CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30945|Reply: 81

Hikayat Burung Cenderawasih

[Copy link]
Post time 26-11-2007 01:51 AM | Show all posts |Read mode
Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiadataranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya.Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor 慬i]areil憏ang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilahterpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

file:///C:/DOCUME%7E1/Suryanti/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpg

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini keranaburung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawaburung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja.Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayumempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemuimengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama,sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlahhayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranyamenjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burungcenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain. Inikerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya.Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan.Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalamkeadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yangmati dalam keadaan tidur.

Walau bagaimanapun, Melayu Antique telahmenjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenaiBURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian ilmu pengetahuan yangdijalankan, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantaradengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenixyang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China.Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal denganpanggilan 慬i]Bird of Paradise
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2007 01:54 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Hanya kerana taksub terhadap kepercayaan tahyul burungcenderawasih mampu menarik kekayaan serta membawa 憈uah
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:52 AM | Show all posts

Reply #1 anime's post

Masa aku kt skolah dulu, aku ada blaja psl burung cenderawasih ni dlm subjek BM. Cikgu aku ckp, org Melayu dulu2 pecaya yg burung cenderawasih nih dtg dri syurga. Saiznya sgt besar sehingga dikatakan apabila burung ni melebarkan kedua2 belah sayapnya, separuh drpd bumi ini akan menjadi gelap...

Hakikatnya, burung cenderawasih ni mmg wujud dan bukannya dongeng. Burung ni kalo x silap aku cuma ada kt Irian Jaya jer skrg nih.. kt tmpt lain mungkin dh pupus!! Org Barat panggil 'Bird of Paradise' & org Cina panggil 'Phoenix'...

Kalo korg nk tgk burung nih, korg pegi la ke Taman Burung Kuala Lumpur. Aku penah pegi 2 kali kt situ... mmg cantik sgt burungnya... Ikutkan hati, nk je aku curi burung tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 03:30 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 26-11-2007 02:52 AM
Masa aku kt skolah dulu, aku ada blaja psl burung cenderawasih ni dlm subjek BM. Cikgu aku ckp, org Melayu dulu2 pecaya yg burung cenderawasih nih dtg dri syurga. Saiznya sgt besar sehingga dikat ...


kes kes kes kes .. rasanya masa ko belajo kat sekolah tu ko asik kena tipu aje ngan cikgu tukan ...

alih alih jumpa kat taman burung
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 03:44 AM | Show all posts








mmg cantik

credits : Cenderawasih.blogspot
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 03:56 AM | Show all posts
Cenderawasih Galeri Warisan Seni Pusaka
                              
Bangkai burung cenderawasih berbau harum
Oleh Amran Abdullah
Berita Harian, 19 Sept 2004

BURUNG cenderawasih yang dikatakan hanya menetap di awan, turut diburu peminat barangan ganjil serta pengumpul barangan purba kerana nilai seni serta komersialnya yang cukup tinggi.

Harganya turut melonjak sehingga ratusan ribu ringgit kerana kesukaran memperolehnya serta nilai perubatan dan khasiatnya yang dianggap luar biasa.

Pemilik Galeri Warisan Seni Pusaka di Kuala Rompin Pahang, Mohd Shahrizal AbdulRahim, 25, turut memiliki dua ekor burung Cenderawasih jantan di galeri itu.

Keharuman semula jadi pada burung cenderawasih serta bau semula jadi yang harum keluar dari badan burung itu walaupun bersifat bangkai masih harum dan menusuk.

Mohd Shahrizal berkata, permintaan tinggi terhadap burung itu adalah kerana banyaknya khasiat pada burung cenderawasih yang dikatakan berasal dari alam kayangan itu,serta menolak tanggapan masyarakat yang burung itu dibela atau hidup dihutan telah diungkapkan masyarakat Melayu lama dalam kitab-kitab lama.

揇alam kitab Tajul Muluk telah diberikan beberapa panduan tentang perubatan dan khasiat burung itu, termasuk warnanya yang mempunyai variasi tersendiri,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2007 04:08 AM | Show all posts
Originally posted by anime at 26-11-2007 03:30 AM
kes kes kes kes .. rasanya masa ko belajo kat sekolah tu ko asik kena tipu aje ngan cikgu tukan ...

alih alih jumpa kat taman burung


Oitt!! Ada ke mcm itu pulak. Cikgu aku cuma terangkan apa yg org Melayu dlu2 pecaya ttg burung ni. Dier smpt kata burung ni mmg wujud & cuma ada kt Irian Jaya & Papua New Guinea jer...

Aku citer dlm thread ni pun sbb aku nk kongsi ilmu dgn korg. Alih2 ko ckp aku kena tipu dgn cikgu aku plak... Cuba ko baca balik msj aku yg sblum ni tu betul2... Apparaahhhh!!! :@:@:@

P/S: tak marah.. ckp jerk!! hehe.. PEACE!! :victory::victory:

[ Last edited by  ijad_adiputera at 26-11-2007 04:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 07:47 AM | Show all posts


Cuba tengok pada 0:46-0:53 (1:57-2:05), sama ke burung kat dalam ni dengan burung kat dalam gambar tu? Yang ni kat Irian Jaya/Papua New Guinea.



[ Last edited by  Gunner at 26-11-2007 07:51 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2007 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 26-11-2007 04:08 AM


Oitt!! Ada ke mcm itu pulak. Cikgu aku cuma terangkan apa yg org Melayu dlu2 pecaya ttg burung ni. Dier smpt kata burung ni mmg wujud & cuma ada kt Irian Jaya & Papua New Guinea jer...

Aku ...


hahahahaha ... kjangan lah marah bro . gurau ajer ...
kekadang aku terpk gak . orang orang tua ni selalu dok menipu budak budak ..
contoh ..
1. orangtua tua kata .. tak baik duduk atas bantal nanti punggung tumbuh bisol ..
tapi sebenarnya tidak ....

2. jangan main kat luar rumah nanti ade ****** potong kepala ..

3. jangan menyanyi ketika di dapur nanti dapat orang tua ..

dan macam macam lagi lahh ..tapi bila di kaji  balik .. lain pulak makna nya .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 01:25 PM | Show all posts
walaubagaimanapun .... burung ini sungguh misteri didalam masyarakat pelbagai bangsa ...
terutama dalam masyarakat melayu ...

kerana burung ini tinggi khasiatnya ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 01:27 PM | Show all posts
Originally posted by Gunner at 26-11-2007 07:47 AM
P85LoHftEKs

Cuba tengok pada 0:46-0:53 (1:57-2:05), sama ke burung kat dalam ni dengan burung kat dalam gambar tu? Yang ni kat Irian Jaya/Papua New Guinea.




burung ni banyak spises .. tapi dalam satu keluarga ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:55 PM | Show all posts
Kenapa burung cenderawasih dianggap burung syurga?

1. Habitat cenderawasih di pergunungan / tanah tinggi. Masyarakat dulu kan kaitkan area tinggi/langit dengan kayangan / syurga
2. Konon burung nak mati baru jejak bumi...of course la, burung tu dah tak kuat nak terbang!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #6 naden's post

Apa kata kalau burung kat Taman Burung tu mati...letak kat umah dia...tengok ada keras ka berulat....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 03:52 PM | Show all posts
cantik nya ciptaan Allah SAW
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 26-11-2007 02:57 PM
Apa kata kalau burung kat Taman Burung tu mati...letak kat umah dia...tengok ada keras ka berulat....


bertuah lah kalau ko dapat bangkai burung yang kat dalam taman tu ..
ko ingat depa nak bagi ke???
tapi kalau dapat memang bertuah .
tapi spises cenderasawaih ni sma macam burung merbuk ...
dia tak bau bangkai pon .. tetap kering macam tu ajer ..
kalau tak caya ko pi tangkap burung merbuk tu ( tapi biar dia mati dengan sendiri ,janagn lak ko bunuh dia )
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 05:34 PM | Show all posts
Subanallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 06:01 PM | Show all posts
wow... bgs thread ni.. seumur hidup aku tak pernah tgk burung cenderawasih ni.. sblm ni cuma dgr cite org2 lama je.. subhanaAllah, cantinya ciptaan tuhan..

gmbr tu burung sebenar yg dah keras / diawet kan.. bukan patung ciptaan manusia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 26-11-2007 06:01 PM
wow... bgs thread ni.. seumur hidup aku tak pernah tgk burung cenderawasih ni.. sblm ni cuma dgr cite org2 lama je.. subhanaAllah, cantinya ciptaan tuhan..

gmbr tu burung sebenar yg dah keras  ...


buat pengetauhan goldraja . burung tu memang dah mati ...
itu adalah bangkai burung tu .. tapi menurut cerita .. bangkai itu tak akan berbau busuk dan reput sampai bila bila ..
ia tetap harum ajer bau nya ..

ghau ghau ghau bau nyer .. lebih kurang cam tu lah kot ...
itulah keistimewaan burung ini yang dijadikan oleh ALLAH ..
supaya kita lebih beriman kepada-NYA
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 26-11-2007 09:17 PM | Show all posts
Sepertinya diambil dari sini ya Pak CIK
http://infokito.wordpress.com/20 ... urung-cenderawasih/
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 10:12 PM | Show all posts
SEJARAH MENURUT KITAB LAMA

AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya  dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.

Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dan bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.

Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.

Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.

Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Romdan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya. Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya, Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.

credits : cenderawasih.bl0gsp0t


[ Last edited by  naden at 26-11-2007 10:14 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.538618 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list