CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1774|Reply: 0

diet seimbang!

[Copy link]
Post time 3-2-2008 07:02 AM | Show all posts |Read mode
Mengamalkan diet seimbang

TEH tarik rasanya hebat tetapi itu tidak bermakna
seseorang  perlu minum satu gelas penuh.

SETIAP individu pasti mengimpikan bentuk badan yang langsing, segakdan menawan. Ini kerana bentuk badan sebegini, membolehkan kita bebasuntuk bergaya dan menyarungkan pelbagai koleksi pakaian yang ditawarkandi pasaran.

Bagi mereka yang bertuah memiliki bentuk badan yang diinginkanmungkin tiada masalah untuk anda melaram dengan baju baru dan cantik.

Tetapi, bagaimana pula bagi golongan yang berbadan besar? Merekabukan sahaja terpaksa memilih baju yang bersesuaian malah kadang-kalatidak berpeluang untuk memilih.

Meskipun masyarakat sentiasa memuji dan memandang tinggi golonganberbadan langsing, tapi tahukah anda bahawa bukan semua individuberbadan kurus, mempunyai kesihatan yang baik.

Kadang-kala untuk kelihatan kurus dan mengekalkan bentuk badan,mereka sanggup berlapar dan hanya menikmati makanan dalam kuantitisedikit. Sebagai contoh, hanya mengambil sebiji epal, beberapa kepingbiskut dan meneguk air putih setiap hari.

Situasi ini dapat dilihat dalam kalangan selebriti dan modelantarabangsa seperti Tara Reid, Nicole Richie, Mary Kate Olsen, KateMoss dan Victoria Beckham.

Laman web Staralicious pernah melaporkan mengenai kesihatan dananekrosia yang dihadapi oleh Nicole Richie ketika menghadiri MajlisAnugerah MTV. Nicole kelihatan begitu kurus kerana mengalami masalahpemakanan.

Apabila mendapati masalah penurunan berat badannya semakin tidakterkawal, Nicole mengambil keputusan menjalani rawatan di pusatpemulihan. Ini bertujuan mendapatkan penjagaan dan pemakanan yangteratur.

Sementara itu, Pembantu Profesor Perubatan Dalaman, Pusat PerubatanSouthwestern, Amerika Syarikat, Dr. Margo Denke menjelaskan, dietseimbang perlu mengandungi sumber-sumber utama seperti karbohidrat,kalori, protein dan lemak.

"Kombinasi sumber utama dapat membekalkan diet yang seimbang sekaligus memastikan individu mendapat nutrien yang berkhasiat," katanya.

Tiada salahnya bagi seseorang berusaha mengurangkan berat badan, tetapi ia perlu mengikut sistem yang betul.


BUAH-BUAHAN memang baik untuk diet yang seimbang.

Laman web netdoctor.com, menasihatkan supaya individu tidak seharusnya mengamalkan diet yang terlalu drastik dan melakukan senaman yang teruk.

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda tidak bersenam dalam tempohyang lama, jangan terus berlari jauh atau melakukan senaman berat diatas treadmill.

Ini kerana ia boleh mendatangkan kecederaan dan menurunkan tahap kecerdasan anda pada masa yang akan datang.
Seharusnya, anda membuka 'menu diet' dengan mengamalkan beberapatip. Antaranya, melakukan senaman berjalan kaki selama 20 minit sehari.Mungkin anda boleh melakukan aktiviti ini ketika waktu rehat atauselepas pulang dari pejabat atau kuliah.

Jangan sesekali meneguk minuman yang mengandungi alkohol.Bertukarlah dengan menikmati air buah segar dan banyakkan minum airputih.

Selain itu, hindari makanan manis dan snek seperti coklat dan kek.Sebaliknya memilih makanan sihat (buah, sayur, ayam atau ikan). Begitujuga, kurangkan sapuan mentega atau mayonis yang mengandungi lemakberlebihan.



baik pompuan maupun lelaki perlu diet seimbang tu... bagi lelaki cam aku - ha gi gym do some weights... juga swimming... perut tu cepat boroi  so kena selalu buat sit up dan push up...  aku suka pompuan yang jaga badan juga  bukan yang badan besar2 yang tak sihat... besar sikit tak apa biar sihat...

so makan tu biar seimbang dan exercises juga penting!!  kalu kat rumah, mak aku memang make sure ada buah2an setiap hari.. dan avoid makan benda2 manis... aku paling suka  minum coffee kaw kaw .. lagi pekat lagi ummppphhh  tapi aku tak letak gula..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049666 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list