CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4548|Reply: 26

Dosa kecil menjadi dosa besar

[Copy link]
Post time 12-11-2007 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Kita tidak boleh memandang endah tak endah terhadap dosa-dosa kecil yang kita lakukan kerana ia dapat juga berkembang dan berubah menjadi dosa besar dengan adanya berbagai sebab iaitu :
1. Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya. Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu, lama kelamaan tentulah berbekas pula. Tetapi tidak akan berbekas jika batu itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang! Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini berlaku sebab hebatnya godaan dan lain sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya. Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong melakukannya. Kecondongan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Orang menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa.
3. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat, ia akan terbuku di dalam batin, bahkan juga akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu. Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya kembali. Perasaan berbahgia di dalam dosa satu hal yang sangat buruk.
4. Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan perasaan aman/bebas dari balasan Allah.Sebetulnya perbuatan apa pun samada besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah. Allah teramat teliti mengawasi segala sesuatu. Hanya orang yang bodoh/sesat sahaja yang merasa dirinya aman/bebas dari pengawasan Allah. Walaupun (nampaknya) aman dari balasan Allah, barangkali kerana Allah memang menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaanNya, agar dengan demikian makin banyak lagi dosa yang dikerjakannya dan akan dibalas di akhirat kelak. Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah, meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan semakin berani melakukanya.
5.Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain, tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain. Dan ada kalanya pula waktu melakukannya memang di hadapan orang lain. Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran. Dosanya kerana melakukan kesalahan dan dosa memperlihatkan kesalahan kepada orang. Sebenarnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri sebab hanya dia sendiri dan Allah yang mengetahui. Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan dengan diam-diam dengan tidak diketahui orang lain, mengapa dilakukan di muka orang lain? Jadi pelanggaranya yang pertama, kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggarannya yang kedua kerana cara ia melakukan dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya. Dengan begitu, satu perbuatan kemaksiatan menyebabkan dua bentuk dosa. Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.
6. Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan diikuti pula oleh para pengikutnya .Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.
Dalam sebuah hadis disebutkan: "Siapa menciptakan sunnah yang buruk, dia menanggung dosa atas perbuatannya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukannya tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun" Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu, maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat olehnya,apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2007 01:55 PM | Show all posts

Reply #1 ianho's post

aku setuju 100%
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2007 04:28 PM | Show all posts
Dalam soal amal baik, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya, sekalipun hanya sedikit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

amalan hendaklah dilakukan secara berterusan walaupun kecil nilaiannya pada pandangan mata krn amalan yang berterusan itu akan menjadi lebih berkesan dan mantap kepada jiwa pelaksananya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2007 05:27 PM | Show all posts
2. Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.Jika seseorang menganggap dosa yang dilakukannya besar, maka disisi Allah dianggap kecil, dan jika seseorang itu menganggap dosa yang dilakukannya kecil, maka disisi Allah dipandang besar. Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka melakukannya atau ingin menjauhinya. Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga, hal ini berlaku sebab hebatnya godaan dan lain sebagainya. Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam hatinya. Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya, tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong melakukannya. Kecondongan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya. Selain itu, sikap memandang kecil akan dosa mempunyai kesan negatif. Orang menjadi tidak takut lagi untuk berbuat dosa dan kurang peduli terhadap dosa. ...

dosa kecil yang dilakukan secara berterusan menjadikan kita alpa bahawa kita telah melakukan dosa. Apabila menanggap dosa yang dilakukan hanya dosa kecil kita gagal untuk menangani kelemahan itu yang akan dilakukan tanpa merasa bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 06:15 PM | Show all posts
ade ustaz aku ckp dulu..baik sedekah 20sen je..tapi tiap2hari..
daripada rm10 tapi..2,3 tahun sekali...heehhe
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 09:45 PM | Show all posts
tak menutup aurat tu dosa besar ke kecil?
cousin sha ckp dosa kecil. musykil betul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2008 08:55 AM | Show all posts

Reply #6 shachihata33's post

biasa kalau orang cakap dosa kecik ni sebab dia nak cover diri sendiri...  konon-konon cuma buat dosa kecik jer, macam le dia tau berapa banyak dosa tu...   nasib baik dia ngaku berdosa..  ada setengah tu kata tak wajib terus...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by shachihata33 at 24-1-2008 20:45
tak menutup aurat tu dosa besar ke kecil?
cousin sha ckp dosa kecil. musykil betul...


Beritahukan hadits ini kepadanya:
Rasulullah bersabda:"Ada dua golongan manusia yang belum pernah kulihat dizamanku. Pertama, orang yang membawa cemeti seperti buntut sapi dan mencambuk manusia dengannya (Tafsir: penguasa yang zalim), dan (kedua) wanita yang berpakaian tapi telanjang. Mereka berjalan berlenggak lenggok. Kepala mereka seperti punuk onta. Mereka tidak masuk surga dan tidak mencium bau surga padhaal bau surga itu bisa tercium dari jaram 40mil".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2008 12:48 PM | Show all posts

Reply #5 hawanafsu's post

usaha kecil yang berterusan itu akan membuahkan hasil yang besar berbanding mengusahakan yang besar tapi tak dapat dikekalkankrn ia tidak dapat memberi bekas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #8 ikhwanindo's post

salam bro
boleh buat huraian skiit tak kepada hadis tu
TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 04:38 PM | Show all posts
dosa kecil kalau tak dibersihkan lama2 akan menjadikan hati semakin gelap dan akhirnya boleh menerbitkan dosa besar
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 07:03 PM | Show all posts

Reply #7 ibnur's post

tapi dosa kecil pun kalau selalu buat bleh jadi dosa besar ye ibnur?
So, takde bezalah dosa besar ke dosa kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 01:24 AM | Show all posts

Reply #12 shachihata33's post

kalau nak dikategorikan yang mana kecik yang mana besar?  seronok ler manusia semua boleh buat yang kecik-kecik jer selagi jangan buat dosa besar.

kalau ikut apa yang saya belajar, semua dosa yang sengaja dikira besar.  yang mana tak sengaja atau apa-apa yang bukan sengaja, tu baru dosa kecik.  jangan pulak masukan perbuatan bunuh tanpa niat.  bunuh tanpa niat ni asalnya dia sengaja pi pukul orang.  tu kira berdosa tu.  yang tak sengaja ni macam naik LRT tanpa disengajakan terhimpit kemudian istighfar dan mintak ampun pada Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:37 PM | Show all posts
Nyawa kau sendiri pun kau tak pegang , jadi tak payahlah cerita pasal dosa2 ni , tiada maknanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 4-2-2008 05:37 PM
Nyawa kau sendiri pun kau tak pegang , jadi tak payahlah cerita pasal dosa2 ni , tiada maknanya


apabila nyawa sendiri kita tak leh pegang, maka apa yg patut kita lakukan sehingga ada maknanya...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 09:48 PM | Show all posts
apakah kita masih terus mencari makna kepada perkara yang tak mampu dicapai oleh akal
baru kita mau menerima hakikat perkara tersebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2008 02:03 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 4-2-2008 11:44 PM


apabila nyawa sendiri kita tak leh pegang, maka apa yg patut kita lakukan sehingga ada maknanya...?


Ikut jelah perjalanan cerita yang telah ditetapkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:17 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 6-2-2008 02:03 AM


Ikut jelah perjalanan cerita yang telah ditetapkan


bukan ikut jer jalan cerita yg telah ditetapkan....itu mudah sgt....tak bermakna.....

tapi buat terbaik dlm jalan cerita yg telah ditetapkan.....baru bermakna....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:26 AM | Show all posts

Reply #18 ussopp's post

Itu masalahnya , dan kau lupa bila aku sebut , nyawa kau sendiri pun tak pegang, jadi macam mana kau nak buat yang terbaik ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:36 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 6-2-2008 02:26 AM
Itu masalahnya , dan kau lupa bila aku sebut , nyawa kau sendiri pun tak pegang, jadi macam mana kau nak buat yang terbaik ?


sy tak lupa....

maksudnya dlm keadaan nyawa tak boleh pegang, kena jugak cuba yg terbaik......pada masa yg sama mengharap Yang Memegang tu merahmati kita....

baru fair...ada usaha...ada tawakkal....

bukan hanya menghanyutkan diri  ikut flow....tu tiada makna...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.475418 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list