CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6897|Reply: 25

Anak2 pemalu

[Copy link]
Post time 31-7-2007 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Salam

tak tahu lagi cemana nak hadapi kerenah anak pemalu nie .....

adakala cam rasa nak "cekik" dia depan org, bila dia boleh buat dunno cam tak dengar...esp when people talk to him...

pagi tadi jumpa mak yg hadapi masalah yg sama...kami sesama melepaskan rasa geram kat anak sendiri....gerammmmnyaaaaa dgn kerenah dia..

sesapa nak kongsi rasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 11:45 AM | Show all posts

Reply #1 my-alja's post

agaknyer psl manja kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2007 01:04 PM | Show all posts

Reply #2 midori88's post

naturally...he is timid, clingy type...tapi dapat mak garang camni, me tak pernah biar dia leka dgn sifat semulajadi tu ...

dia masuk p/group dr umur dia 2 thn setengah, me usung dia jumpa org plg tidak 2 kali seminggu...belajar teknik2 berhadapan dgn anak2 pemalu nie tapi kekadang perangai dia memang boleh test kita punya limit...

lagi sakit hati bila dia mula cakap "baby talk" bila balik kpg bebaru nie..bayangkan anak umur 6 thn cakap "baby talk"
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 01:07 PM | Show all posts

Reply #3 my-alja's post

aku rasa dia kecik lagi tu psl camtu..dah besar nanti sure ok punya lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2007 01:33 PM | Show all posts
Originally posted by midori88 at 31-7-2007 01:07 PM
aku rasa dia kecik lagi tu psl camtu..dah besar nanti sure ok punya lah..


ramai bagi komen camni.....tapi kalo tak dibentuk dr kecik, me takut nanti bila besar nanti dah terlalu lambat...dah keras

agaknya sebab 2 insiden bebaru nie, btol2 buat me panas hati dgn dia...bukannya pergi tempat asing kat planet lain, cuma pegi party kawan dia...dan ada org lain kat situ, dia terus withdraw ...balik rumah nenek, terus tak bercakap sampai sehari semalam...nenek dia cam terkebil-kebil bercakap dgn cucu...

balik dr kpg pandai plak tanya...semua org suka dgn adik, org tak suka dia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 03:14 PM | Show all posts
kalau my dughter dulu suke baby talk bile dah 6 yrs old, i buat2 tak phm ape dia ckp... suruh dia ckp betul2...

kekadng tu mmg ade rase nak penampo je... tapi takde leee buat...

takpe leee nanti dah join kengkawan skolah tu ok leee... budk pun ade egonye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2007 03:33 PM | Show all posts

Reply #6 sari_apot's post

haaaa..haaa....anak u pun sama ke?...kalo u perasan, keadaan yg bagaimana dia akan pakai baby talk tu...

kalo my son, bila dia jumpa org baru....atau org lama yg baru dia jumpa...

p/s...memang ada rasa nak penampar bila dia buat camtu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 05:37 PM | Show all posts
tak kisah anak pemalu.....memang ada yg semulajadi pemalu dan pendiam......jgn lembap sudah.....kita boleh expose dia utk bergaul tapi jgn paksa.

Anak sulung mama pendiam dan pemalu , tapi cikgu suka fasal tak banyak buat hal dlm class.....ada yg mulut bising mcm murai tapi homework tak siap...mengacau org lain pun iya jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2007 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by mamasporting at 2-8-2007 05:37 PM
tak kisah anak pemalu.....memang ada yg semulajadi pemalu dan pendiam......jgn lembap sudah.....kita boleh expose dia utk bergaul tapi jgn paksa.

Anak sulung mama pendiam dan pemalu , tapi cik ...


heheheh...mama, komen mama sebijik cam cikgu dia...

like father, like son kot.... me cuma nak suruh dia tgk mata org bila bercakap, dan jawab bila ditanya...itu saja

bukan suruh menari inang cam adik dia, depan org
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:46 PM | Show all posts
alja..boy eh anak u?my son also shy2 cat laaaa...mine is 3++....adeh kalo ada org yg tegur dia siap ler tersipu2 mcm anak dara nak kene pinang...even sometimes kitaorg tertegur dia nyanyi ker menari ke dia malu gaks..so kalo dia buat apa2 tuh we all senyap2 jek...bior dia enjoy lama skit...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:20 AM | Show all posts
ari nih antar dia gi nursery...bebdk dok main kat luar.so cikgu dia ajak main kat luar..dia tercegat jek kat situ..mmg lambat warming up skit...dlm dia terpinga2 tuh ngk kwn dia girl 2 org dok approach dia..i ckp kat hasben, dia nih besor2 kang agaknyer girl yg ngorat dia...bukan dia yg start langkah dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2007 12:33 PM | Show all posts

Reply #10 honeybee1802's post

a'ah honey...yg boy nie yg pemalu sgt!!..yg adik nie plak cam tak malu...huhuhu

me tak rasa pemalu cam "penyakit"...tapi kekadang menyakitkan hati aje bila dah terOVER....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 02:08 PM | Show all posts
anak saya dah 8 thn dah..perempuan....mmg le amat pemalu sejak kecik lagi sampai le skg...dia kiranya dlm kelas boleh le belajar..tiap kali exam dia score gak le....penah dpt no 1 dlm kelas jugak...dan kira markah dia semuanya ok......masa amik report card....cikgu cuma ckp dia ni takde masalah tapi amat le pasifnya dlm kelas....klu cikgu tanya...pelajar lain semua kecoh nak jawap walaupun jwpn salah..tapi dia la satu satu nye budak yg tak pernah angkat tangan nak jwp.....dia akan jwp klu cikgu da pin point dia....baru le dia jwp....sampai cikgu dia tanya saya anak saya ni pemalu sgt ke......
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 02:15 PM | Show all posts
my kids mmg jenis pemalu, kecuali no 2.

Tapi bila masuk sekolah, lama2 pandaila mereka interact with other kids. And kita as parents pun kena beri semangat sikit kat dia.

Just talked to my son's (std 1)  teacher last week. She said, "My aim is to make your son speak up and be active in class"

Tapi mac tak heran anak2 mac pemalu, sebab mac dulu-dulu pun pemalu orangnya.... ahaks....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #13 saleharr's post

"pelajar lain semua kecoh nak jawap walaupun jwpn salah.." <-- aku imagine anak jantan aku macam ni lah...


anak2 pemalu? rase nye utk mak2 yg kat dlm parenting ni bukan masalah yg besar kot.... mcm anak alja, anak mac... exposure yg dorang dapat tentu bagus2... parents pulak sume berpelajaran and sentiasa ade cara nak cari ilmu parenting itu ini.. so insyaAllah tu takde mende2..cume mak la geram sikit kottt..

yg risau nye budak2 pemalu yg dok di kampung sana, anak2 org susah dan mak pula tak berpelajaran.. ade neighbour my nenek kat kampong..pandai gila... grad utm robotic engineering ke apa engineering tah..dpt almost 4 flat.. tp sampai sudah tak dpt keje..cemana nak interview..terlalu malu dgn manusia cemana communication skill nak baguss.. sian ayah dah ninggal (nelayan) mak tak keje...dpt anak bijak bistari tak keje2 pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 03:52 PM | Show all posts

Reply #14 macademia's post

Me pun sama. Ingat lg masa darjah 1, baca punyalah pelan sampai cikgu suruh berdiri atas kerusi. Hampeh tul cikgu. Wa bukan x tau baca, cuma suara wa x berape nak kuar jek!
Alhamdulillah anak2 x ikut kecuali girl yg sorang ni. Kalau org sapa, jeling2 ngan ekor mata jek.

grad utm robotic engineering ke apa engineering tah..dpt almost 4 flat.. tp sampai sudah tak dpt keje..cemana nak interview..terlalu malu dgn manusia cemana communication skill nak baguss.. sian ayah dah ninggal (nelayan) mak tak keje...dpt anak bijak bistari tak keje2 pulak.....

Tak kan kat u x de public speaking? Kesian kan? Mak mesti mengharap.
Lg satu yg me perasan, budak2 local u ni kemahiran bahasa Inggeris ni lemah skit. Dah la tu, takut nak bercakap.
Teringat kat sorg my stud. Suruh bercakap kat depan, punyala malu. Puas pujuk. sampai sudah sepatah haram x cakap. Yg geramnye time luar kelas boleh lak dia menyembang, gelak2 sakan. Ngan jantan pun x nampak gaya dia malu bergurau-senda.
Tp at the end, dia x tamat belajar pun. Dia quit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2007 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 7-8-2007 03:52 PM
Me pun sama. Ingat lg masa darjah 1, baca punyalah pelan sampai cikgu suruh berdiri atas kerusi. Hampeh tul cikgu. Wa bukan x tau baca, cuma suara wa x berape nak kuar jek!
Alhamdulillah ana ...



hahahah...can't help myself ....u bleh kawan dgn my son lah

cakap pasal angkat tgn, jawab salah nie.....memang masalah berat masa me aja2 anak pre-school nie ...me cakap sapa bleh baca, angkat tgn..nanti bleh balik awal

berduyun angkat tangan, angkat tangan ajelah...me kena ajar dia baca gak...hampehhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 04:12 PM | Show all posts

Reply #14 macademia's post

mac..me selalu refer pd hubby ..dia memang tak suka diberi perhatian, sebab malu

tapi dlm malu2 anak nie, dia dok tanya..cemana nak masuk dlm TV, dia nak perform sumthing ..nak suruh me tgk dlm tv, nanti nak me cakap.."wow pandinya anak ummi buat tu, ni"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2007 04:14 PM | Show all posts

Reply #15 Delifrance's post

a'ah lah deli....plg tidak kita tahu "malu" nie kalo keterlaluan boleh melembabkan proses perkahwinan....heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 09:30 AM | Show all posts
Kikis perasaan malu anak
Dengan memberi anak peluang mencuba pelbagai aktiviti dan hobi berbeza, anda sebenarnya membenarkan anak bersosiol dengan orang lain.



BIARKAN anak tahu bahawa perasaan malu bukan satu kecacatan watak.

--------------------------------------------------------------------------------


PERASAAN malu boleh menjadi satu keadaan yang menyukarkan ibu bapa dan juga anak-anak. Ibu bapa bagaimanapun perlu sedar bahawa naluri segelintir kanak-kanak sememangnya senyap dan tidak seaktif kanak-kanak lain.

Salah satu kunci untuk menyedari perasaan malu yang menjadi satu masalah itu ialah apabila anak-anak mula menimbulkan masalah di sekolah mahupun interaksi sosiol.

Bagaimana anda boleh membantu?Buat permulaan, jangan sesekali memberitahu anak bahawa dia pemalu atau memanggilnya dengan pelbagai gelaran. Pada kebanyakan masa, mereka yang disalah erti sebagai pemalu adalah senyap dan tidak suka orang lain memberitahunya kepada mereka.

Mereka sebenarnya sedar akan perasaan malu yang wujud dan tidak memerlukan orang lain untuk menekankan perkara itu. Sebaliknya, berikan pujian pada hari-hari di mana anak anda tidak malu seperti kebiasaan. Biarkan anak tahu bahawa anda suka apabila dia lebih bijak bersosiol dan berinteraksi.

Cuba dapatkan anak untuk meluahkan perasaannya. Daripada berkata: "Kenapa Ahmad begitu pemalu?", anda boleh meminta pandangannya mengenai sesuatu situasi yang dihadapinya.

Berikan peluang kepada anak untuk merasai interaksi sosiol. Berikan dorongan kepada anak untuk menjemput

BANTULAH anak mengikis perasaan malu dengan bersosiol.

--------------------------------------------------------------------------------



kawan-kawannya ke rumah biarpun sekadar menghadiri perjumpaan biasa.

Biarkan anak meluangkan masa bersama orang yang mereka berasa selesa untuk membina harga diri dan kemahiran bersosiol sebelum membawa mereka ke tempat yang lebih sesak.

Kanak-kanak biasanya belajar menerusi pemerhatian dan meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi, adalah penting ibu bapa menunjukkan contoh yang baik dengan bersosiol dan menjaga perlakuan diri.

Anak-anak yang melihat ibu bapa mereka bersosiol dengan orang lain akan cuba menjadi tidak pemalu. Tetapi ini tidak bermakna anda patut memaksa anak melakukan sesuatu di luar kemampuan dan kerelaannya. Berikan dorongan apabila perlu dan cuba bantu mereka menyesuaikan diri mengikut keadaan khasnya apabila berada di majlis-majlis tertentu. Anak-anak patut diberi peluang berasa selesa dan mempunyai sokongan anda.



BUKAN semua perwatakan senyap membawa maksud seseorang itu pemalu.

--------------------------------------------------------------------------------



Galak anak mencuba aktiviti baru dan berkomunikasi terhadap perasaan anda. Melalui dorongan, anak-anak akan berasa selamat dan selesa untuk mengetahui tiada apa yang perlu ditakutinya.

Dengan memberi anak peluang mencuba pelbagai aktiviti dan hobi berbeza, anda sebenarnya telah membenarkan anak bersosiol dengan orang lain dan memperkenalkan mereka kepada orang yang memiliki minat serupa.

Ingatlah bahawa anak-anak berupaya 'menangkap isyarat senyap' dengan mudah. Sekiranya anda berasa gelisah, si anak juga akan perasan dan bertambah gemuruh kerana kegelisahan anda memberitahunya bahawa sesuatu yang buruk pasti telah berlaku.

Kongsikan pengalaman anda dengan anak. Biarkan anak tahu bahawa anda memahami perasaannya. Setiap orang daripada kita sebenarnya pernah melalui peringkat tumbesaran di mana kita berasa malu, gelisah dan takut. Jadi, kongsikan situasi dan cara anda menguruskan keadaan itu dengan si anak.

Akhirnya, biarkan anak tahu bahawa perasaan malu bukan satu kecacatan watak dan tiada yang perlu dimalukan.

Katakan kepada anak, dalam kebanyakan situasi tidaklah begitu menakutkan seperti yang disangkakan dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membantu mereka memahami perkara ini.

Situasi atau keadaan yang membuatkan seseorang anak gelisah dan takut boleh dipermudahkan apabila anda menerangkan perkara sebenar kepada mereka. Beritahu mereka bahawa segalanya baik dan apakah sebenarnya yang berlaku.

Memiliki perasaan malu tidak semestinya menjadi satu masalah besar. Apa yang boleh anda lakukan adalah memberi perhatian kepada anak dan menggalakkannya agar lebih bersosiol. Sekiranya perasaan malu menjadi sukar terkawal, mungkin tiba masanya anda mendapatkan bantuan profesional.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.078254 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list