farid Ridzuan berkata, pada mulanya stesen itu bercadang mengambil seorang saja pengacara secara bergilir-gilir tetapi selepas melihat wujud keserasian dua pengacara itu, mereka akhirnya memutuskan untuk mengambil kedua-duanya.

"Memang pada mulanya kita bercadang untuk alternate saja giliran mereka mengacara. Tapi, bila menyaksikan rakaman episod pertama yang sengaja menggandingkan mereka berdua, kami dapat lihat ada chemistry yang bagus antara kedua-duanya," kata Farid.

Setakat ini, dua episod yang membincangkan isu Mat Rempit dan Mak Nyah sudah pun dirakamkan.


Azwan yang ditemui pada majlis tersebut berkata, pengacaraannya dalam program ini akan berbeza dengan stailnya ketika mengendalikan program popular, Cit-Cat.

"Karektor saya memang berlainan daripada apa yang dilihat dalam Cit-Cat. Program ini memerlukan saya dalam cara tersendiri. Berpasangan buat pertama kali pula dengan Adlin, memang pada mulanya agak risau.

"Tapi, saya rasa gandingan kami tiada masalah sebab masing-masing bebas meluahkan idea dari segi konsep mahupun kandungannya," kata Azwan.

Perkara tersebut turut diakui oleh Adlin yang merasakan keseluruhan konsep yang diperkenalkan dalam program ini sememangnya berlainan dan lebih santai.

"Saya memang jarang buat program televisyen seperti ini. Tapi saya memang seronok buat show ini, lebih-lebih lagi dengan penerbit yang memberi kebebasan kepada kami untuk tentukan content dan sebagainya.

"Sepanjang rakaman juga memang tiada masalah sebab kita banyak lakukan spontan juga," ujar Adlin.

Jangan Tidur Lagi akan disiarkan di TV3 pada setiap Rabu, jam 11 malam, bermula 6 Jun.

[ Last edited by  mzr at 2-6-2007 03:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 04:22 PM | Show all posts


Aku tak sanggup tengok Azwana terliuk-liuk di malam hari...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by mrsjacksparrow at 1-6-2007 05:37 PM
mamat kertu tuh??ishh..loya tekak aku dgr...kementerian kalu dgrnih..tak sabau2 dia nak haramkan nih...ntah hapa2 la tibi tiga nih...


kita tegok mcm mane nanti...

aku rasa ini mcm kesinabungan program sensasi tapi diaorang tambah2 kit, kurang2 kit, potong kit...
hope they learn from mistake....


tak sabar tengok 1st epsot....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 07:07 PM | Show all posts
confirm cite ni start kat tv,tutup terus TV tanpa sebarang kompromi...:jeling::gantuk:
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by mrsjacksparrow at 1-6-2007 05:37 PM
mamat kertu tuh??ishh..loya tekak aku dgr...kementerian kalu dgr nih..tak sabau2 dia nak haramkan nih...ntah hapa2 la tibi tiga nih...


ntah2 lebih kuarng mcm SENSASI yg diharam tu gak....nak pulak kalau azwan ali yg mengacara silap2 lagi kontroversi dari SENSASI dgn kes ROSNAH MAT ARIS....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2007 03:38 PM | Show all posts

Tadi ada masuk MELODI (3/6/07)

.... amacam??...nampak mcm PANAS je....


KITA TUNGGU & LIHAT 6 JUN 11 MLM di TV 3


[ Last edited by  nanamiri at 3-6-2007 03:39 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2007 04:28 PM | Show all posts
tak sabar tegok  Azian Irdawati dalam temu ramah tu....
panas je nampak topic tu kelak....

[ Last edited by  nanamiri at 3-6-2007 04:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2007 06:53 PM | Show all posts
harap x kene ban lagi ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 01:34 AM | Show all posts
aku baca dlm paper azwana kena jd jantan...

heheh

yucksss.....




Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 07:09 AM | Show all posts
Muehehe... Laser melaser akan berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:52 AM | Show all posts

harap tak terover....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.059723 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list