CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8052|Reply: 27

Elaun Agong, Sultan, Menteri etc

[Copy link]
Post time 10-9-2007 09:59 AM | Show all posts |Read mode
credit : Ku Mac @ IG.com (tq so much, Pak Long..share benda2 ni)


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982)

Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas - RM50,000
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2007 10:00 AM | Show all posts
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 10:04 AM | Show all posts
Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 10:04 AM | Show all posts
Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 10:07 AM | Show all posts
Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 .

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 10:08 AM | Show all posts
Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2007 12:28 PM | Show all posts


elaun yg dorang dpt tu....bykkkkk sesgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 12:44 PM | Show all posts
Gaji dan allowances untuk Menteri Besar, Exco, ADUN

Aku sambung pulak pasal gaji MB, exco, etc di negeri negeri. Macam sebelum ni aku cerita pasal gaji PM, Menteri kabinet dan MP adalah dibawah peruntukan kerajaan persekutuan, tapi untuk MB, exco negeri, etc pula adalah dibawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan).

Ni contoh gaji MB dan exco di sebuah negeri.

Menteri Besar - RM14,175.15
Anggota Exco kerajaan negeri - RM6,109.29
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) - M4,112.79
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 12:48 PM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

Kalau che det, berapa agak agak pencen dia tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 02:53 PM | Show all posts

Reply #9 St.Yeepi's post

banyak lah kot
coz dia lama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 02:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 10:33 PM | Show all posts
Ada pembetulan sikit pasal gaji Agong dan Permaisuri Agong macam posting aku #1. Tahun 2006 hari tu ada amendment pada akta itu dan gaji Agong sdah naik. Bukan RM50+K tapi RM80+K.




Agong
Privy Purse - RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
Entertainment allowance - RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
Istana Negara Royal Allowance - RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

So jumlah sebulan Agong dapat ialah RM87,880.

Permaisuri Agong
Privy Purse - RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
Entertainment allowance - RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
Istana Negara Royal Allowance - RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)

Atau total nya ialah RM16,339
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 11:01 PM | Show all posts
Banyaknyer elaun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 09:13 AM | Show all posts

Reply #13 LanoG's post

duit pembayar cukai

duit rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:26 AM | Show all posts

Reply #5 Syd's post

Dalam amalan yang dibuat di Malaysia, jika PM atau TPM memegang lebih dari 2 jawatan kabinet... mereka hanya di bayar gaji PM sahaja. Dia tidak berhak mendapat gaji menteri lain....
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 11-9-2007 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 11-9-2007 10:26
Dalam amalan yang dibuat di Malaysia, jika PM atau TPM memegang lebih dari 2 jawatan kabinet... mereka hanya di bayar gaji PM sahaja. Dia tidak berhak mendapat gaji menteri lain....


betul tu..kalau cam ni baik PM pegang banyak portfolio...banyak sikit gaji dia dapat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dempol This user has been deleted
Post time 11-9-2007 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 10-9-2007 10:04
Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aish ...



tambah satu lagi..elaun bekas permaisuri Selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 11:12 AM | Show all posts
huhuhuhu...

makan tak abis...
tak kuar peluh

ni pulak elaun pekerja am kat tempat aku...
tukang kebun rm450
cleaner rm 450

makan tak cukup...
habis dah peluh di kelenjar
Reply

Use magic Report

bgt This user has been deleted
Post time 15-9-2007 01:13 PM | Show all posts
banyaknya gaji
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 08:24 PM | Show all posts
suatu pembaziran utk mrk yg x wat aper?
klu setakat pkai baju dok bersemayam di kerusi....rabbit aku pon blh
rakyat asyik merana jer x cukup $
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.600931 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list