View: 18291|Reply: 43
|
Ilmu Yakin, Ainul Yakin, Haqqul Yakin
[Copy link]
|
|
Mari kita bincangkan bersama, bab yakin nie setiap orang kena usaha.
Bagaimana jalannya untuk dapatkan ketiga-tiga tahap yakin tersebut, tahap yang paling tinggi adalah haqqul yakin. lawan yakin adalah ragu.
[ Last edited by kuman at 15-1-2008 05:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum w.b.t.
Bismillahirrahmannirrahim....
Nampak asap di balik bukit. Secara ilmunya itu mungkin kebakaran (kebakaran apa, tak tau lagi). Apabila pergi ke balik bukit itu, nampak api...rupanya dilihat sampah yang dibakar. Secara hakikinya api itu panas, tetapi tidak mengetahui bagaimana rasanya PANAS. Apabila telah masuk ke dalam api, rupanya api itu begini rasanya......
Mmmmm boleh ke begini? |
|
|
|
|
|
|
|
"BERIBADATLAH KEPADA TUHANMU SEHINGGA DATANGNYA KEPADAMU AL-YAKIN" surah al-Hijr ayat 99.
Semua mufassirin yang muktabar menafsirkan perkataan al-yakin di atas sebagai "al-maut" iaitu kematian. "Beribadatlah kepada Tuhanmu sehingga datangnya kepadamu kematian".
Orang tareqat tafsir maksudnya maqam sufi, makrifat, untuk gugurkan syariat dan macam2 lagi, orang syiah punya tafsir macamana pulak? lebih kurang sama aja ke?
[ Last edited by kupia at 15-1-2008 10:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm.... betultu pipi
Ini cuma contoh untuk pendekatan kefahaman sahaja ok.
ILMU YAKIN contohnya, si A beritahu anda, "dibawah rumah awak ada harta Karun". Disini terpulang kepada anda samada nak percaya atau tidak, yang pasti maklumat tersebut sudah sampai kepada anda, disampaikan oleh si A.
AINUL YAKIN tahap satu, contohnya: untuk menghilangkan keraguan, apabila anda balik kerumah anda ambil cangkul gali lubang dibawah rumah anda, anda dapati BETUL ada harta karun. Sekarang anda baru betul-betul yakin dengan maklumat si "A" tadi.
AINUL YAKIN tahap dua, di waktu yang lain si A beritahu lagi satu maklumat, " Tidak lama lagi awak akan dibuang kerja", anda tidak percaya maklumat tersebut, selang dua minggu anda pun dibuang kerja oleh majikan anda. Sekarang anda yakin dengan malumat si "A" tadi.
AINUL YAKIN tahap tiga, selepas sebulan kemudian si A datang lagi dan memberitahu " rumah awak ini akan terbakar, lebih baik awak pindahkan semua barang-barang dalam rumah ini ketempat selamat", diwaktu ini anda akan mengelabah sedikit sebab mungkin betul apa yang dikatakan oleh si A, walaupun tidak ada bukti, tetapi dua maklumat sebelum ini benar-benar terjadi. tetapi anda masih tetap ragu-ragu dengannya, anda pun berkata didalam hati " ahh biarlah, mungkin maklumat sebelum ini terjadi secara kebetulan sahaja", selang tiga hari anda dapati rumah anda telah terbakar, anda merasa menyesal kerana tidak pindahkan barang-barang dalam rumah, sekarang semua telah jadi arang, menyesal kemudian tidak berguna. Sekarang baru anda yakin maklumat si A tadi memang betul.
AINUL YAKIN tahap empat, selang beberapa bulan selepas rumah anda terbakar, si A datang lagi dan beritahu " tak lama lagi wabak penyakit akan datang, untuk mengelakannya awak perlu berpuasa selama 7 hari berturut-turut, kalau tidak awak akan terkena wabak penyakit tersebut", pada kali ini anda dah yakin dengan si A, anda pun berpuasa 7 hari, kemudian datang wabak penyakit Taun, menyebabkan habis semua orang kampung anda mati, tinggal anda seorang sahaja yang hidup.
HAQQUL YAKIN tahap satu, pada tahap ini anda telah melalui 4 kejadian semuanya benar, kini kepercayaan anda kepada si A, sudah sampai ketahap yang paling yakin sekali. suatu hari si A datang lagi kemudian memberitahu " Tsunami akan datang dari laut sana, lebih baik awak tinggalkan kampung ini segera", anda telah yakin dengan si A maka anda pun tanpa berlengah-lengah pergi meninggalkan kampung anda, beberapa hari selepas itu datang Tsunami dari arah laut lalu meneggelamkan seluruh kampung anda. Anda berasa lega dan berterima kasih kepada A kerana memberitahu anda.
HAQQUL YAKIN tahap teratas, diwaktu yang lain selepas lima kejadian yang lalu, datang lagi si A, anda pun menjamunya dengan sedikit makanan dan minuman, tiba-tiba si A bertanya " Diwaktu malam begini berehat memang sedap, cuaca pun nyaman.", kemudian anda menjadi pelik lalu berkata, "eh sekarang ini hari masih siang tapi kenapa tuan kata malam?", "tidak, sekarang waktu malam bukannnya siang". pada tahap ini sekali lagi keyakinan diuji, adakah anda mahu percaya jika matahari masih memancar di hadapan mata tetapi si A mengatakan waktu malam?" Jika keyakinan telah sampai tahap HAQQUL YAKIN anda akan percaya dan yakin dengan sebenarnya bahawa pada saat itu adalah malam, bukannya siang. Keyakinan anda kepada si A tidak ada was-was atau ragu. Anda dapat menerimanya dengan sepenuh hati. Inilah tahap keyakinan yang paling tinggi sekali yaitu HAQQUL YAKIN.
....
nanti bersambung lagi....
[ Last edited by kuman at 16-1-2008 11:14 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ilmu ni utk apa?semata2 utk dunia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
..sebagai sambungan dari contoh diatas kita fikirkan pula, kita beragama islam dan telah beriman, kita percaya bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang nabi yang membawa berita gahib, yang menunnjukan kita kejalan selamat. Kita semaklah diri kita adakah keyakinan kita kepada Nabi SAW sampai ketahap HAQQUL YAKIN tahap atas?, atau sampai ainul yaqin sahaja, atau tahap ilmu yakin sahaja, atau ada bab kita yakin ada bab kita ragu. Sama-samalah kita periksalah diri kita sendiri.
Jika kita hanya menggunakan akal sahaja, kita tidak akan sampai ketahap haqqul yakin tahap teratas, sebab ada beberapa perkara dalam agama ini yang berada diluar jangkauan akal manusia, hanya dengan iman yang sempurna sahaja kita boleh yakin.
Jika kita lihat satu peristiwa sewaktu haji wada, Rasulullah SAW bertanya kepada sekalian para sahabat2, hari ini adalah hari apa dan dimanakah mereka berada pada ketika itu, soalan ini adalah ujian untuk mengetahui tahap keyakinan para sahabat kepada baginda, jawab para sahabat " Allah dan rasulnya yang mengetahui", jawapan ini adalah jawapan yang menunjukan apa sahaja maklumat dari Allah dan Rasul mereka percaya bulat-bulat. Pada ketika ini bukannya para sahabat tak tahu berapa haribulan, siang atau malam, dan dimanakah mereka, tetapi mereka lebih percayakan maklumat dari Allah dan rasul melebihi dari apa yang mereka lihat,
Kesimpulan : Jika sekiranya nabi kata hari malam ketika itu, sedangkan sahabat tengok hari sedang siang, nescaya para sahabat percaya hari sedang malam walaupun mereka nampak matahari pada waktu itu. Sahabat lebih percayakan nabi dari diri mereka sendiri.
Inilah HAQQUL YAKIN tahap tertinggi yang dimiliki oleh para sahabat. Insyaallah mari kita usahkannya.
Bersambung匸/color] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 daudkaran's post
Islam adalah agama yang dibawa oleh rasullullah, semua perintah agama adalah dari Alllah, disampaikan dari lidah rasulullah.
Semuanya benar-sebenarnya, namun untuk membuktikan bahawa kita yakin kepada nabi, adakah kita takut berita ancaman api neraka, atau teringin nak masuk surga supaya selamat dari neraka, ada juga nabi kata kalau macam ini Allah murka, adakah kita benar-benar takut. Dimana keyakinan kita...kita semaklah sendiri... jika lemah kita usahakanlah keyakinan dengan bertafakkur dan merenung Al-quran dan Hasdist baca, belajar amalkan supaya selamat. Insyaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kuman's post
ilmu tu anugerah,bkn hak milik..saper yg rasa dia pemilik ilmu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kuman's post
inilah yang dimaksudkan dengan ilmu sirr atau rahsia.
Bukan rahsia itu kerana guru-gurunya menyembunyikannya atau kena belajarnya tengah-tengah malam di bilik2 tersembunyi, tapi rahsia kerana hanya diri kita dan Allah sahaja yang mengetahui setakat mana ilmu tu ada pada diri kita.
Mcm firman Allah dalam Al Baqarah 46 tentang orang yang khusyu' dlm solat:
Allazii na ya zhunnu na annahum mulaa quu robbihim wa Annahum ilaihi roo ji'uun.
[46] (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Saya ingat mungkin dari ayat ni kot yang ulama kupas perkataan "zhon" yang bermaksud tahap yakin yang dianggap sudah diterima oleh Allah dalam beberapa perkara wajib, tapi masih boleh improve, berbanding dengan tahap keyakinan yang lain seperti syak, waham dan tak percaya langsung yang ditolak oleh syariat sebagai masih tak mencukupi.
So berbalik kepada Al Baqarah 46, adakah kita percaya dengan yakin yang kita akan kembali kepada Tuhan kita? Betul-betul yakin atau masih syak? Kenapa solat masih tidak khusyu'? Atau sudah khusyu' sekarang ni? Kenapa masih lagi melanggar hukum2 Allah? Kenapa masih lagi berbuat dosa? Soalan2 yang hanya diri(nafs) kita yang boleh jawab.
Wal tanzhur nafsun ma qoddamat li ghod? (sebahagian dari Al Hasyr 18)
Dan hendaklah tiap-tiap diri (nafs) melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa keyakinan begini yang dipraktik kan dalam jemaah tabligh yang aku hadiri dulu dulu...
menanam keyakinan kita terhadap Alllah swt bahawa semua yang berlaku dengan izin Nya jua walau tidak masuk akal...sekalipun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 15-1-2008 07:24 PM
"BERIBADATLAH KEPADA TUHANMU SEHINGGA DATANGNYA KEPADAMU AL-YAKIN" surah al-Hijr ayat 99.
Semua mufassirin yang muktabar menafsirkan perkataan al-yakin di atas sebagai "al-maut" iaitu kematian ...
Memang maut itu haqqul yaqiin - kerana semua orang islam atau kafir termasuk George Bush, Arial Sharon, Abu Jahal akan mencapai taraf haqqul yaqiin bila depa dah mati. Yang dicari oleh orang beriman, usaha capai tahap haqqul yaqiin semasa masih hidup di dunia lagi, sebab yaqin ni kalau dah mati tak guna dah..
Mafhum Surah As Sajda
[12] Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.
[13] Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh).
Satu lagi taraf yang dicapai oleh orang yang mati ni tak kira islam atau kafir adalah kasyaf - iaitu mengetahui sesetengah perkara ghaib (saya rasa ini pernah saya baca dalam al quran tapi tak ingat surah mana). Masakan tidak, boleh lihat malaikat dan kena balun dengan malaikat dalam kubur - itu kasyafla tuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuman at 15-1-2008 05:40 PM
Mari kita bincangkan bersama, bab yakin nie setiap orang kena usaha.
Bagaimana jalannya untuk dapatkan ketiga-tiga tahap yakin tersebut, tahap yang paling tinggi adalah haqqul yakin. lawan yak ...
bagus yugak thread nih.... tima kasyih tuan ghumah 4 you inpho... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
kan NABI ADA BERPESAN:
SESUNGGUHNYA IMAN ITU LEBIH DR 70 CABANG
SERENDAH-RENDAHNYA SINGKIR RANTING DI TENGAH JALAN
DAN SETINGGI-TINGGINYA KALIMAH TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
ada sapa-sapa boleh tolong terangkantak????? |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf . Off Topic . Ana hanya pembaca yang setia . Menunggu dan menunggu teman setia . Satu dah siap sedia . Tinggal 3 lagi kekosongan untuk bersiap sedia |
|
|
|
|
|
|
|
setahu saya perkara pokok yg berkait dengan bab `yakin' adalah ilmu.
ie persoalan apa itu `ilmu'... yg selalu disebut epistemologi... iaitu teori ilmu.
ilmu al-yakin itu dikaitkan dengan ilmu drp akal murni/pure reason, atau jika mengguna istilah al-Jabiri disebut ilmu bayani.
ain al-yakin pula berkait dengan ilmu drp pengalaman pancaindera/sense perception atau al-Jabiri sebut sebagi ilmu burhani. Atau selalu juga disebut sebagai pendekatan empirikal. Golongan rasional sgt2 menyanjung dua ilmu ini. Tamadun barat kini bertopang atas dua ilmu ini.
ilmu al-haq adalah ilmu yg diperoleh secara ilham/intuisi/intuition. Ilmu seperti ilmu makrifat inilah dia. Golongan sufi cenderung pada ilmu ini. Irfani kata al-Jabiri.
jika menurut epistemologi al-ghazali hanya ilmu al-haq ini yg tidak goyah, ie membawa keyakinan paling tinggi sedangkan yg dua lagi senang goyah.
adakah iman dan yakin itu elemen yg sama dalam diri kita?
jika menurut pembuka topik ini yakin itu nampaknya boleh dibina... hingga boleh masuk yakin haq. Jika menurut pembahagian yg saya jelaskan sebelum ini banyak org berpendapat ilmu al-yakin itu sebenarnya berdiri sendiri tanpa sokongan dari yg dua lagi... begitu menurut al-Ghazali misalnya, tetapi pendapat ini dikritik oleh Iqbal yg mengatakan ada kaitannya, ie organically related.
banyak ahli teologi berpendapat iman/kepercayaan dan akal (faith/belief and reason) tidak bersatu. Iman/faith tak perlukan akal(sebab)/reason ie kita boleh percaya pada sesuatu tanpa ada sebab atau perlu disokong oleh sebab2 atau bukti2 tertentu. Faith is beyond reason kata mereka. Org sufi misalnya tak gemar beriman pada tuhan menggunakan alasan2 atau bukti2 tertentu. Iman sebenar ialah iman tanpa sebab dan alasan. Iman bersebab ialah iman golongan rasional. Bagi sufi tuhan hanya boleh dirasa tetapi bukan difikir.
bagi saya contoh/kaedah yg diberi oleh pembuka topik berkait pembinaan keyakinan al-haq tidak begitu serasi dengan epistemologi yg biasa difahami. Jika keyakinan itu berpunca dari akal murni dan pancaindera maka kaedahnya adalah lain. Jika bersas ilham/intuisi kaedahnya adalah berbeza. Mencari keyakinan al-haq mengguna kaedah empirikal tidak akan sampai kematlamatnya. Maka jadilah nanti keyakinan itu keyakinan palsu sebab biarpun kebenaran boleh dibuktikan secara akal dan empirikal ia masih memilih untuk percaya buta sehingga menidakkan fakta.
jika kita perhati rukun2 iman, ia mengandung elemen2 nyata dan ghaib. Nabi dan Quran adalah perkara nyata. Tuhan dan hari akhirat adalah perkara ghaib. Dengan itu menurut saya semua fakulti manusia dapat dipenuhkan, baik iman/kepercayaan baik akal/reason. Maha suci Allah.
[ Last edited by petola at 17-1-2008 02:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 17-1-2008 02:27 AM
ilmu al-yakin itu dikaitkan dengan ilmu drp akal murni/pure reason, atau jika mengguna istilah al-Jabiri disebut ilmu bayani.
ain al-yakin pula berkait dengan ilmu drp pengalaman pancaindera/sense perception atau al-Jabiri sebut sebagi ilmu burhani. Atau selalu juga disebut sebagai pendekatan empirikal. Golongan rasional sgt2 menyanjung dua ilmu ini. Tamadun barat kini bertopang atas dua ilmu ini.
ilmu al-haq adalah ilmu yg diperoleh secara ilham/intuisi/intuition. Ilmu seperti ilmu makrifat inilah dia. Golongan sufi cenderung pada ilmu ini. Irfani kata al-Jabiri.
jika menurut epistemologi al-ghazali hanya ilmu al-haq ini yg tidak goyah, ie membawa keyakinan paling tinggi sedangkan yg dua lagi senang goyah.
Betul tu petola,
Ilmu yakin bermaksud satu maklumat yang pasti didalam agama islam, tetapi dalam bentuk maklumat, ada yang logik akal dan ada yang diluar jangkauan akal.
Ainul yakin bermaksud satu maklumat yang beserta bukti/pengalaman mata kepala. dalam erti kata yag lain "dah tengok baru percaya".
Ilmu Haqqul Yakin bermaksud hanya dengan maklumat sahaja sudah cukup, tidak perlukan bukti, samada boleh diterima akal atau diluar jangkauan akal.
Ilmu haqqul yakin diluar jangkauan akal ini contohnya semasa peristiwa nabi SAW balik Israk dan Mikraj, ramai orang tak percaya apabila nabi baritahu yang dia telah pergi kelangit secara fizikal dan sedar, Nabi SAW juga menceritakan apa yang dialaminya. Oleh itu orang kafir Quraish telah memanggil saidina Abu Bakar untuk mengetahui apakah dia boleh percaya perkara yang sudah tidak dapat lagi mampu diterima akal biasa.
Jawab saidina Abu Bakar, bahawa dia percaya, dan kalau ada yang lebih dari itu sekalipun dia tetap akan percaya.
Inilah bukti yang mana Iman Saidina Abu Bakar tidak bergoncang sedikitpun, kerana dia sudah sampai tahap Haqqul yakin tahap tertinggi, yang mana dia tidak perlukan bukti terlebih dahulu untuk percaya apa sahaja yang datang dari Rasulullah. SAW. Atas peristiwa ini saidina Abu Bakar ra. digelar AsSidik yakni membenarkan.
Insyalllah..sekarang mari kita lihat pula apa jalan yang boleh membawa kita ketahap Haqqul Yakin.
Insyallah bersambung....
[ Last edited by kuman at 17-1-2008 08:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kuman's post
saudara kuman,terima kasih atas contoh ulasan yang panjang lebar,insyallah saya dah faham.dulu dah ada belajar bab ni tapi lupa,sebab masa belajar dulu pun tak banyak sangat disentuh..ilmu ni amat berguna untuk dipegang oleh semua umat Islam.pada forumner lain juga tahniah kerana memeri ilmu dan pendapat anda disini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by daudkaran at 16-1-2008 11:53 AM
ilmu tu anugerah,bkn hak milik..saper yg rasa dia pemilik ilmu?
Betul tu daudkaran, memang ia anugerah, disebalik itu Allah swt sentiasa menilik hati manusia, siapa yang ada keinginan dalam hatinya secara tulus untuk baiki iman dan amalnya, Allah swt akan beri taufik, ini yang disebut TALAB yaitu keinginan, kemudian Allah swt akan bantu dipanggil Inabah. Dengan ini kita akan dilorongkan jejalan kebaikan.
Sebenarnya banyak sebab yang boleh mencetuskan TALAB(keinginan), diantaranya memang telah ujud kecenderungan dalam hati untuk mencari kebaikan, contohnya salman Al-Farisi ra. dia adalah dari negeri parsi(iran kalau tak silap), dia merantau dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari kebenaran, kemudian Allah swt dipertemukan dia kepada nabi SAW, lalu memeluk islam.
Sebab yang lain contohnya apabila hati terpukul atau terkesan dengan satu-satu peristiwa, contohnya saidina Umar, memang dia menentang islam dengan kuat sekali, tetapi selepas dia menampar muka adiknya sehingga keluar darah maka datang rasa dalam hatinya(lembut hati), kerana itu adalah adiknya perempuannya, kemudian dia membaca Quran, lalu dapat hidayah.
Sebab yang lain seperti ditimpa bencana, musibah, menyebabkan seseorang itu menjadi insaf dengan kesalahannya, lalu mencetuskan niat ingin mencari kebenaran atau menghampirkan diri kepada Allah swt. Apabila sudah tercetus keinginan kemudian Allah swt akan sambut dengan Inabah, yakni diberi taufik(pertolongan) dan hadayah(petunjuk).
Sebab itulah Nabi SAW menyuruh kita bergaul dengan ulama dan orang soleh, sebab mereka ini selalu memberi nasihat berguna yang boleh mencetuskan niat ingin kepada kebaikan. Dengan ini kita akan mendapat hidayah.
Begitu juga dengan tugas pendakwah, tugas mereka untuk mencetuskan niat, mereka ini Allah swt janjikan, dengn sebab pengorbanan mereka Allah swt bukakan pintu-pintu hidayah. Nabi dan Para sahabat semuanya adalah pendakwah. Dengan sebab pengorbanan rombongan SAAD bin Abi WAkas RA kecina, Allah swt telah bukakan hidayah dinegara cina, pengorbanan rombongan kecina amat perit, sebab rombongan ini bukan naik kapal laut atau kapal terbang kecina, tapi melalui jalan darat.
Dengan berkat pengorbanan ini islam dicina berdiri teguh, pakaian sunnah pun tak lepas dari umat islam dicina sehingga sekarang.
Insyalllah nanti kita sambung lagi...
[ Last edited by kuman at 17-1-2008 11:06 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
boleh tolong jawab pak belalang kita tu
pasai 3 masih kosong
TAPI yang dikiri kanan tu selalu menemani
yang dibelakang dok jenguk kurangx 5 kali sehari
dan dia tu masih tak mau senyummmmm
(jadi yg 3 tu keeeeee!!!!!!!!!) |
|
|
|
|
|
|
| |
|