View: 12149|Reply: 6
|
Definasi khalwat / tangkap basah
[Copy link]
|
|
Muhamad Khalid, 30, bersama Zero Ridhuan Zainal Abidin, 28, dan Mohd Aidil Mohd Azhar, 28, dituduh melakukan perbuatan itu di bilik bernombor 1814, Premier Negeri Sembilan Suite, Radius International Hotel, Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Mereka didakwa berkhalwat dengan dua wanita iaitu Riza Royani Hussain dan Ros Zalina M Kaus, masing-masing berusia 31 tahun di bilik sama, jam 9.25 pagi kelmarin.
Ketika ditemui, bekas penyerang kebangsaan itu berpakaian lengkap Zero Ridhuan tidak berbaju, Riza berbaju sendat dan berskirt pendek. Ros Zalina memakai baju-T tanpa lengan serta jeans paras lutut.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Yusof Sulaiman.
Hakim Ibrahim Deris menjatuhkan hukuman denda RM2,900 terhadap Muhamad Khalid, Zero Ridhuan, dan Mohd Aidil manakala Riza dan Ros Zalina RM2,800.
Mengikut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam bahawa terdapat kegiatan tidak bermoral berlaku di bilik berkenaan.
Sebaik tiba di lokasi, penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu selama lima minit sebelum dibuka Mohd Aidil yang hanya berseluar panjang tanpa baju.
Selepas memperkenalkan diri, pihak penguat kuasa memohon menjalankan pemeriksaan sebelum menemui dua lelaki dan dua perempuan berada dalam bilik terbabit.
Kedua-dua wanita itu ditemui sedang duduk di dua katil berasingan dalam bilik berkenaan.
Hasil siasatan mendapati, semua mereka tidak mempunyai hubungan mahram dan bukannya pasangan suami isteri.
Salam.
tumpang tanya.
ada orang ckp, 5 orang pun kira khalwat ker?
bukan 2 orang dok berdua-duan je ker?
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 1-10-2007 10:05 AM
Salam.
tumpang tanya.
ada orang ckp, 5 orang pun kira khalwat ker?
bukan 2 orang dok berdua-duan je ker?
tq
juga nak tanya, mat sabu berdua-duaan dlm bilik hotel itu tak consider khalwat? |
|
|
|
|
|
|
|
ni posting sorang kawan yang keje pej agama;
ENEKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1997 (JOHOR)
Seksyen 27(1)
a. org lelaki yg didapati berada bersama2 dgn seorg atau lebih drpd seorang perempuan
yg bukan isteri atau mahramnya; atau
b. org perempuan yg didapati berada bersama dgn seorang atau lebih drpd seorang lelaki yg bukan suami atau mahramnya.
dimana2 tpt yg terselindung atau di dlm rumah atau bilik dlm keadaan yg bole menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yg tidak bermoral adalah melakukan satu kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tnya gak kt sini boleh tak...kalo ex-wife ditangkap khalwat, hak penjagaan anak gugur ker tak?ex-husband leh wat tuntutan ank tak? |
|
|
|
|
|
|
|
knape nak rebut2 hak penjagaan anak ni
sama2 le pilhara dier
sian dier, . . . dia perlukan kasih sayang emak dan bapak dier
suami isteri boleh dipisahkan
tapi jangan pisahkan kasih antara anak dan ibu . . . . anak dan ayah |
|
|
|
|
|
|
|
Keliru istilah khalwat
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Terminologi 搆halwat |
|
|
|
|
|
|
| |
|