CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2551|Reply: 11

larangan menilik nasib

[Copy link]
Post time 2-2-2008 03:49 AM | Show all posts |Read mode
Larangan menilik nasib

Walaupun menilik nasib sudah menjadi larangan, namun masih adapelanggan yang datang berjumpa tukang ramal untuk mengetahui masa depanmereka.


SEORANG wanita dan anak lelakinya lalu di hadapan
khemah penilik nasib di Hazrat Ali di utara Mazar-I-Sharif, Afghanistan.

MASA depan penilik nasib di Afghanistan makin suram berikutanpenganut agama Islam di negara itu melabelkan tradisi lama yang merekaamalkan sebagai ketinggalan zaman dan tidak Islamik.

Baru-baru ini, berpuluh-puluh penilik nasib tradisional negara itudisisihkan dari tempat suci Hazrat Ali di utara bandar Mazar-I-Sharifselepas ketua pemimpin agama yang bertanggungjawab terhadappenyelenggaraan masjid bosan dengan kehadiran mereka.

"Islam tidak mengajar pengikutnya supaya mudah memperdayakan orang,"kata ketua rumah ibadat bandar tersebut, Qari Mohammad Qasim sambilmenambah tindakan tersebut diambil selepas menerima aduan daripadapenduduk.

Tukang ramal, ahli matematik dan penulis surat yang berbeza karakterberada di luar masjid untuk menawarkan khidmat menilik nasib.

Diharamkan dan ditindas di bawah peraturan Taliban, penilik nasibkembali diperlukan sejak kumpulan militan itu disingkir pada tahun 2001.

Bagi kebanyakan orang seperti Shah Agha, bakat yang dimiliki merekatelah menjadi satu perniagaan keluarga yang diperturunkan dari satugenerasi ke satu generasi.

Seorang penilik nasib, Sayed Rabbani mempelajari kemahiran menilikdi India di mana ahli nujum dan penilik nasib di negara itu merupakanorang yang dihormati di dalam masyarakat.

Cendekiawan Islam menganggap menilik nasib dan meramal masa depan bertentangan dan salah di sisi agama.

"Menilik nasib tidak dibenarkan dalam Islam. Ia telah dijelaskandengan terang di dalam kitab suci al-Quran bahawa perbuatan tersebutbertentangan dengan nilai-nilai Islam," kata seorang imam masjid diKabul.

"Penilik nasib menyalahgunakan kesucian agama Islam untuk kepentingan diri sendiri," tambahnya.

Walaupun menilik nasib sudah menjadi larangan, namun masih adapelanggan yang datang berjumpa tukang ramal untuk mengetahui masa depanmereka.

"Anak saya berusia 30 tahun dan umurnya semakin meningkat. Tetapitiada seorang pun yang datang melamarnya," kata seorang wanita berusia51 tahun, Zobaida di luar perkarangan masjid Mazar-I-Sharif.

"Saya datang ke sini untuk menilik masa depannya dan mencari lelakiyang baik untuk dijadikan suami anak saya. Sebelum ini, saya pernahmengalami masalah yang sama dengan anak perempuan saya yang berusia 23tahun.

"Saya merujuk perkara ini kepada penilik nasib dan dia berjaya membuatkan lelaki melamar anak saya dan mengahwininya."
Rabbani yang sudah melibatkan diri dalam menilik nasib di telapak tangan selama 15 tahun, memulakan kerjanya.

Dengan menggunakan kanta pembesar, dia meneliti garisan-garisan ditelapak tangan Zobaida dan kemudian membuat perbandingan dengan sebuahbuku tilikan yang telah lusuh miliknya.

Setiap persamaan secocok dengan formula matematik yang dihitunguntuk menyediakan jawapan yang menunjukkan kepada spesifik surah, atauayat yang terdapat di dalam al-Quran.

"Anda sendiri lihat, kami hanya menyediakan jawapan yang telahdiberi di dalam kitab suci ini," kata Shah, 31, generasi ketiga peniliknasib yang menjalankan perniagaannya di Kabul.

Bagaimanapun, Shah memilih menggunakan buah dadu. Pelanggannya akanmenggoncang dan membaling dua buah dadu kayu yang ditulis denganperkataan abjad Dari.

Dia kemudian membandingkannya dengan jadual matematik kuno yang turut menunjukkan surah atau ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

Setelah ayat-ayat tersebut diketahui, penilik nasib akan menyalinnyadalam sekeping kertas menggunakan pen yang diisi dengan dakwat spesifikterhadap masalah yang dihadapi iaitu merah untuk keluarga, hitam(kekayaan), biru (pendidikan) dan hijau (kesihatan).

Ayat itu kemudian dilipat berulang-ulang hingga ketat dan dibalutdengan kain kapas sebelum diberi kepada pelanggan untuk disimpan.

"Ulangi ayat-ayat ini selama seminggu setelah anda selesai sembahyang," kata Shah kepada pelanggannya.

"Jika anda benar-benar percayakan kata hati, Insya-Allah, ia akan menjadi kenyataan," ujarnya.

Rata-rata penilik nasib berkata, kebanyakan pelanggan mereka terdiridaripada wanita atau orang yang agak berumur yang mencari petunjukuntuk menyelesaikan masalah berkaitan keluarga mereka.

Berlainan pula dengan Sakina, 30, yang mempunyai masalah berbeza.Dia memberitahu penilik nasib bahawa dia mempunyai masalah dalamperkahwinannya.

"Saya mempunyai empat orang anak, tetapi suami telah meninggalkansaya dan akan berkahwin dengan perempuan lain. Tolonglah lakukansesuatu untuk menghalang perbuatannya itu," jelas Sakina.

Seorang lagi pelanggan lain, Nargis berjumpa penilik nasib untuk menceritakan masalahnya.

"Sudah dua tahun saya berkahwin, tetapi masih belum dikurniakananak. Seorang kawan memberitahu saya untuk datang ke sini dan mencaripenyelesaiannya," kata wanita yang kelihatan bergaya ini.

Untuk bayaran perundingan selepas menilik nasib pula, ia bergantung kepada pelanggan.

"Jika mereka tidak mampu, mereka tidak akan memberi apa-apa kepadakami. Orang kaya mungkin memberi wang yang banyak jika apa yang ditilikmenjadi kenyataan," kata seorang penilik telapak tangan.

Ketika ramai cendekiawan Islam memohon kerajaan mengharamkan amalanini, ada sebahagiannya bersikap lebih toleransi terhadap kemahiranmereka.

"Meramal atau menilik nasib memang salah di sisi agama," kataMaulawi Qari Mohammad Qasim, salah seorang ketua agama di Hazrat Ali.

"Tetapi jika mereka berpandukan kitab suci al-Quran untuk kebaikanorang tanpa sebarang perniagaan, ia dibenarkan dalam Islam," tambahnya.- Reuters




orang melayu islam pun memang ramai yang suka gi fortune teller ni..   duk nak tahu apa nasib dia la  ini tu..  memang berdosa pada orang2 yang menilik nasib ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 07:02 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 10:41 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

xyah g fortune... tp suka baca bab2 yang berkaitan bulan kelahiran mereka..... cuba tngok dorang beli majalah... part mana yg slalu dibuka dulu kalo x... bab yang berkaitan bulan kelahiran....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2008 12:15 PM | Show all posts
katanya Adiputra boleh trace kedudukan adik Sharlinie.............apahal orang melayu nih tak habis2 dgn kepercayaan karuttt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:11 AM | Show all posts
salam

saya pun pandai tilik gak
bahawa sekejap lagi
saya akan dimatikan dengan sebenar-benar KEMATIAN......

SALAM BUAT SEKALIAN ALAM
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by pengembara_sepi at 2-2-2008 10:41 AM
xyah g fortune... tp suka baca bab2 yang berkaitan bulan kelahiran mereka..... cuba tngok dorang beli majalah... part mana yg slalu dibuka dulu kalo x... bab yang berkaitan bulan kelahiran....


sha dulu pn mcm ni gak
sib baik skrg xagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2008 10:15 AM | Show all posts

Reply #5 orangbesi's post

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 2-2-2008 12:15 PM
katanya Adiputra boleh trace kedudukan adik Sharlinie.............apahal orang melayu nih tak habis2 dgn kepercayaan karuttt.


mgkn gak betul. adi just ckp apa yg dia rasa.
sape nk pcye, pcye. xnk sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 02:06 PM | Show all posts
menggunakan ilmu pelangkah tu kira cam menilik nasib juga ker
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by shachihata33 at 3-2-2008 10:16 AM


mgkn gak betul. adi just ckp apa yg dia rasa.
sape nk pcye, pcye. xnk sudah.


kelentong jer tu. manusia takkan tahu benda2 ghaib sepandai or sebijak mana sekalipun dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:42 PM | Show all posts
Kalau betul orang yang menilik tu pandai , dah tentu dia pun tak buat keja menilik nasib yang nampak macam peminta sedekah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 12:49 AM | Show all posts
tak silap ada orang menilik guna  jin pedamping yang dok kat tiap manusia tu.  nanti jin pedamping dia borak dengan lain-lain jin kemudian bagi info kat tok dukun tu.  kot jin-jin tu kelentong tok dukun tu wallahua'alam.

[ Last edited by  ibnur at 5-2-2008 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067909 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list