View: 21380|Reply: 73
|
Apa korang buat kalau tak berpuas hati dengan alih suara anime TV?
[Copy link]
|
|
Hello korang sumer...!!!
Pernah tak korang rasa menyirap darah bila tengok kualiti alih suara anime ke BM kat TV...? Contohnya, even sesama musuh pun still guna "saya" dan "awak" dan bukannya "aku" atau "kau", pastu walau camaner lahanat pun setakat cakap "tak guna" jer (cakap "bodoh" atau "celaka" pun takleh, padahal P. Ramlee time citer Ali Baba Bujang Lapok tu macam2 kuar, "bodoh, bangang, bahlol, baghal, kelabu asap" sumer ada)... Tu baru jer sebahagian daripada dier, lagi sakit ati tengok Fullmetal Alchemist, skema giler bahasa dier (padahal dalam Bahasa Jepun setakat pakai bahasa pasar diorang jer)...
So apa yang korang buat? Adakah korang akan terus layan anime alih bahasa BM tu ataupun korang carik alternatif lain...? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku, aku apply kat tv utk jadikan aku pengalih suara |
|
|
|
|
|
|
|
tutup je TV................... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tak paham jugak dorang ni.. takde kepelbagaian dalam alihbahasa...
teringat citer Ah-Ha.. dorang buat telenovela alihbahasa... lawak2...
tiru sebijik2...
nak alihbahasa pun pakai kroni.. tu pasal tak berkembang.. suara orang yang sama je manjang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by milo_888 at 10-1-2008 08:09 PM
teringat citer Ah-Ha.. dorang buat telenovela alihbahasa... lawak2...
tiru sebijik2...
Yang lawak time tu pasal lip sync dier laa, bibir tak synchronize langsung dengan dialog, tu yang lawak giler... |
|
|
|
|
|
|
|
korang kalau tgk Sin Chan versi Indon..aku boleh kata 20 X lagi best dari malasyia punya alih bahasa...dahla suara
tua...aku pun tak tau macam mana nak gelak |
|
|
|
|
|
|
|
Tutup jer tv tu... Alih bahasa utk FMA ngan Tsubasa memang pelik. Dua2 anime tu ore tak layan kat tv. School Rumble kat ntv7 pun rasanya dialih suara oleh company yg sama, tapi ore tengok gak... sebab best. Haha! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 meela's post
ini aku setuju..
aku kat johor ni selalu tengok indon punya..
err... hai nona manis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm aku pernah gak dok JB tapi tak pernah lak berkesempatan tengok anime kat TV Singapore tengok camaner keadaan dier... |
|
|
|
|
|
|
|
layan jer |
|
|
|
|
|
|
|
Layan jer......xkan nak miss citer tue kot???? |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah. Kat tred lain sy gesa pihak tv agar dedahkan sykt dan pelakon2 yg buat alihsuara tu. Industri alihsuara kita sudah menampakkan kepelbagaian yg tiada 4 thn dulu, namun masih x "transparent", jd mutu alihsuara menjadi x menentu. Tp bila Robots dan HSM dialihsuara, sy dengar ramai yg tertarik krn mereka kenal pengalih suaranya, lagipun pengalih suaranya terkenal
Sy rasa pengalih suara utk FMA, School Rumble tu, bukan bertapak kat KL. Loghat daerah manakah perkataan "bilang" gantikan tempat "bagitau"? Lagipun rasanya ada pembabitan berbilang kaum, krn ada yg cakap dgn pelat sikit2
Kalau kartun Barat dialihsuara ke BM, camaner pendapat korang? Rasanya di situlah pengalih suara ada pd kedudukan yg kukuh krn sungguhpun kononnya bahasa Inggeris ramai yg faham, namun adalah terbukti bhw penonton tempatan lebih pentingkan 'ketempatanan'. Erti kata lain, the American toons are sort of the real 'meaning of life' for the local dubbing industry, though English is "widely understood" but there are way many who insist on their local lingo. Faham x? Kita x terdaya lagi utk kutuk derang sampai industri alih suara pupus, kan?
Squall, sy rasa "awak" lebih kasar berbanding "kau", kan?
[ Last edited by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Squall, sy rasa "awak" lebih kasar berbanding "kau", kan?
Tak. Setiap bahasa ada kata ganti nama yang formal dan tak formal dan gak yang sopan dan kurang sopan. Dari sudut kesopanan satu2 kata ganti dalam Bahasa Melayu, dier ikut urutan ni:-
Kata ganti nama diri pertama: Patik / beta (bahasa istana, paling formal dan paling sopan tapi tak digunakan sesama rakyat biasa) --> Saya (default formal) --> Aku (tak formal)
Kata ganti nama diri kedua: Kamu (paling formal dan sopan, tapi tak sopan kalau digunakan oleh orang yang tarafnya lebih rendah, macam orang muda kepada orang tua) --> Anda (formal dan sopan, tapi cuma boleh digunakan kepada orang yang tak ada kat tempat si tukang cakap) --> Awak (default, formal dan tak formal, tapi jadik kurang sopan kalau digunakan oleh orang yang tarafnya lebih rendah) --> Engkau (paling tak formal)
Sebenarnya dalam Bahasa Melayu istilah paling sopan dan paling formal ialah gunakan nama jer.
Kalau dalam Bahasa Jepun, tahap kesopanan dan keformalan adalah camni:-
Kata ganti nama diri pertama: Watakushi (paling formal, gender-free) --> Watashi (default formal, gender-free) --> Boku (lelaki) / Washi (orang tua, gender-free) (sopan dan tak formal) --> Ore (lelaki) / Atashi (perempuan) (paling tak formal dan selalu digunakan)
Kata ganti nama diri kedua: Anata (default, paling formal, gender-free) --> Kimi (sopan dan tak formal) --> Anta (tak formal, kurang sopan daripada "kimi") --> Omae (paling tak formal dan kurang sopan daripada "anta")
[ Last edited by Squall-Leonhart at 12-1-2008 01:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Sy rasa pengalih suara utk FMA, School Rumble tu, bukan bertapak katKL. Loghat daerah manakah perkataan "bilang" gantikan tempat "bagitau"?Lagipun rasanya ada pembabitan berbilang kaum, krn ada yg cakap dgnpelat sikit2
Org Melayu Singapore yg guna perkataan 'bilang' sbg ganti 'bagitau'. Ore rasa syarikatnya bertapak kat Singapore kot, sebab accent diorang serupa sgt ngan org s'pore walaupun kekadang diorang cuba nak tiru loghat org sini (tapi diorang wat tak jadi. hehehe).
Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Kalau kartun Barat dialihsuara ke BM, camaner pendapatkorang? Rasanya di situlah pengalih suara ada pd kedudukan yg kukuh krnsungguhpun kononnya bahasa Inggeris ramai yg faham, namun adalahterbukti bhw penonton tempatan lebih pentingkan 'ketempatanan'. Ertikata lain, the American toons are sort of the real 'meaning of life'for the local dubbing industry, though English is "widely understood"but there are way many who insist on their local lingo. Faham x? Kita xterdaya lagi utk kutuk derang sampai industri alih suara pupus, kan?
Pada pendapat ore, alih suara Inggeris ke BM sgt tak patut bagi katun2 cam SpongeBob. Sebab lawak dlm katun ni byk bergantung kpd Bahasa Inggeris itu sendiri. Spt yg diketahui umum, Sesetengah frasa Bahasa Inggeris takde gantinya dlm Bahasa Melayu. Jadi kalau ditransletkan, memang buruk lagi hodohla bunyik nyer. Ore pernah tengok My Life As A Teenage Robot dan Jimmy Neutron dlm Bahasa Melayu. Boleh tahan, walaupun sesetengah expression BI ditranslate bulat2 ke dlm Bahasa Melayu. Bunyinya memang pelik.
Dari segi delivery, alih suara BM masih agak lemah. Kadang2 ore rasa penyampaian dialog tu kurang meyakinkan; macam flat jer bunyinya. Tapi sesetengah voice actor BM bleh tahan skil dier.
Originally posted by scorpio_mmiv at 12-1-2008 12:22 PM
Squall, sy rasa "awak" lebih kasar berbanding "kau", kan?
"Awak" jauh lebih sopan berbanding "kau". Rujuk Tatabahasa Dewan. |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah dengar yg BM tuh
baik bljar bahasa jp lagi senang |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg tak tgk tv..
nasib baik..fuh~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 scorpio_mmiv's post
tak silap ore, skrg bleh tgk Jimmy Neutron dialih bahasa BM kat Nickelodeon kat Astro... |
|
|
|
|
|
|
| |
|