CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2282|Reply: 8

bahaya diet drastik

[Copy link]
Post time 16-9-2007 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Bahaya Diet DrastikAMALAN diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa disedari.Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.

Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit.Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2007 09:11 PM | Show all posts
Ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan.Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga.Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.

Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 09:14 PM | Show all posts
Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah. Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.

Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemukBadan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Berlebihan berat badan, kegemukan dan obesiti menjadi masalah sejagat. Bagaimanapun, berat badan lebihan bukan satu masalah hinggalah ia menjejaskan kesihatan. Justeru, sebelum ia dianggap sebagai masalah, langkah terbaik ialah mengelakkannya daripada terjadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 09:16 PM | Show all posts
Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan<2002/2003 yang dijalankan Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27 peratus (4.2 juta)> berbanding hanya 16.6 peratus (1.7 juta) pada 1996 Secara purata kadar pengambilan tenaga (daripada makanan) penduduk dunia bertambah 25 peratus, tetapi aktiviti cergas pula berkurang 25 peratus. Senario ini menyebabkan masalah pertambahan berat badan dan obesiti menjadi masalah seluruh dunia

Masalahnya, ramai tidak sedar mereka mengalami masalah kekurangan zat walaupun banyak makan. Keadaan ini menyebabkan badan menghasilkan isyarat untuk kita makan lebih banyak bagi menampung kekurangan zat tadi.Pilihan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat menyebabkan masalah kekurangan zat tetap berlaku, walaupun makin banyak makan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 09:19 PM | Show all posts
Pengurusan berat badan tidak harus diukur pada timbangan saja, sebaliknya ia perlu bersifat lebih menyeluruh seperti peratusan lemak dalam badan, terutama lemak yang berkumpul pada abdomen atau perut . Ubat kurus (termasuk yang diambil di bawah pengawasan doktor) hanya sesuai bagi individu yang terlalu gemuk dengan syarat jika semua langkah seperti bersenam dan kawalan makanan tidak berjaya

Sebagaip pengguna kita perlu lebih berhati-hati, banyak ubat kurus kini diharamkan kerana ada banyak kesan sampingan. Ubat penghalang badan menyerap lemak juga tidak bagus kerana badan memerlukan lemak untuk mendapatkan vitamin A, D, E dan K.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2007 09:20 PM | Show all posts
Biar apapun program yang kita cuba, pastikan ia disertai dengan senaman dan banyakkan minum. Apabila mencapai berat yang diimpikan, teruskan gaya pemakanan seimbang dan bersenam

SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT"

[ Last edited by  lizawpl at 16-9-2007 09:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2007 09:25 PM | Show all posts
kekawan kalau nak diet tu biarlah lambat asalkan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2007 09:40 PM | Show all posts

Reply #7 lizawpl's post

uiksss takot plak saya....sy nk diet ni...camne ek?xpe la sy folo apa yg awk tulis tu....thanx 4 d info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2007 11:08 PM | Show all posts

Reply #8 iza_yuss's post

kalu ikut diet yang teraik ialah paling banyak 2 kg sebulan. that's why org yang mengambil masa setahun atau lebih untuk berat badan ideal adalah lebih baik darpada orang mengambil beberapa bulan aje untuk kurus. lagi pun kalau cepat turun cepatlah jugak naiknya malahan lebih daripada berat asal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055295 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list