CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3959|Reply: 10

legasi pemenggal kepala

[Copy link]
Post time 21-4-2008 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Legasi pemenggal kepala
Sarakraf mengubah persepsi anda tentang cenderamata.



NAMPAK seperti semula jadi.

KOLEKSI tengkorak manusia yang dikaitkan dengan Pemenggal Kepala Borneo di Sarawak adalah antara cenderahati yang paling menarik di Galeri Sarakraf (Sarakraf), Kuching.

Jika selama ini kumpulan pemburu kepala itu memperturunkan motif lukisan tatu yang melambangkan kemegahan, kuasa dan tradisi puak Iban, kini orang ramai boleh memiliki keunikan itu dengan membeli tengkorak bertatu yang terdapat di Sarakraf.

Pakar pembuat pelbagai saiz tengkorak daripada seramik atau tanah liat, Clement Edwin, 36, memberitahu beliau ingin memperkenalkan produk yang unik itu sebagai oleh-oleh dari Sarawak.

Tengkorak yang kelihatan cukup semula jadi ini mengisahkan pahlawan dayak yang suka menyimpan tengkorak manusia dengan menggantungnya di rumah panjang kira-kira 100 tahun dahulu.

"Saya tidak menyangka ramai pengunjung dari dalam dan luar negara yang berminat membeli tengkorak ini untuk dijadikan koleksi cenderahati. Harganya murah saja, iaitu antara RM25 hingga RM60 bergantung kepada saiznya," ujar Edwin.

Mempromosikan kraf tangan Sarawak yang autentik melalui sesi demonstrasi kraf tangan yang pelbagai, jualan produk Sarawak melalui cawangan runcit, serta anjuran kursus yang berkaitan seni dan kraf yang disasarkan untuk pelancong luar negara dan tempatan, Sarakraf memasang impian untuk membentuk sebuah lokasi ikonik di ibu negeri itu.

Ini sekali gus menjadikannya tempat untuk pelancong menyaksikan pembentukan kraf tangan autentik Sarawak buat kali pertama. Pada masa yang sama, mereka juga dapat belajar tentang keunikan kraf, muzik, makanan serta budaya tempatan.
Galeri ini mengetengahkan produk termasuk pua kumbu, keringkam, kain songket, pasu, manik dan bakul.

Sarakraf bakal menjalankan kempen secara agresif untuk memperkenalkan produk kraf tangan buatan Sarawak ke pasaran luar negara, sejajar dengan sambutan yang menggalakkan terhadap produk kraf tangan etnik di pasaran seluruh dunia.

Selain itu, Sarakraf, menurut pengurusnya, Gerald Goh berminat menjadikan urutan tradisional Sarawak sebagai satu lagi produk pelancongan setelah menyaksikan para pekerjanya yang sering mengurut antara satu sama lain.

"Kebanyakan mereka datang dari kawasan pedalaman. Selain membawa masuk kemahiran menghasilkan kraf tangan, mereka juga pandai menyediakan ubat-ubatan tradisional seperti bedak sejuk dan teknik urutan," jelasnya.


TENGKORAK pernah digantung di rumah panjang pemengal
kepala di Sarawak. Kini warisan itu memberi inspirasi kepada Edwin.

Pemerhatian ini membuatkan Goh teruja untuk menganjurkan kajian dan menemukan lebih banyak penawar yang dapat memberi kebaikan kepada penghuni dunia moden.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2008 08:47 AM | Show all posts
xder gambarpu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 10:15 AM | Show all posts
cool!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 10:50 AM | Show all posts
oooo dah nampak.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 11:39 AM | Show all posts
hebat..pakai seramik jer

tak takut ker simpan benda ni sebagai perhiasan, manalah tau dapat limited edition punya ker (tengkorak sebenar)
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 02:46 PM | Show all posts
x kuasa aku nak menyimpan tengkorak ni w/pun hanya replika jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2008 03:37 PM | Show all posts
seram nyerrrrrrrrrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2008 04:05 PM | Show all posts
aiseh menarikla..
boleh jugak aku pacak kat depan gate rumah aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2008 05:01 PM | Show all posts
.... ..CREEPY!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2008 04:34 AM | Show all posts

Reply #8 aziz79's post

pasti salesman tak berani masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2008 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by sixfullbar at 22-4-2008 04:34 AM
pasti salesman tak berani masuk


aku ingat nak beli 2 bijik  letak kat depan rumah aku kat s alam ni....   musti takut penyamun nak masuk... nampak skull tu...   turus... cha alip boot  ler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.097363 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list