Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat
Wahai perempuan,tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami iniboleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanyamendengar suara.
Jika suara andaitu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampaimenyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasaghairah yang tinggi.
Saya bukannyamenyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memangsudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi.Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.
Ah! Anda janganingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu.Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai andatidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyakiklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.
Apa yang perludibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itutidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.
Dan kepada kaumlelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadilain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.
Bantu Aku Bernafas
Jangan puladilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.
揥anita manayang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapatmenghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina. |