|
Meraikan arkitek Sydney Opera
BANGUNAN berbentuk kapal layar ini direka oleh Jorn
Utzon lebih setengah abad lalu.
TANGGAL 9 April lalu, Sydney Opera House bergema dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir oleh kakitangannya khas buat Jorn Utzon, arkitek Denmark yang mereka bangunan tersebut. Majlis ini diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-90.
Lagu itu dinyanyikan oleh kira-kira 250 kakitangan Sydney Symphony Orchestra yang berkumpul di dewan konsert di bangunan berbentuk kapal layar yang direka Utzon lebih setengah abad lalu.
Utzon memulakan kerja di Opera House pada tahun 1957, tetapi berhenti daripada projek tersebut pada tahun 1966 berikutan kontroversi mengenai bajet berlebihan untuk pembinaan tersebut.
Sebelum dibuka pada tahun 1973, masih terdapat kritikan mengenai bangunan Sydney Opera House yang dikatakan tidak menarik dan membosankan.
Utzon yang menetap di Denmark kemudian memperbaharui penglibatannya dengan Opera House pada tahun 1999 selepas beliau diminta menghasilkan rekaan bahagian dalaman.
Ketua Pegawai Eksekutif Sydney Opera House, Richard Evans berkata, kakitangannya beria-ria mahu meraikan ulang tahun kelahiran Utzon yang ke-90 meskipun beliau berada jauh dari mereka.
"erhubungan di antara lelaki yang telah membina bangunan ini dengan kami telah bermula sejak 50 tahun lalu.
"Disebabkan itulah, kami ingin menghargainya dengan cara tersendiri iaitu menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir untuknya yang berada jauh di Denmark," kata Evans.
"Saya sering merasakan bahawa Sydney Opera House sentiasa berada dekat di hati saya. Ia adalah hasil rekaan saya yang amat istimewa dan sukar untuk saya lupakan kenangan 'bersamanya'," kata Utzon yang tidak pernah kembali ke Sydney sejak tahun 1966 dalam satu kenyataan.
KAKITANGAN Sydney Opera House menghargainya dengan
cara tersendiri iaitu menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir
untuknya yang berada jauh di Denmark.
Pada tahun 2007, Sydney Opera House terpilih dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO bersama Acropolis, Palace of Versailles, Tembok Besar China dan Taj Mahal. - AFP
aku dah pegi dah sydney opera house ni.. mmg best ler.. pegi dengan office mate aku... memang hebat sydney opera house ni.. besar dan mcm2 souvenier jual.. harga mahal sikit tapi mmg berbaloi... padanlah bangunan dia mmg satu sejarah gak.. tak puas pegi sekali!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
bangga tul,
1 rekaan dia dkenang dan dikenali 1 dunia,
dia nye kreativiti, mmg best, |
|
|
|
|
|
|
| |
|