CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9241|Reply: 32

Mengapa remaja lari dari rumah?

[Copy link]
Post time 10-8-2007 10:32 AM | Show all posts |Read mode
(kikikikiki....   artikel ni amik dari soalan peperiksaan budak sekolah menengah. tapi rasanya relevan taruk kat sini kan? )


Remaja lari dari rumah adalah sesuatu yang harus dipandang serius. Walaupun di negara kita, perkara ini belum berada pada tahap kritikal, namun ini tidak bermakna kita harus memandang ringan perkara ini. Remaja lari dari rumah tidak semestinya menghilangkan diri. Dia mungkin dengan sengaja melakukannya untuk menagih simpati atau perhatian. Dengan lari dari rumah, mereka berharap agar keadaan emosi itu dapat dibetulkan atau diredakan.

Sebenarnya, kita boleh mengenal tanda-tanda awal sama ada anak remaja lebih kecenderung untuk lari dari rumah atau tidak. Kadang kala mereka sukar untuk ditegur atau diajak berkomunikasi. Oleh itu, kita perlu memerhatikan rakan-rakan remaja kita. Komunikasi dengan anak-anak remaja juga boleh diperbaiki dalam meningkatkan usaha meningkatkan kualiti perhubungan dengan anak-anak. Justeru, jangan sesekali menunjukkan tingkah laku negatif terhadap anak-anak.

Kita juga harus mengelakkan perbuatan yang dianggap buruk oleh anak-anak. Hormatilah pandangan dan buah fikiran merek. Hormatilah keputusan yang mereka ambil dan hormatilah juga rakan-rakan mereka. Komunikasi tubuh, kadang kala efektif. Bahasa badan melalui mata, air muka dan senyuman lebih bermakna daripada membebel tidak tentu hala. Petua ini harus diamalkan terutama jika anak-anak berada dalam keadaan marah.

Meletakkan label pada anak-anak remaja adalah perbuatan yang tidak wajar. Ini boleh menyebabkan anak itu mula berfikir bahawa ibu bapa mempunyai pemikiran yang negatif. Sebaik-baiknya, ibu bapa haruslah berfikir dan berkomunikasi secara positif kepada anak remaja supaya mereka memelihara akhlak dan hubungan dengan ibu bapa.



(Dipetik dan diubah suai daripada Penyelesaian Masalah Remaja Lari Dari Rumah
oleh Mizan Rahim. Dewan Masyarakat, April 2002)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 10:35 AM | Show all posts

antara soalan-soalan yang perlukan jawapan dari kita semua, sebagai ibu bapa




1.        Remaja lari dari rumah supaya _________________.

A        mendapat simpati
B        dapat menghilangkan diri
C        mereka dapat membetulkan emosi
D        ibu bapa memandang ringan perkara ini


2.        Tanda-tanda awal remaja yang ingin lari dari rumah ialah ___________.

A        sukar diajak untuk berkomunikasi
B        hubungan dengan ibu bapa renggang
C        komunikasi dengan ibu bapa diperbaiki
D        mempunyai ramai rakan yang tidak dikenali ibu bapa

3.        Untuk mengelakkan remaja daripada lari dari rumah, ibu bapa harus __.

A        mengajak anak berkomunikasi dengan ibu bapa
B        sering ingin bersendirian
C        memberikan lebih perhatian kepada remaja
D        mengelakkan daripada menunjukkan tingkah laku negatif


4.        Apabila remaja sedang marah, ibu bapa harus ________.

A        membebel tidak tentu hala
B        mendengar buah fikiran mereka
C        menggunakan komunikasi tubuh
D        menghormati rakan-rakan mereka


5.        Memberikan label kepada anak-anak adalah perbuatan yang tidak wajar kerana  anak-anak ________________ .

A        akan lari dari rumah
B        akan terganggu emosinya
C        tidak akan berkomunikasi dengan ibu bapa
D        akan berfikir bahawa ibu bapa berfikiran negatif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 10:35 AM | Show all posts
so, dapat kiranya kita ulas soalan2 tu dan jawapan tuh berdasarkan 5 soalan diatas.

heheheh jgn rebut2. sila pilih soalan yang mana satu nak diulas.

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 12:40 PM | Show all posts
jgn salahkan org lain atau rakan2 atau alam sekitar jika remaja lari dari rumah...
tapi salahkan parents yg kurang memberi perhatian pada mereka ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 12:45 PM | Show all posts

Reply #4 tina_turner's post

remaja nih kompleks kan?

kekadang punyai ibu bapa yang kira tahap baik pun
dorang leh lari dari umah

tapi tu lah, iman tak leh diwarisi
benda tu kena pupuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:29 PM | Show all posts
4 me kalau remaja nak lari dari rumah tak kira dorang 2 remaja org kaya atau remaja
kurang kaya...

remaja lari ini kerana kurang kasih sayang, belaian, kemesraan dan komunikasi antara
remaja dan parents...  so, anak2 makin lama makin jauh...  parents makin lama
makin tak tahu nak buat apa... so, start lah nak salahkan kerajaan, rakan2 anak,
budaya luar atau bla bla bla...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2007 02:45 PM | Show all posts
usia remaja is a very sensitive time of every bodys life....masing2 punyai masaalah yg berbeza...abt lari dari rumah is more of
-tak cukup perhatian atau kasih sayang
-rasa terasing atau tercabar
-hendak membuktikan yg mereka sudah dewasa

parents lak dont push tis tenager too much..go with the flow ,slow talk...they just need more attention tats all

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:02 PM | Show all posts
me teringat kata2. prof. ungku aziz pasal taraf kemiskinan dikalangan org2 melayu kat ms'ia nie...

antara faktor yg dia ketengahkan ialah, faktor rumah yg terlalu sempit utk tumbesaran anak2....kalo rumah 3 bilik, anak2 terlalu ramai...takde masa utk dia menyendiri...dia kata, budak2 remaja nie nak rasa selamat dirumah sendiri dan perlukan ruang sendiri utk dia berfikir...jadi bila rumah jadi medan segala medan...dia akan sisihkan diri dan cari ketenangan diluar rumah...

tapi masa me kecik dulu, ada gak rasa nak lari dr rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 03:13 PM | Show all posts
aku ada adik sorang

ya ampun

tak tahu nak ckp apa

pentingkan diri sendiri
tak peduli hal orang lain
buat hal diri dia saja

tapi kalau dia susah
menyusahkan semua orang

penah dia buat hal dulu
try larik dari umah

kami jumpe, kami sepak

biar berjalan skit dalam otak

ada ker patut ditegur pakaian, pergaulan, cara pengurusan duit
dia boleh kata kita nih kongkong dia

carik nahas lah tuh

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:26 PM | Show all posts

Reply #9 Syd's post

haa...u sepak dia!...memang satu tindakan yg btol...

my dad askar, dia pesan kat anak2 dia satu ketika dulu...korang carik pasal, merengkok dlm penjara...jgn harap, ayah akan hantar duit utk lepaskan korang...pepandailah sesuaikan diri dlm cell tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 10:26 PM | Show all posts
adik aku penah lari dari umah.. ini pasai bad influence .. ikot kawan.. dier hang out ngan kawan2 yang nakal.. so dier also ikut nakal. kiter dah warning dier one more time dier lari kiter nak masukkan dier kat pusat kanak2 nakal tuh baru lah dier takot.. now dah ok dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 11:11 AM | Show all posts

Reply #11 red_borris's post

kita semua mmg nak yang terbaik
kalau boleh tak mo itu ini

tapi dugaan mcm nih
Tuhan beri pada kita
supaya kita dapat merasa
dan dapat pengalaman

dan dapat selami perasaan remaja yang lari, perasaan jadik mak bapak kalau anak lari dan jugak sebagai masyarakat am nya, jika jadik benda2 mcm nih

takdelah kita dgr baca jer kisah orang lari dari umah, tanpa kita paham dan turut rasai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 11:43 AM | Show all posts
71 ditemui mati
Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan MOHD AMIN JALIL


Berisiko tinggi jadi mangsa rogol, lacur, bunuh

KUALA LUMPUR: Ikut kekasih, pengaruh kawan dan ingin bebas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 11:44 AM | Show all posts
>Antara kes remaja dilaporkan hilang mengikut teman lelaki

8 Ogos 2007

KES 1

RAWANG: Seorang bapa hairan apabila anak gadisnya yang menuntut di tingkatan tiga dan sepatutnya menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini hilang dari bilik tidurnya ketika ingin dikejutkan ibunya, pagi Ahad lalu.

Lebih memeranjatkan, gadis itu, Nor Amira Dayana Norzahan, 15, meninggalkan sekeping nota kepada keluarganya sebelum meninggalkan rumah di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, dipercayai mengikut teman lelaki.

Bapanya, Norzahan Mohammed, 42, berkata nota berbunyi: 揓angan cari Mira lagi... Mira tak akan menyusahkan hidup abah dan mama... Anggaplah Mira sebagai anak angkat,
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 11:45 AM | Show all posts
apa kata sebagai ibubapa, kita letak berfikir macam 'remaja' semasa berhadapan dengan anak remaja kita. kita masa muda-muda dulu pun selalu buat hal jugak, so gunalah pengalaman tu. mungkin boleh membantu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2007 11:48 AM | Show all posts
Tinta Citra: Ibu bapa perlu pantau kegiatan anak gadis
Oleh Fadzlena Jafar


Assalamualaikum

SEJAK kebelakangan ini, kisah remaja perempuan lari dari rumah sering dipaparkan media. Kebanyakannya yang lari, berusia antara 15 hingga 18 tahun, iaitu masih di bawah umur sehingga menimbulkan persoalan apakah yang menyebabkan mereka melarikan diri pada usia muda itu. Tidak tahan deraan atau kongkongan ibu bapa atau hakikatnya ingin menikmati hidup bebas?

Metro Ahad semalam, melaporkan antara punca utama seramai 4,620 gadis sunti yang lari dari rumah sejak 2004 hingga Mei lalu adalah kerana mengikut kekasih. Apa yang lebih menakutkan laporan semalam itu juga menunjukkan dalam kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa ada kanak-kanak perempuan seawal usia 10 tahun sudah berani mengikut lelaki dan meninggalkan ibu bapa mereka.

Begitu hebat panahan cinta sehingga ada yang sanggup meninggalkan ibu bapa dan keluarga tercinta yang menatang mereka bagaikan minyak penuh sejak daripada dalam kandungan lagi. Sedangkan lelaki yang kononnya cinta sejati itu hanya baru dikenali tidak sampai setahun dan ada yang lebih parah mungkin baru sehari dua, tetapi ada gadis yang sanggup mengambil keputusan nekad untuk mengikut lelaki berkenaan.

Apakah yang mereka fikirkan pada ketika itu sehingga sanggup mengambil keputusan yang mungkin boleh merosakkan masa depan mereka selama-lamanya? Berbaloikah pengorbanan yang dilakukan demi mengejar cinta yang belum tahu hujung pangkalnya?

Malangnya dalam kebanyakan kes, remaja yang melarikan diri itu akhirnya ditipu termasuk dijadikan hamba seks atau dipaksa melacurkan diri.

Saya pasti anda pernah membaca kisah gadis yang terpedaya dengan pujuk rayu lelaki yang baru dikenali sehingga akhirnya diri ditimpa musibah apabila menjadi mangsa rogol, bukan seorang tetapi beramai-ramai apabila lelaki tadi menghubungi rakannya.

Kita juga pernah membaca kisah gadis yang diperkosa selepas kembali daripada makan malam bersama temannya oleh orang yang tidak dikenali. Apa yang menjadi tanda tanya, kejadian berlaku pada tengah malam dan pastinya apabila kes berkenaan dilaporkan ramai yang tertanya-tanya apa yang dibuat gadis berkenaan pada waktu sebegitu.

Persoalan demi persoalan itu akhirnya kembali kepada satu persoalan juga, mungkinkah kehidupan bebas yang dilalui gadis berkenaan mengundang padah kepadanya? Hakikatnya kehidupan di kota penuh pancaroba, terutama mereka yang tinggal jauh daripada ibu bapa.

Maklum orang kata, darah muda. Kebebasan dinikmati menyebabkan ramai yang alpa sehingga terjebak dalam gejala sosial. Manakan tidak, ketika itu tiada siapa yang hendak mengawal atau menegur jika tersilap langkah.

Apa yang malang, apabila sudah berlaku kejadian tidak diingini dan terbongkar kehidupan jelik yang dilalui, barulah ibu bapa di kampung terkejut tidak terkata.

Dalam hubungan ini, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dan lebih berhati-hati melepaskan anak gadis mereka hidup di kota supaya orang kata, tidak menyesal pada kemudian hari.

Jangan kerana si anak saban bulan mengirim ratusan ringgit, mata menjadi kelabu dan memejam sebelah mata walaupun hati tertanya-tanya daripada mana dia memperoleh duit sedangkan baru mula bekerja. Ingatlah, hidup di kota tidak sama seperti di kampung. Semuanya memerlukan duit.

Bagi mereka yang baru bekerja, tiba-tiba sudah mampu memandu kereta mewah dan memakai pakaian berjenama, anda sepatutnya sudah boleh menghidu sesuatu yang negatif.

Tidak salah bertanya supaya jangan si anak terus hanyut dalam kehidupan kota, dan pastikan anda tidak menelan bulat-bulat apa yang dikatakan. Sebaik-baiknya lakukan lawatan mengejut dan ketahui dengan siapa dia tinggal serumah.

Pada masa sama, jangan biarkan anak anda sama ada lelaki mahupun perempuan lepas laku dan paling penting, sediakan peraturan larangan keluar rumah pada waktu malam. Ini semua untuk kebaikan mereka, jangan nanti menyesal pada kemudian hari.

Jumpa lagi! - [email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 03:38 PM | Show all posts
ramai yg salahkn makbpk..ank lari dr rumah..
benornya,
ank tu yg berpikiran zero..
ikut jantanlh..nk rasa dunia luarlh..x de kebebasanlh..culture shocklah..
huh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 11:59 AM | Show all posts
ntahlah susah nk kata..
tp mostly klu kite peratikan,
anak yg bermasalah berpunca drp keluarga yg bermasalah..

sbg ibu bapa klu kite dh sehabis daya mdidik anak dgn pegangan agama..
tentulh terlalu sedih..klu msh jd perkara yg tk diingini..
apapun mereka di bawah t/jawab kite..
sbg ibu bapa kite lebih dahulu kene muhasabah diri kite..
klu kite dh bg yg terbaik utk anak2..dgn menunjukkan contoh2 yg baik..
barulh boleh disalahkan mereka..

saje nk berkongsi..
belom lg ade anak remaja, tk taulh mcm mana rasanye..
yg tahu mmg mcabar klu dpt anak2 yg bermasalah ni..
prnh bc petikan mendidik anak yg diajar oleh saidina Ali..

peringkat baby, perlu beri kasih sayang sepenuhnya..
kadang2 kite perlu mjadi mcm anak2 kecil utk bermain dgn mereka..
peringkat dh masuk skolah, kene disiplinkn mereka..
klu masih degil terutamanya dari segi solat boleh dirotan..
peringkat remaja, kene jadi kawan kpd anak..
dgr apa permasalahan mereka..bimbing mana yg tidak betul..
anak2 lebih suka mdengar kata kawan2, krn mereka lebih memahami..
klu kawan yg elok ok le, byknye kawan yg tak elok..

sbg ibu bapa kite selalu mnganggap anak kite msh kecil..
itu kata2 org tua, termasuklh mak ayah kite sndri.
sedangkan mereka berubah perlahan2 dr segi fizikal dan mental..
itulh perkara yg perlu kite sedar..
ilmu keibubapaan ini mudah dibaca,
ttp susah nk dipraktikkan..

takut mdengar cerita2 mcm ni,
mudah2mudahan Allah menjauhkn drp anak kite
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 05:31 PM | Show all posts
minta dijauhkanla benda ni dari mac.... anak jumpa kawan kejap pun mac dah risau, inikan pulak MIA.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.067656 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list