CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2540|Reply: 15

RUMAH BARU

[Copy link]
Post time 19-10-2007 02:55 PM | Show all posts |Read mode
sbgai umat islam ape perlu kita bt sblm pindah ke rumah baru
selain daripada basuh dulu
lagi2 rmh sewa
tlg jelaskan
tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2007 03:09 PM | Show all posts

Reply #1 ziela81's post

Aku tak ingat la doa tu....Doa yang Nabi Nuh baca lepas banjir dah surut...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 03:13 PM | Show all posts
kalau rumah tu dah lama tak diduduki .. elok gak dilaungkan azan
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 03:15 PM | Show all posts

Reply #4 AhmadNasa's post

klo tak takde la susah2 dia tanya bang.. :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2007 03:28 PM | Show all posts

Reply #6 AhmadNasa's post

org tua ckp bt doa slmat
tp aku just nk tau ape yg lebih afdhal
cik abg oii!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 03:41 PM | Show all posts

Petua Masuk Rumah

ini petua je

Bawa masuk

beras segengam                     = supaya rezeki tak putus
Paku satu je                           = menjauhi hantu puaka
Garam                                    = ? ( sori x ingat )
Duit siling seringgit                  = tak putus duit
Surah Yasin                            = Berkat

letakan dalam satu kota dan biarkan kat dlm rumah

Azan n sembahyang Fardu n sunat kesyukuran.

yg dah berumah tangga blh berset_b_h berdua sahaja sebelum pindah.

ini hanya pertua shj. ya pertua nenek moyang org melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2007 03:48 PM | Show all posts
mahapkan saya yer che' ngai kalo awak terguris tadi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 04:21 PM | Show all posts

Reply #11 AhmadNasa's post

Tak baik ko buat dia macam tu...kan dia tengah minta tolong...cuba kalau ko yang kena...ada ilmu, kongsilahkan..Jangan dok simpan sendiri...bahaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2007 04:29 PM | Show all posts

Reply #12 ziela81's post

Assalaamu'alaikum;

Adab-adab yang perlu diambil kira untuk rumah baru ialah seperti berikut:
a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru.
b) Adab ketika masuk baru.
c) Adab setelah tinggal di rumah baru.

a) Adab sebelum memilih atau memasuki rumah baru ialah:
1- Pilih yang jiranya adalah orang yang soleh.
2- Kalau tidak ada ayang soleh maka yang tidak menyakiti jiranya.
3- Kalau tiada pilihan lain kecuali berjiran dengan yang suka menyakiti jiran maka berdoa hidayat untuknya serta berbuat baik sebelum pindah. Tiga perkara ini di ambil dari hadith yang menyebutkan Rasulullah s.a.w berdoa supaya dapat jiran yang baik.
4- Pilih tempat yang baik dari sudut ibadahnya, seperti tidak berjauhan sangat dengan masjid hingga akan rasa berat untuk ke masjid. Kerana itu setengah sahabat ada yang ingin pindah dari jauh ke dekat dengan masjid.
5- Datang tiga kali sebelum berpindah untuk dibacakan atau dipasangkan kaset mengaji sebagai berjaga-jaga daripada makhluk halus kerana kemungkinan tapak tersebut adalah tempat tinggal mereka. Perkara ini ada berlaku di zaman tabiin yang telah diganggu dengan jin yang penduduk asal tapak rumah tersebut. Untuk perkara ini rasanya tak perlulah hingga dipanggil bomoh atau pawang kerana ianya akan membawa kepada kesyirikan, cukuplah hanya dengan dibacakan ayatul kursi, "amanarasuul..." dan empat Qul.

b) Adab ketika masuk baru :
1- Seelok-eloknya waktu masuk ke kawasan perkampungan atau taman perumahan rumah baru bacalah doa ini "Allahumma rabiissamaawatissab'i wamaa azlalna warabbil ardinassab'i wamaa aqlalna warabisyayaatiina wamaa adlalna wa rabbarriyaahi wamaa zaroina nas aluka khaira hazihil qaryati wa khaira ahlihaa wakhaira maa fiihaa wa a'uuzubika min syarrihaa wa syarri ahlihaa wa syarri maa fiihaa".
2- Seelok-eloknya sebelum sampai ke rumah baru tersebut singgah dulu di masjid atau surau terdekat untuk solat sunnat dua rakaat untuk memohon hajat kebaikan kampung tersebut.
3- Sewaktu jejak kaki ke laman rumah membaca doa "A'uzu bikalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq", kerana menigut hadith bahawa sesiapa yang baca doa ini ketika pindah atau menginap disesuatu tempat maka tidak akan dimudaratkan oleh apa-apa pun hinggalah ia berpindah dari situ. termasuk selamat dari gangguan rompakan, kebakaran dan lain-lain lagi.
4- Membaca "bismillahi walajnaa wa bismillahi khorajnaa wa 'alallhi tawakkalnaa" sewaktu membuka pintu untuk masuk ke rumah.
5- Memberi salam "assalaamu'alaikum...." jika dalamnya ada orang, jika tiada orang maka ucapkanlah "assalaamu'alainaa wa 'alaa 'ibaadillahis solihiin". Maka jika ada makhluk ghaib seperti malaikat dan sebagainya maka mereka akan jawab cuma kita mungkin tidak akan dengar.

c) Adab setelah tinggal di rumah baru:
1- Menjaga hubungan dengan jiran tetangga.
2- Mencari sahabat-sahabat yang soleh.
3- Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4- Ikut program masayarakat yang tidak bercanggah dengan agama.
5- Hidupkan masjid dengan solah fardhu lima waktu beserta dengan majlis ilmu. Sepertimana Rasullullah s.a.w tidak akan singgah dimana sahaja kecuali Beliau akan mendirikan masjid dan hidupkan solah lima waktu serta letakan sesiapa yang layak untuk mengajar disitu dan membentuk jemaah untuk amar makruf nahi mungkar serta ambil tahu tentang penduduk setempat.

Inilah sedikit sebanyak yang mampu saya jawab.

Wallhu a'lam bissowaab


P/S: Yang ni aku dapat dari seorang ahli Forum Darul Nu;man
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #13 eastrun's post

kan aku dh ckp sori
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 01:07 AM | Show all posts

Reply #9 eastrun's post

thanks eastrun.. mmg tengah cari petua2 sebelum, ketika dan setelah tinggal di rumah baru..

kalau ada doa2 tertentu lebih baik.. thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 09:47 AM | Show all posts
tak silap elok baca surah al-baqarah kan? wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 10:52 AM | Show all posts

Reply #12 QAX's post

haah, aku dulu pun ada member cakap camgini gak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 11:22 AM | Show all posts
In the first week or so, buatlah kenduri baca yasin doa selamat. Pergi ke surau/masjid berhampiran, bincang
dengan tok imam, panggil jemaah dalam 20 orang mai rumah kenduri baca yasin/tahlil. Buat simple sudah ler,
mee goreng ka, kuih muih ka dsbgnya. It's a good start to introduce yourself to the neighborhood.

Lepas tu bagi yang lelaki, continuelah pergi ke surau/masjid tu untuk berjemaah solat lima waktu.
Jgn lepas kenduri terus senyap terus tak nampak muka.

Juga jangan jadikan bacaan quran dan tahlil itu bacaan quran dan zikir pertama dan terakhir di rumah tersebut,
continue baca quran dan berzikir secara istiqamah di rumah anda samada pagi atau petang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #1 ziela81's post

Aku ada Mp3 Ruqyah Syariah (Ayat-Ayat Quran) untuk menghalau jin, syaitan dan sebagainya...Siapa nak?. Personal Message e-mail address korang kat aku, k...Nanti aku try attachkan pada korang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 11:23 AM | Show all posts

..

mmg cari tentang ni. Pikirkan mana yg lebih afdhal and memudahkan. Ms first pindah sini, hubby masuk dulu, dia azankan and of course solat and mengaji sentiasa. If my sis dia galakkan solat dlam setiap bilik tidor and ruang tamu atau makan. Kurang berkenan my mIL nya cara. Dia kalau boleh soh buat kenduri besar and solat hajat. BUkan tak kenan yg itu tp caranya. Solat hjat style diorg kena panggil Tok Imam leadkan. Bukan lebih afdhal kita solat hjat sendiri sbb kita yg berhajatnya? Dia jadikan bend atu mcm wajib. So bile dulu kes my BIL bercerai and jual umah..dia kata "itulah dulu takde nak pangil buat solat hajat naik uma" Ntahlah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.515090 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list