View: 6347|Reply: 12
|
Enam Perkara Yang DiRahsiakan ALLAH
[Copy link]
|
|
1. ALLAH S.W.T menyembunyikan keridhaannya dalam ketaatan kepadanya.
2. ALLAH S.W.T menyembunyikan murkanya dalam kemaksiatan seorang hambanya.
3. ALLAH S.W.T menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
4. ALLAH S.W.T menyembunyikan Wali di antara manusia.
5. ALLAH S.W.T menyembunyikan Kematian dalalm usia.
6. ALLAH S.W.T menyembunyikan 'ash-shalatul wustha' (shalat yang paling utama) dalam shalat lima waktu.
- Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui... agar hambanya bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ketaatan kepadanya, agar hambanya mahu menjauhi segala bentuk kemaksiatan, agar ada kesungguhan dalam menghidupkan seluruh hari pada bulan Ramadhan, agar hambanya mahu menghormati setiap Insan dan tidak meremehkannya, agar hambanya selalu mempersiapkan diri untuk menyambut kematian, agar hambanya menjadi seorang muslim yang memelihara shalat wajibnya... Sesungguhnya Kepada ALLAH S.W.T kita Memohon Pertolongan dan Keampunan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mana kau tahu allah rahsiakan yang enam ni je ? Kalau allah rahsiakan , mana kau boleh tahu allah rahsiakan enam perkara ni:re: |
|
|
|
|
|
|
|
salam
eeeiiissssshhhh cik ani ni
kan dia tu dekat ngan tuhan
kan SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI YANG GHAIB
DAN TIDAK DIKHABARKAN KEPADA SESIAPA PUN
MELAINKAN KEPADA HAMBA-HAMBANYA YANG........
dia ni salah sorang tu koTTTTTTTTTT
dan hanya wali mengenal wali(cam aku diajark) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa byk lagi yang Allah sembunyikan dari hamba...
contoh alam roh... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bleh support dgn hadis soheh baru le syok. sebab israeliat belambak lambak. jangan tertipah |
|
|
|
|
|
|
|
hmm....ayat ayat macam ni susah benar nak faham bemadah madah tapi tak mengapa..Allah ada rahsia banyak lagi
ttg kejadian alam etc etc...itu lagi yg wow you know..... |
|
|
|
|
|
|
|
pembuka thread bukan menceritakan tentang ilmu kejadian atau roh.
dia menceritakan tentang perbuatan-perbuatan kita.
macam ... kenapa Allah tak specify bila mlm lailatru qadar? kenapa Allah tak beritahu kita bila kita akan luput? salat yang mana salat wusta?
cuba pikir-pikir. |
|
|
|
|
|
|
|
what is solat wusta? i never heard of it please?bless u. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 mbhcsf's post
PELIHARALAH kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta, dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (al-Baqarah: 238)
Adapun solat wusta maka mengikut pendapat yang rajih yang dipilih dari pelbagai riwayat ialah solat asar kerana Rasulullah s.a.w bersabda pada hari peperangan al-Ahzab: Mereka telah menghalangi kita daripada solat wusta, iaitu solat Asar. Allah penuhkan hati dan rumah mereka dengan api neraka! (riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa solat subuh ialah solat wusta kerana dikerjakan antara kegelapan malam dan kecerahan siang. Di samping itu kerap kali manusia terluput mengerjakannya. Ibn Abbas juga berkata: Setelah membaca qunut dalam solat subuh, inilah solat wusta.
Secara ringkasnya dinukilkan tujuh pendapat tentang apakah solat wusta itu:
- Pertama: Solat zuhur seperti pendapat Zaid bin Thabit.
- Kedua: Solat asar seperti pendapat Ali dalam satu riwayatnya.
- Ketiga: Solat maghrib seperti kata al-Barra |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Sheikh Abd Qadir Jailani, solat whusta maksudnya adalah solat hati. 'Whusta' dapat diartikan sebagai pertengahan atau tengah2. Kerana hati terletak di tengah yaitu, di tengah 'diri', maka dikatakan solat whusta itu sebagai solat hati. Tujuan solat ini adalah untuk mendapatkan kedamaian dan ketenteraman hati.
Salat dan ibadah yang sebenarnya ialah salat dan ibadah hati. Bila hati lalai dan tidak khusyuk atau tidak konsentrasi dalam solat maka solat jasmaniah akan kucar kacir. Kalau tidak khusyuk bagaimana mungkin dikatakan salat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MaxSteel at 5-2-2008 03:52 PM
1. ALLAH S.W.T menyembunyikan keridhaannya dalam ketaatan kepadanya.
2. ALLAH S.W.T menyembunyikan murkanya dalam kemaksiatan seorang hambanya.
3. ALLAH S.W.T menyembunyikan Lailatul Qadar dala ...
qoute dari mana nih?
kata-kata ulamak ka atau hadis? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 MaxSteel's post
masih mencari ruang dan peluang
mungkinkah tercapai |
|
|
|
|
|
|
|
kena dabel check kot sape2 yg rajin...
yg baik dijadikan nasihat & teladan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|