|
Datuk Siamang Gagap pahlawan Negeri SembilanOleh Hussain Said
LAKARAN wajah Datuk Siamang Gagap
Kahar Mukmin berjaya halau Inggeris dalam Perang Bukit Putus
JIKA negeri lain berbangga kerana memiliki pahlawan terbilang menentang Inggeris, Negeri Sembilan juga tidak terkecuali mempunyai tokoh yang boleh dibanggakan dan disanjung tinggi kerana berjuang menentang penjajah itu.
Kahar Mukmin atau lebih dikenali Datuk Siamang Gagap adalah tokoh terawal yang menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus", peristiwa yang menjadi titik tolak kepada campur tangan Inggeris di negeri yang terkenal dengan adat Perpatih itu.
Sebenarnya, campur tangan Inggeris di Negeri Sembilan berpunca daripada krisis dan pergolakan takhta kerajaan negeri antara Tengku Laksamana Antah dan Tengku Ahmad Tunggal pada 1872 iaitu selepas kemangkatan Yamtuan Imam.
Datuk Siamang Gagap yang berasal dari suku Tanah Datar di Seri Menanti adalah pembesar Istana Seri Menanti dan kedudukannya ketika itu sama seperti Menteri atau Bendahara yang mengetuai pentadbiran dalam takhta kerajaan.
Beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap apabila dikatakan bersendirian dalam menentang orang Rawa (Temusi) yang cemburu dengan kemajuan dan kemakmuran Seri Menanti dan kerana kehandalannya itu beliau diberi gelaran itu oleh Yamtuan Radin.
MASJID yang dibina Datuk Siamang di Kampung Terusan Juasseh
Walaupun Yamtuan Radin mangkat pada 1861, Datuk Siamang Gagap masih menjadi pembesar istana yang penting di bawah pentadbiran Yamtuan Imam yang menggantikan kekandanya itu dari 1861-1869.
Kemangkatan Yamtuan Imam menyebabkan berlaku krisis mencari pengganti baginda dan Tengku Ahmad Tunggal, putera sulung Yamtuan Radin dikatakan menuntut hak supaya dirinya dilantik menjadi Yamtuan.
Namun, atas sebab-sebab tertentu, pembesar istana dikatakan enggan melantiknya dan Datuk Siamang Gagap secara tegas mengangkat Tengku Ampuan Intan, yang juga isteri kepada Yamtuan Radin sebagai pemangku takhta kerajaan.
Sebenarnya, keputusan Datuk Siamang Gagap melantik Tengku Ampuan Intan itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana yang kemudian melantik Tengku Laksamana Antah, putera Yamtuan Radin iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam menaiki takhta kerajaan pada 1972.
Pelantikan Tengku Laksamana Antah sebagai Yamtuan itu, iaitu kira-kira tiga tahun selepas kemangkatan Yamtuan Imam mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal.
Penentangan itu dikatakan menjadi pergolakan penting dalam sejarah takhta kerajaan yang membawa kepada meletus perang saudara yang tercatat dalam sejarah Negeri Sembilan sebagai "Perang Bukit Putus".
Tengku Ahmad Tunggal yang kecewa kemudian meninggalkan Seri Menanti dan bertemu dengan Datuk Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujung iaitu Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman yang simpati dengan nasibnya.
Pada masa ini, Inggeris yang sudah pun memerintah Melaka dengan menerima arahan dari Singapura sejak perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein Shah pada 7 Mac 1819 memainkan peranan untuk mencampuri urusan di Negeri Sembilan.
Inggeris yang datang ke Sungai Ujung (dikenali Seremban) sebenarnya terpikat dengan bijih timah menyatakan sokongan kepada Datuk Kelana Putera dan berjanji memberi bantuan kepadanya sekiranya hendak menyerang Seri Menanti dalam usaha membantu Tengku Ahmad Tunggal merebut takhta kerajaan.
Menerusi janji dan bantuan Inggeris itu menyebabkan krisis takhta kerajaan negeri bertambah parah yang akhirnya berlaku peperangan antara Sungai Ujung dan Seri Menanti yang dikenali sebagai "Perang Bukit Putus".
Dalam peperangan itu, penduduk Seri Menanti yang berdiri teguh di belakang Yamtuan Antah diketuai oleh Datuk Siamang Gagap sementara penduduk Sungai Ujung diketuai Kapten Murray, seorang pegawai tentera Inggeris.
Pada peringkat awal, pasukan Datuk Siamang Gagap berjaya mengundurkan lawan hingga ke Paroi tetapi pihak Inggeris kemudian menambah kekuatan dengan membawa askar sepoi dari Melaka untuk membantu.
Pihak Inggeris dengan senjata lengkap akhirnya memenangi pertempuran pada 1874 itu dan bagi mengelakkan ditawan, Yamtuan Antah melarikan diri ke Johor sambil Datuk Siamang Gagap meneruskan perjuangan menentang kemasukan Inggeris ke Seri Menanti.
Ketika Datuk Siamang Gagap merancang mahu bertindak balas, beliau mendapat tahu Yamtuan Antah dikatakan sudah menerima syarat berdamai yang dibuat oleh Fredrick Alusysweld.
Namun, dikatakan perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Inggeris pada 4 Jun 1887 itu terus mendapat tentangan daripada Datuk Siamang Gagap dan bagi mengendurkan suasana, pihak Inggeris dikatakan menawarkannya menunaikan fardu haji ke Makkah.
MAKAM Datuk Siamang di Masjid Kampung Terusan Juasseh, Kuala Pilah.
Ketika pemergian Datuk Siamang Gagap ke Makkah, Inggeris dikatakan mengambil kesempatan memeterai perjanjian dengan Yamtuan Antah dan apabila pulang beliau akhirnya terpaksa mengalah sebaik mengetahui perjanjian itu sudah ditandatangani.
Selepas menandatangani perjanjian itu, Inggeris berjaya meletakkan pengaruhnya dengan lebih berkesan di Seri Menanti dan kedudukan bandar diraja itu kian tersepit selepas Yamtuan Antah mangkat kira-kira empat bulan selepas perjanjian itu.
Bagaimanapun, dalam usaha Inggeris mahu melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan bagi menggantikan Yamtuan Antah yang mangkat pada 1888, Datuk Siamang Gagap keras menentang.
Akibat penentangan itu, pihak Inggeris dikatakan melantik Tuanku Muhammad menjadi Yamtuan dan akhirnya pada 13 Julai 1889, Inggeris menamakan Martin Lister sebagai Residen Inggeris pertama di Negeri Sembilan.
Mengikut sumber Datuk Siamang Gagap yang benci dan menentang kuat terhadap Inggeris kemudian mengundurkan diri daripada menjadi pembesar istana dengan melarikan diri ke Pahang selepas penjajah itu campur tangan sepenuhnya di negeri berkenaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
err..syd.., tumpang tanya...errr..asal nama dia siamang gagap eh..??tuh nama betul ker..?apa nama betul dia..? |
|
|
|
|
|
|
|
FAKTA: Datuk Siamang Gagap
Nama sebenarnya Kahar Mukmin
Gagap sewaktu kecil tetapi masalah itu diatasi sebaik dewasa
Mempunyai badan sasa dan tegap dengan bulu mata kening tebal menutup pelupuk mata
Pernah dikatakan belajar di Sumatera, Indonesia
Berkahwin dengan gadis bernama Cik Kembang
Mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap selepas menewaskan orang Rawa secara sendirian
Pembesar istana dan terbabit dalam pelantikan Yamtuan
Mengetuai pasukan Yamtuan Antah menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus"
Dikatakan melarikan diri ke Pahang selepas Inggeris menguasai Seri Menanti
Dikatakan meninggal dunia di Makkah, Pahang dan Kampung Terusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 putratropika's post
heheheh
sori..lambat paste profile dia
dia mmg gagap dulu
masa kekecik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Syd's post
lebih baik gagap dr gugup.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Syd's post
takpe syd..dont be..thnks anyway for the info.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo...........baru aku teringat, aku pernah nampak sekolah kat negeri sembilan . nama sekolah tu sekolah kebangsaan Siamang Gagap. Aku pun pelik dengar nama sekolah mcm tu. Rupanya tokoh pahlawan negeri sembilan rupanya. Good info!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 putratropika's post
rasul melayu tu pun nama KAHAR gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
Pertama kali dengar nama nih. Good information!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah2 kene letak profile tokoh2 yg bersejarah. jangan letak nama je org mana tau. bagitau generasi muda sejarah kita. kalau x dengar nama Sek Siamang Gagap org persendakan... ish3 x baik... |
|
|
|
|
|
|
|
patut dlm buku teks sejarah skolah kita pun kene masukkan tokoh2 menentang penjajah mcm nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
sesape yg dah bace sejarah mengenai tokoh/tempat/atau ape-ape jerk kat sini harap dpt copy paste artikel kat sini dan simpan dalam pc memasing... leh cite kat kengkawan.... keluarge anak-anak... cucu-cucu...
supaye semua sejarah tak hilang sampai bebile... |
|
|
|
|
|
|
|
sedap nama ni..kahar mukmin..dua nama ni mcm saling melengkapi jer..kalau ada buku psl beliau, i lagi suka beli drpd baca kat internet..lebih feel |
|
|
|
|
|
|
|
siamang gagap hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ada sangkut paut dengan leftenan adnan saidi... aku baca dalam novel leftenan adnan... |
|
|
|
|
|
|
|
eeeekkkk, garang sioll muka |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# Syd
syd...pe hbgan tengku muda chik ngn tuanku mehammad tu?dogr ni anak spe plak?huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|